Karai merupakan sebuah pekan di tepi tebing Sungai Perak, Perak, Malaysia, berhampiran dengan bandar Kuala Kangsar dan Sungai Siput. Pekan Karai merupakan satu mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Kuala Kangsar.

Pekan Karai
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perak
DaerahDaerah Kuala Kangsar
MukimPekan Karai
KeluasanN/A

Nama Karai telah wujud dalam peta-peta lama negeri Perak berbanding dengan bandar-bandar lain di Perak atau Malaysia. Ini mungkin kerana jalan sungai menjadi nadi utama pengangkutan ketika itu untuk mengangkut bijih timah.