Kandahar merupakan bandar kedua terbesar di Afghanistan dengan 1,279,520 penduduk pada tahun 2017.[2] Ia menjadi ibu negeri bagi wilayah Kandahar yang terletak di Sungai Arghandab. Kandahar pada asalnya diberi nama Alexander Arachosia oleh Alexander Agung, yang merupakan pengasas kepada penubuhan bandar itu di sekeliling bandar kecil Arachosia pada tahun 329 SM.[3][4] Kandahar yang merupakan ibu negeri kepada Wilayah Kandahar, terletak di kawasan selatan negara dengan ketinggian 1,010 m dari aras laut. Sungai Arghandab mengalir melalui kawasan barat bandar ini.[5] Ia mempunyai 15 daerah dan keluasan tanah sebanyak 27,337 hektar.[6]

Kandahar
کندهار
Candahar
Bandar
Fotografi udara berdekatan dengan bandar KandaharPandangan dari udara sebahagian dari bandar Kandahar
Lapangan Terbang KandaharLembah Arghandab
Makam Baba WaliMakam Mirwais Hotak
Makam Ahmad Shah DurraniRumah agam Gabenor
Dari kiri atas ke kanan: Fotografi udara berdekatan dengan bandar Kandahar; Pandangan dari udara sebahagian dari bandar Kandahar; Lapangan Terbang Antarabangsa Kandahar; Lembah Arghandab; Makam Baba Wali Kandahari; Makam Mirwais Hotak; Makam Ahmad Shah Durrani; Rumah agam Gabenor.
Kandahar is located in Bumi
Kandahar
Kandahar (Bumi)
Koordinat: 31°37′N 65°43′E / 31.617°N 65.717°E / 31.617; 65.717Koordinat: 31°37′N 65°43′E / 31.617°N 65.717°E / 31.617; 65.717
Negara Afghanistan
WilayahKandahar
DaerahDaerah Kandahar
Pentadbiran
 • Datuk BandarRokhan Wolasmal
Keluasan
 • Bandar38.80 km2 (14.98 batu persegi)
Aras
1,010 m (3,310 ft)
Penduduk
 (2017)[2]>
 • Bandar1,279,520
 • Kepadatan33,000/km2 (85,000/batu persegi)
 • Bandar461,864
 • Luar bandar817,656
Zon waktuUTC+4:30 (Afghanistan Standard Time)
Laman sesawangwww.kandahardaily.com

Kandahar mempunyai budaya orang Pashtun yang sangat banyak dan telah menjadi kerusi kuasa tradisional mereka untuk lebih daripada 200 tahun. Aktiviti ekonomi utamanya ialah kambing biri-biri, bulu, kain koton, sutera, felt, grain, buah-buahan kering dan tembakau.

Ia boleh dihubungkan dengan bandar Herat di barat, Ghazni dan Kabul di timur, Tarin Kowt di utara dan Quetta, negara Pakistan di selatan.

Asal nama sunting

Kandahar dipercayai dari istilah Gandhara, satu kerajaan lama di sempadan Kashmir - Afghanistan.

Pengangkutan sunting

Lapangan Terbang Antarabangsa Kandahar digunakan oleh pasukan NATO untuk tujuan ketenteraan dan kemanusiaan sejak penjajahan Amerika dan sekutunya pada 2001. Kapal terbang awam boleh menggunakannya sejak 2006 setelah diperbaiki sistem pendaratan kapal terbang.

Pembangunan sunting

  • Kejiranan
    • Arghandab Valley
    • Daman
    • Dand
    • Kandahar Valley (under construction)
    • Karz
    • Mirwais Mina
    • Sarpuza
    • Shāri Noe
    • Zoar Shār (Old City)
  • Kemudahan awam
    • Baba Saab (sukan dan rekreasi)
    • Bāghi Pull (sukan dan rekreasi)
    • Chilzina View (himpunan inskripsi mengenai Maharaja Babur)
    • Stadium Kandahar
    • Shāri Noe Fairground
  • Masjid
    • Masjid Jumaat
    • Jumi Wraishtan Mubārak. Rambut Nabi Muhammad ada dipamerkan di sini.
    • Shrine of Baba Wali
  • Muzium
    • Muzium Kandahar
  • Pusat beli-belah
    • Bazar Herat
    • Bazar Kabul
    • Bazar Shah
    • Bazar Shkar Pur

Rujukan sunting

  1. ^ (Inggeris)"Afghanistan KANDAHAR PROVINCE A Socio-Economic Profile" (PDF). UNIDATA. m/s. 3. Dicapai pada 02 November 2017. Check date values in: |accessdate= (bantuan)<
  2. ^ a b c d (Inggeris)"Estimated Settled Population by Civil Division , Urban, Rural and Sex-2017-18". Islamic Republic of Afghanistan, Central Statistics Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-22. Dicapai pada 2 November 2017.<
  3. ^ (Inggeris)Holt, Frank. Into the Land of Bones: Alexander the Great in Afghanistan. Berkeley: University of California. m/s. 15. ISBN 978-0-520-24993-6.
  4. ^ "Kandahar". Columbia Encyclopedia. Dicapai pada 02 November 2017. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  5. ^ (Inggeris)"The State of Afghan Cities report2015". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ (Inggeris)"State of Afghan Cities report 2015 (Volume-II)". UN-Habitat. Dicapai pada 05 November 2017. Check date values in: |accessdate= (bantuan)


Templat:Wilayah Kandahar