Kantana Group Public Company Limited (Bahasa Thai: บริษัท กันตนา กรุ๊ป จำกัด) ialah sebuah syarikat penerbitan filem dan televisyen yang bertapak di Bangkok, Thailand, dan juga antara studio perfileman tertua dan terbesar di negara tersebut. Kemudahan pascapenerbitan syarikat ini, termasuklah usahasama Oriental Post, merupakan pusat utama untuk pemprosesan dan suntingan filem di Asia. Syarikat ini juga terkenal kerana menghasilkan animasi, termasuk filem Khan Kluay yang dikeluarkan pada tahun 2006.

Kantana Group Public Company Limited
Jenis/bentuk sahAwam
IndustriFilem, televisyen, animasi
Ditubuhkan1951
Ibu pejabatBangkok, Thailand
Tokoh pentingSomchat Intrathut, pengerusi
Somsook Kaljaruek, pengasas bersama dan pengerusi kehormat
Anak syarikatKantana Laboratories
Oriental Post
Kantana Motion Pictures
Kantana Distribution
Kantana Publishing
Kantana Animation Studio
Saradee
Kantana Movie Town
Kantana Edutainment
Kantana I-MC
Kantana Organizer and Management
Apollo Lab
Mica Media
Thai Independent Network Agency
Tapak webhttp://www.kantana.com/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kantana ditubuhkan oleh Pradit dan Somsook Kaljaruek pada tahun 1951 sebagai sebuah kumpulan drama radio. Semenjak itu, syarikat ini menceburi bidang televisyen pada tahun 1958 dengan siri drama “Ying Kor Mee Hua Jai”, diikuti penerbitan filem cetera, iklan dan dokumentari.

Struktur sunting

Operasi perniagaan syarikat ini dan anak-anak syarikatnya terbahagi kepada tiga bidang utama, iaitu penerbitan televisyen production, perfileman dan pascapenerbitan, dan "inforia" dan perhubungan awam.

Televisyen sunting

Rancangan hiburan sunting

Rancangan hiburan untuk seisi keluarga diterbitkan untuk siaran saluran televisyen Thailand iaitu saluran 5 (Royal Thai Army TV), BBTV Channel 7 dan TITV, termasuklah siri kartun "The Adventure of Khan Kluay".

Drama sunting

Kira-kira 18 siri drama atau lakorn diterbitkan untuk disiarkan oleh BBTV Channel 7 dan TITV.

Filem sunting

Geng Pengembaraan Bermula.

Kantana Animation Studio sunting

Kantana Animation menerbitkan filem animasi komputer pertama Thailand pada tahun 2006, bertajuk Khan Kluay, yang memakan masa tiga tahun dan belanja 150 juta baht. Khan Kluay meneraju dari segi kutipan pawagam Thailand pada tahun 2006, iaitu 91 juta baht, di samping meraih beberapa anugerah. Begitu juga, siti TV Khan Kluay diterbitkan untuk saluran BBTV Channel 7. Pada tahun 2007, Kantana Animation dijadikan sebuah anak syarikat, bernama Kantana Animation Studio Company, Limited.

Pascapenerbitan sunting

Kantana merupakan pusat perkhidmatan pascapenerbitan filem utama di Asia. Makmal filem Kantana menawarkan khidmat sari kata, pemotongan negatif, analisa warna, kesan optik, adunan bunyi, penggilapan filem dan salin cetak filem. Kemudahan ini turut menyediakan kerja makmal terhadap filem-filem seperti Memoirs of a Geisha, Superman Returns, Casino Royale dan puluhan filem cetera Thailand.

Studio bunyi syarikat ini menawarkan khidmat lakaban dan adunan audio untuk filem, rancangan televisyen iklan, termasuk rakaman, kesan bunyi, folei, reka bunyi dan alih suara/ADR. Kantana ialah syarikat Thailand pertama yang menerima kebenaran dari Dolby Laboratories untuk merakam bunyi berjenama Dolby.

Oriental Post sunting

Oriental Post Company, Ltd., sebuah usahasama 50-50 oleh Kantana dan Loxley Video Post, menyediakan kemudahan pascapenerbitan digital, termasuklah penggubahan digital dalam format PAL, NTSC, HD 24p multi-format, telecine, penyuntingan digital dan penghasilan kesan khas. Berlengkapkan teknologi pertengahan digital, perkhidmatan Oriental Post turut merangkumi pemprosesan filem, penyelarasan imbasan, pembetulan warna, penyuntingan luar dan dalam talian, kesan digital, grafik komputer, rakaman audio dan pencetakan filem. Syarikat ini pernah menyediakan kerja pascapenerbitan unutk filem-filem Wong Kar-Wai, iaitu 2046 dan My Blueberry Nights.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "IMAGICA Scanner Used by Oriental Post in 4K DI for 'My Blueberry Nights"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-07. Dicapai pada 2009-02-21.

Pautan luar sunting