Kavadi Attam (Tamil: காவடியாட்டம்) ialah tarian yang dilakukan oleh penganut semasa upacara penyembahpujaan Murugan iaitu dewa Perang orang Tamil.[1] Ia sering kali dilakukan semasa perayaan Thaipusam dan menekankan ikatan hutang ("debt bondage"). Kavadi itu sendiri merupakan beban fizikal yang mana penganutnya memohon bagi bantuan Dewa Murugan.[2]

Kavadi di Jerman
Kavadi yang dibawa penganut Hindu semasa Thaipusam sebagai membayar nazar, atau tanda berterima kasih kepada Lord Subramania

Asal sunting

Kavadi itu sendiri terbenam jauh dalam mitos. Di Gunung Kailas, Dewa Siva mengamanahkan pendeta bijaksana Agastya kerdil dengan dua anak bukit, dengan arahan bagi mengalih dan meletakkannya di Selatan India. Tetapi bijaksana meninggalkannya dalam hutan dan kemudiannya menyuruh anak buahnya, Idumban bagi mengambilnya. Idumban menjumpai kedua anak bukit tersebut, tetapi pada awalnya tidak mampu mengangkatkannya, sehinga dia menerima bantuan dewa-dewa. Berhampiran Palani di Selatan India – di mana sehingga hari ini terdapat kuil Murugan yang terkenal — Idumban meletakkan anak bukit tersebut untuk berehat sebentar. Apabila dia cuba meneruskan perjalanannya, dia mendapati bahawa anak bukit tersebut tidak dapat dialihkan.

Idumban tersebut mendakwa bahawa anak bukit tersebut kepunyaannya. Dalam pergelutan berikutnya, Idumban dikalahkan. Idumban kemudian menyedari bahawa pemuda tersebut merupakan Dewa Murugan. Idumban memohon ampun dan meminta agar sesiapa yang datang ke anak bukit untuk memuja Murugan dengan objek yang menyerupai dua anak bukit digantung oleh galang, akan diperkenankan permintaannya. Permintaan Idumban dikabulkan. Dan dengan itu wujudkan peranan kavadi dalam perayaan Hindu.

Gambaran Kavadi sunting

Kavadi terdiri daripada dua separa gelung yang diperbuat dari besi atau kayu yang dibentuk dan dilekatkan pada struktur melintang yang boleh diletakkan di atas bahu penganut. Ia sering dihiasi dengan bunga, bulu merak (kenderaan Dewa Murugan) antara lain. Sesetengah Kavadi mampu mencecah berat sehingga 30 kg.[2]

Persediaan sunting

Persediaan bermula 48 hari sebelum dua hari perayaan Thaipusam. Penganut membersihkan diri mereka dari semua cemaran mental dan fizikal. Mereka berpuasa dan hanya makan sayur-sayuran sekali sehari dan 24 jam sebelum Thaipusam, mereka mesti berpuasa sepenuhnya.[2] Penganut menyiapkan diri mereka dengan mematuhi keadaan kesucian yang ketat yang termasuk:[1], [3]

  • Melepasi keinginan
  • Bercukur kepala
  • Mematuhi permakanan sayur-sayuran dan mengelak alkohol
  • Mengelak hubungan seks
  • Mandi dalam air sejuk
  • Tidur di atas lantai
  • Sembahyang secara tetap

Jenis sunting

 
Vel kavadi

Vel Kavadi sunting

Amalan yang paling mengkagumkan adalah vel kavadi, pada asasnya meja penyembahan boleh alih dengan ketinggian sehingga dua meter, dihiasi dengan bulu merak dan dilekatkan pada penganut dengan 108 cangkuk yang menembusi kulit pada dada dan belakang. Berjalan atas api dan pencambukan juga diamalkan. Ia didakwa bahawa penganut mampu memasuki keadaan bersawai, tidak merasa sakit dan tidak berdarah dari luka mereka dan tidak mninggalkan parut.

Kavadi jenis lain sunting

Tidak semua Kavadi membabitkan ketahanan fizikal melampau. Sesetengah penganut turut membawa kendi susu tembaga di atas kepala sementara yang lain membawa periuk kecil dengan persembahan kepada para dewa".[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Kent, Alexandra. Divinity and Diversity: A Hindu Revitalization Movement in Malaysia. University of Hawaii Press, 2005. (ISBN 8791114896)
  2. ^ a b c d Hume, Lynne. Portals.
  3. ^ Divinity and Diversity: A Hindu Revitalization Movement in Malaysia, By Alexandra Kent