Kasuari, kesuari atau suari ialah sejenis burung dalam genus Casuarius, salah satu dari dua genus yang masih wujud dalam keluarga Casuariidae. Ia merupakan burung yang berasal dari hutan tropika di pulau Irian, pulau-pulau berdekatan dengannya dan timur laut Australia.[1]

Kasuari
Kasuari selatan di
Taman Burung Jurong, Singapura
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Casuarius

Brisson, 1760
Spesies

Casuarius casuarius
Kasuari selatan
Casuarius unappendiculatus
Kasuari utara
Casuarius bennetti
Kasuari kerdil
Casuarius lydekki

Terdapat tiga spesies yang masih wujud pada hari ini, dan yang paling biasa ditemui adalah kasuari selatan[2] yang mana adalah burung hidup ketiga tinggi dan kedua berat, kecil sedikit daripada burung unta dan emu.

Penamaan sunting

Perkataan "kasuari" (Jawi: كاسواري), "kesuari" (Jawi: كسواري) dan "suari" (Jawi: سواري) asalnya dipakai kepada spesies kasuari selatan;[3][4] semua perkataan ini menyerap daripada Sanskrit: कास्सोवारिस्, rumi: kās'sōvāris.

Ciri-ciri sunting

Burung kasuari betina biasanya berukuran lebih besar dan berwarna lebih terang daripada burung jantan.

Badan sunting

Burung ini memiliki tanduk di atas kepalanya yang membantu burung ini sewaktu berjalan di habitatnya di hutan tebal. Tulang selangka dan korakoidnya merosot, tulang-tulang lelangit dan tengah tengkoraknya menyentuh.[5] Tulang-belulang ini membantu badan burung ini yang berbentuk baji menepis pokok menjalar, duri dan daun bergerigi sambil cepat lari di hutan hujan.[6]

Bulu pelepah burung kasuari terdiri daripada batang dan ruit halus yang longgar. Ekor burung ini dogel dan tidak ada kelenjar selisik. Kepak burung ini kecil dengan 5–6 bulu terbang yang besar, merosot menjadi duri berkeratin yang keras tanpa cangkuk ruit seperti duri landak.[7]

Kaki sunting

Kaki burung kasuari mempunyai tiga jari yang sangat kuat dan berkuku tajam. Jari kaki kedua yang tengah mempunyai kuku seperti pisau yang berukuran 12.5 sm panjang.[7]

Burung kasuari boleh berlari sehingga 50 km/j dan melompat setinggi 1.5 meter. Ia pandai berenang menyeberangi sungai dan laut.[8]

Tabiat sunting

Kasuari adalah haiwan pemalu, meskipun sekiranya diganggu boleh mendatangkan kecederaan serius kepada manusia dan anjing. Burung ini kerap dipanggil burung yang paling berbahaya di dunia"[2]

Pemakanan sunting

Makanan utama kasuari adalah buah-buahan, meskipun kesemua spesies adalah omnivor sebenar dan diet sehariannya terdiri daripada pucuk pokok, biji rumput dan kulat selain dari serangga kecil.

Pembiakan sunting

Musim bertelur kausari dari Mei hingga Jun. Kasuari betina bertelur 3–8 biji telur besar berwarna hijau terang atau biru hijau pucat atas selonggok daun kering dikumpulkan burung betina.[5] Sebiji telur ini berukuran 9 kali 14 sm – telur burung unta dan emu lagi besar.

Spesies sunting

Gambar Nama saintifik Nama umum Taburan
  Casuarius casuarius Kasuari selatan selatan New Guinea, timur laut Australia, dan Kepulauan Aru, terutama di tanah pamah[1]
  Casuarius unappendiculatus Kasuari utara Utara dan barat New Guinea, dan Yapen, terutama di tanah pamah[1][7]
  Casuarius bennetti Kasuari kerdil New Guinea, New Britain, dan Yapen, terutama di tanah tinggi[1]
(Pupus) Casuarius lydekkeri Kasuari pigmi Fosil-fosil Pleistosen di New South Wales[9] dan Papua New Guinea[10]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Clements, James (2007). The Clements Checklist of the Birds of the World (ed. 6). Ithaca, NY: Cornell University Press. ISBN 978-0-8014-4501-9.
  2. ^ a b "Cassowary". San Diego Zoo Wildlife Alliance. 2022. Dicapai pada 18 September 2022.
  3. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kĕsuari". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 584 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  4. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "suari". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 386 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  5. ^ a b Davies, S.J.J.F. (2003). "Cassowaries". Dalam Hutchins, Michael (penyunting). Grzimek's Animal Life Encyclopedia. 8 Birds I Tinamous and Ratites to Hoatzins (ed. 2). Farmington Hills, MI: Gale Group. m/s. 75–77. ISBN 0-7876-5784-0.
  6. ^ Gilliard (1958), m/s. 23.
  7. ^ a b c Davies, S.J.J.F. (2002). Ratites and Tinamous. Oxford University Press. ISBN 0-19-854996-2.
  8. ^ Harmer & Shipley (1899), p. 35–6.
  9. ^ Miller, Alden H. (June 19, 1962). "The history and significance of the fossil Casuarius lydekkeri" (PDF). Records of the Australian Museum. The Australian Museum. 25 (10): 235–238. doi:10.3853/j.0067-1975.25.1962.662. Dicapai pada March 20, 2017.
  10. ^ Rich, P. V.; Plane, Michael; Schroeder, Natalie (1988). "A pygmy cassowary (Casuarius lydekkeri) from late Pleistocene bog deposits at Pureni, Papua New Guinea" (PDF). Journal of Australian Geology & Geophysics. 10: 377–389.

Teks dipetik sunting

  • Borrell, Brendan (2008). "Invasion of the Cassowaries". Smithsonian magazine. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Brands, Sheila (2008). "Systema Naturae 2000 / Classification, Genus Casuarius". The Taxonomicon. Dicapai pada February 2009. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • "The Cassowary Bird". Buzzle.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-15. Dicapai pada October 2012. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  • Clark, Philip (1990). "Stay in Touch". The Sydney Morning Herald. Unknown parameter |month= ignored (bantuan) Cites "authorities" for the death claim.
  • Crome, F; Moore, L (1988). "The cassowary's casque" (PDF). Emu. 88: 123–124.
  • Davies, S.J.J.F. (2002). Ratites and Tinamous. Oxford University Press. ISBN 0-19-854996-2.
  • Diamond, J. (1997). Guns, Germs, and Steel: The Fates of Human Societies. W.W. Norton & Company. m/s. 165. ISBN 0-393-03891-2. Unknown parameter |datmonth= ignored (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  • Gilliard, E. Thomas (1958) [1958]. "Cassowaries". Living Birds of the World. New York, NY: Doubleday & Company. m/s. 23–24.
  • Gotch, A.F. (1995) [1979]. "Cassowaries". Latin Names Explained. A Guide to the Scientific Classifications of Reptiles, Birds & Mammals. New York, NY: Facts on File. m/s. 178–179. ISBN 0-8160-3377-3.
  • Harmer, S. F.; Shipley, A. F. (1899). The Cambridge Natural History. Macmillan and Co. m/s. 35–36.
  • Kofron, Christopher P. (1999). "Attacks to humans and domestic animals by the southern cassowary (Casuarius casuarius johnsonii) in Queensland, Australia". Journal of Zoology. 249 (4): 375–81. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Kofron, Christopher P. (2003). "Case histories of attacks by the southern cassowary in Queensland". Memoirs of the Queensland Museum. 49 (1): 335–8.
  • Kofron, Christopher P.; Chapman, Angela (2006). "Causes of mortality to the endangered Southern Cassowary Casuarius casuariusjohnsonii in Queensland, Australia". Pacific Conservation Biology. 12: 175–179.
  • Mack, A.L.; Jones, J (2003). "Low-frequency vocalizations by cassowaries (Casuarius spp.)". The Auk. 120 (4): 1062–68.
  • Owen, J. (2003). "Does Rain Forest Bird "Boom" Like a Dinosaur?". National Geographic News.
  • Paul, Gregory S. (1988). Predatory Dinosaurs of the World. New York: Simon and Schuster. m/s. 364, 464pp.
  • Readers' Digest. 2006. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  • Underhill, D (1993). Australia's Dangerous Creatures Reader's Digest. Sydney. ISBN 0-86438-018-6.
  • Weber, B.L.; Woodrow, I.E. "Cassowary frugivory, seed defleshing and fruit fly infestation influence the transition from seed to seedling in the rare Australian rainforest tree, Ryparosa sp. nov. 1 (Achariaceae)". Functional Plant Biology. 31 (5): 505–16. doi:10.1071/FP03214.

Teks tidak dipetik sunting

Pautan luar sunting