Kapal pembinasa kelas Iroquois

Kapal Kelas DD280 merupakan kapal perang yang dihasilkan oleh Kanada sejak 1951.

HMCS Algonquin (DDG 283)
Ringkasan kelas
Nama: Kapal pembinasa kelas Iroquois
Pembina:
Pengguna: Tentera laut Diraja Kanada
Didahului oleh: Pembinasa kelas-Annapolis
Diganti oleh: Single Class Surface Combatant
Ditauliahkan: 29 Julai 1972
Disiapkan: 4
Aktif: Iroquois, Athabaskan, Algonquin
Dibersarakan: Huron
Ciri-ciri umum
Sesaran: 5,100 t (5,000 long ton; 5,600 short ton)[1][2][3]
Panjang: 129.8 m (425.9 ka)
Lunas: 15.2 m (49.9 ka)
Draught: 4.7 m (15.4 ka)
Jana kuasa:
Halaju: 29 kn (54 km/j; 33 mph)
Jarak: 4,500 nmi (8,300 km; 5,200 bt)
Anak kapal: 280
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Signaal AN/SPQ 501 DA-08 radar
  • Signaal LW-08 AN/SPQ 502 radar
  • SQS-510 hull sonar
  • SQS-510 VDS sonar
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 2 helikopter × CH-124 Sea King

Tentera Laut DiRaja Kanada telah lama menggunakan kapal tentera laut jenis pembinasa dan friget keluaran British bagi memenuhi keperluannya. Kapal-kapal ini biasanya dibina di Kanada sendiri dengan menggunakan reka bentuk British.

Dengan berbekalkan pengalaman pemasangan dan pembinaan kapal selama beberapa tahun, pada 1951 keputusan dibuat bagi membina kapal rekaan tempatan. Kapal Kelas DD280 yang dihasilkan ini dilengkapai dengan idea dan inovasi yang memenuhi peranan untuk perkhidmatan di perairan Atlantik Utara yang mencabar.

Jenis pertama adalah kelas St Laurent seberat 2,260 tan dengan enam kapal ditauliahkan pada tahun 1956-1957. Tiga darinya penyelenggaraan utama antara 1977-1978 dan bakinya diselenggara pada tahun 1978-1979 dan kesemuanya dirancang untuk digantikan pada tahun 1985-9186. Berikutnya yang memasuki perkhidmatan adalah tiga kapal dari kelas Restigouche dan empat kapal dari kelas Restigouche dipertingkat yang dilengkapi dengan peluru berpandu permukaan ke udara Sea Sparrow, dua meriam 3 incu (76 mm) dan ASROC.

Ini diikuti dengan empat kapal rekabentuk kelas Mackenzie dan dua kapal kelas Annapolis yang ditauliah pada tahun 1962-1964.

Pada awal 1970-an kapal kelas DD 280 mula memasuki perkhidmatan Iroquois (DD 280), Huron (DD 281), Athabaskan (DD 282), dan Algonguin (DD 283). Sebagaimana kapal sebelumnya, ia memiliki rupa menonjol , dalam cara berlainan, dengan dek pemerintah yang tinggi, dan hanger yang ditutupi oleh serombong terbahagi dua dan tiang peninjau berjalin.

Ciri-ciri sunting

Kapal Kelas DD280 memiliki saiz sepanjang 129.8 meter (426 kaki), dengan lebar seluas 15.2 meter (50 kaki) dan sesaran 4.4 meter (15.5 kaki). Ia memiliki berat berisi penuh 4,700 tan.

TORPEDO sunting

Kapal kelas DD 280 dilengkapi dengan sepasang tiga tiub pelancar torpedo Mk 32, menjadikan enam keseluruhannya.

PELURU BERPANDU sunting

Kapal kelas DD 280 dilengkapi dengan dua pelancar SAM (Peluru berpandu darat ke udara) Mk 3 Sea Sparrow kembar empat

PENANGKIS "COUNTERMEASURES" sunting

MERIAM sunting

Kapal kelas DD 280 dilengkapi dengan selaras meriam 5 inci (127 mm) dan satu motar A/S Mk 10 Limbo bagi pertempuran permukaan.

HELIKOPTER sunting

Tentera Laut DiRaja Kanada cenderung menggunakan helikopter bersaiz besar berbanding saiz kapal dari tentera laut yang lain dan DD 280-an membawa dua helikopter Sea King. Dengan itu, bagi membantu pendaratan pada dek kapal yang agak sempit, satu peranti kabel Perangkap Beruang (Beartrap)yang disangkut pada helikopter yang terkantung untuk ditarik sebagai panduan bagi mendaratkannya ke dek dengan selamat.

TUJAHAN sunting

Tujahannya diberikan melalui dua enjin turbin gas Partt & Whitney FT4A2 (50,000shp), dan dua enjin turbin gas Partt & Whitney FT 12A3 (7,400shp) dengan dua gandar 29+kts.

Rujukan sunting

  • Modern Warships, "Over 60 of the worls's most exciting warships", Hugh Lyon, Salamander Books Limited, London, 1980, ISBN 861010566

Pautan luar sunting