Katherine Marie Heigl (lahir pada 24 November 1978) merupakan pencalonan Golden Globe dan pelakon Amerika Syarikat. Beliau mula dikenali menerusi Roswell dan Grey's Anatomy.

Katherine Heigl
Kelahiran
Katherine Marie Heigl

(1978-11-24) 24 November 1978 (umur 45)
Ketinggian5 ka 9 in (1.75 m)

Latar Belakang sunting

Kehidupan Awal sunting

Heigl dilahirkan di Washington, D.C. dan anak kepada Paul Heigl dan Nancy.Beliau merupakan anak bongsu daripada empat orang adik berading (Meg, Jason, dan John Heigh) Heigl menetap di Virginia sebelum ke Denver dan Connecticutdi New Canaan yang menjadi tempat paling lama Heigl menghabiskan masa kanak-kanaknya.

Pada 1986, abangnya, Jason, yang berusia15 tahun akibat kemalangan dan setalah lapan jam melakukan pembedahan, doktor mendapati Jason gagal diselamatkan dan keluarganya meutuskan untuk menderma organ-organ Jason yang masih berguna kepada orang lain yang lebih memerlukannya.

Kerjaya sunting

Ketika berusia 9 tahun, ibu saudaranya mengunjungi keluarga Heigl dan mengambil beberapa gambar Heigl ketika muda. Setelah pulang ke rumanya di New York, ibu saudaranya telah menghantar gambar-gambar Heigl ke agensi peragaan dengan kebenaran ibu bapa Heigl. Hanya beberapa minggu, Heigl diterima menjadi peragawati untuk kanak-kanak. Penampilan pertamanya adalah menerusi katalog Sears danLord & Taylor dengan bayaran $75. Penampilannya sebagai pelakon bermula pada 1992 menerusi That Night . Beliau seterusnya memegang watak Christina Sebastian di dalam King of the Hill sebelum memegang watak utama sebagai Nicole di dalam filem komedi My Father The Hero. Pada masa yang sama Heigl menyambung pelajaran di Sekolah Tinggi New Canaan. Pada 1995, beliau memegang watak yang berbeza sebagai Sarah di dalam Under Siege 2: Dark Territory. Walaupun dunia lakonannya sedang menjadi-jadi, Heigl tidak pernah lupa akan dunia peragaannya. Dia pernah muncul dalam majalah Seventeen. Kemudian Disneymenawarkannya watak utama dalam Wish Upon a Star pada 1996. Pada tahun yang sama 1996, ibu bapa Heigl bercerai dan ibunya disahkan menghidap barah. [1]. Setelah tamat sekolah tinggi pada 1997, beliau berpindah bersama ibunya ke Malibu Canyon, Los Angeles, dan melantik ibunya sebagai pengurusnya. Pada 1998, beliau berlakon bersama Peter Fonda dalam The Tempest . Tahun berikutnya beliau berlakon di dalam filem seram Bride of Chucky. Pada 1999, Heigl diterima melakonkan watak Isabel Evans menerusi drama bersiri Roswell. Heigl mula menjadi tumpuan majalah-majalah besar seperti Life, TV Guide, dan Teen sertaFHM. Beliau muncul di dalam kalendar keluaran FHM dan Maxim, serta FHM 100 sexiest women in the world Girls of Maxim. Pada Mei 2006, Maxim meletakkan beliau di tangga ke-12 menerusi senarai Hot 100 Hot 100 dan diletakkan di tangga ke-19 sebagai wanita paling seksi di dunia oleh pembaca majalah FHM. Sewaktu sibuk bersama Roswell, Heigl turut terbabit dalam beberapa buah filem seperti 100 Girls, dan Valentine. Beliau diterima untuk muncul di dalam Ground Zero, sebuah rancangan televisyen bergenre serem hasil adaptasi novel James Mills, The Seventh Power, pada 2001. Pada 2003, Heigl terbabit dalam tiga buah telefilem. Belaiu telah kembali ke filem bergenre seram Evil Never Dies, Frankenstein bersama Thomas Gibson. Love Comes Softly, untuk Hallmark Entertainment, Heigl sebagai Marty Claridge dan akhirnya, Heigl memegang watak Isabella Linton dalam rancangan terbitan MTV yang diadaptasikan menerusi novel klasik Emily Brontë, Wuthering Heights. Pada Oktober 2003, Heigl berlakon bersama Johnny Knoxville menerusi The Ringer. Heigl melakonkan watak Romy pada 2005 menerusi Romy and Michele: In the Beginning. 2005 memperlihatkan Heigl memegang watak sebagai Dr. Isobel "Izzie" Stevens menerusi drama popular 'Grey's Anatomy, terbitan ABC yang berkisarkan drama perubatan. Pada tahun yang sama, Heigl mendapat tawaran berlakon untuk filem bebas Side Effects sebagai Karly Hert. Pada akhir 2006, Heigl telah dicalonkan untuk anugerah Golden Globe menerusi kategori, Best Supporting Actress in a Series, Mini-series, or Motion Picture Made for Television untuk wataknya di dalam Grey's.

Kehidupan Peribadi sunting

Heigl pernah menjalinkan hubungan bersama pelakon yang menjadi abangnya menerusi drama bergenre cekera sains, Roswell iaitu Jason Behr. Pada Jun 2006, beliau mengikatkan tali pertunangan dengan penyanyi Josh Kelley.[2]

Trivia sunting

  • Beliau pernah membuat lawak bahawa namanya pada kehidupan lepas ialah Isabel apabila mendapati beliau selalu mendapat watak bernama “Isabel”
  • Disenaraikan oleh FHM sebanyak dua kali pada tahun 2007 menerusi "100 Sexiest Women in the World".

Lakonan sunting

Tahun Judul Peranan Catatan
2007 Knocked Up Allison Scott
2006 Caffeine Laura
2005 The Ringer Lynn Sheridan
2005 Zyzzyx Road Marissa
2005 Side Effects Karly Hert
2005 Romy and Michele: In the Beginning Romy White
2005 Grey's Anatomy Dr. Isobel "Izzie" Stevens 2005-kini
2004 Love's Enduring Promise Marty Claridge
2003 Love Comes Softly Marty Claridge
2003 Wuthering Heights Isabel Linton
2001 Valentine Shelley Fisher
2001 100 Girls Arlene
1999 Roswell Isabel Evans 1999-2002
1998 Bride of Chucky Jade
1998 Bug Buster Shannon Griffin 1997-1998
1997 Prince Valiant Princess Ilene
1996 Wish Upon a Star Alexia Wheaton made-for-television
1995 Under Siege 2: Dark Territory Sarah Ryback
1994 My Father The Hero Nicole

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-04-18.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-21. Dicapai pada 2007-04-18.

Pautan Dalaman sunting

Temuramah sunting

Tajuk Utama sunting

Laman Web sunting