Kapal selam nuklear

Kapal selam nuklear ialah kapal selam yang didorong reaktor nuklear. Kelebihan prestasi kapal selam nuklear berbanding kapal selam "biasa" (lazimnya diesel elektrik) banyak: Pendorongan nuklear, yang tidak memerlukan udara, membolehkan kapal selam agar tidak kerap ke permukaan laut, sesuatu yang perlu dilakukan kapal selam biasa. Jumlah kuasa yang amat besar yang dijana reaktor nuklear membolehkan kapal selam beroperasi pada kelajuan tinggi dan buat masa yang lama—tempoh panjang antara penambahan bahan api hanya dihadkan oleh ruang penstoran makanan dan bahan-bahan guna habis lain. Generasi kapal selam kini tidak perlu ditambah bahan api sepanjang hayat perkhidmatan selama 25 tahun.[1] Sebaliknya, kuasa terhad yang disimpan di dalam bateri elektrik bermakna kapal selam biasa yang paling maju pun hanya dapat menyelam buat beberapa hari pada kelajuan rendah, dan hanya beberapa jam pada kelajuan tinggi. Kemajuan dalam sistem pendorongan bebas udara telah mengurangkan jurang ini sedikit.

Kos teknologi nuklear yang sangat tinggi bermakna hanya segelintir negara yang mampu mengendalikan kapal selam nuklear. Sebilangan kemalangan nuklear dan sinaran serius pernah berlaku melibatkan kemalangan kapal selam nuklear Soviet.[2][3] Kapal selam pembawa misil balistik, yang membawa senjata nuklear, ialah satu daripada beberapa jenis kapal selam nuklear. Walau bagaimanapun, kebanyakan kapal selam nuklear membuat penugasan lain, antaranya bertindak sebagai kapal selam penyerang.

Rujukan sunting

  1. ^ Naval Technology – SSN Astute Class – Attack Submarine
  2. ^ Johnston, Robert (23 September 2007). "Deadliest radiation accidents and other events causing radiation casualties". Database of Radiological Incidents and Related Events.
  3. ^ Follow TIME Facebook Twitter Google + Tumblr (25 March 2009). "The Worst Nuclear Disasters". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-26. Dicapai pada 2 May 2012.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.