Arzachel ialah sebuah kawah hentaman qamari yang relatif baharu yang terletak di kawasan tanah tinggi di selatan-tengah Bulan bahagian Bulan yang dapat dilihat dari Bumi. Kawah ini terletak berdekatan meridian sifar (pusat Bulan yang dapat kelihatan). Ia terletak pada arah selatan kawah Alphonsus, dan bersama-sama Ptolemaeus yang terletak di utara, membentuk barisan kawah pada timur Mare Nubium. Kawah Alpetragius yang lebih kecil terletak pada arah barat laut, sementara Thebit berada pada arah barat daya Arzachel, di pinggir mare qamari

Kawah Arzachel
Arzachel dan Alpetragius.
Rima Arzachel dapat kelihatan jelas di sebelah kanan gambar.
Koordinat18°12′S 1°54′W / 18.2°S 1.9°W / -18.2; -1.9Koordinat: 18°12′S 1°54′W / 18.2°S 1.9°W / -18.2; -1.9
Diameter96 km
Kedalaman3.6 km
Colongitude3° pada fajar
EponimAl-Zarqali

Pemerian sunting

Bentuk Arzachel terang apabila dilihat dan ia sebuah subjek peneropongan kegemaran ahli falak amatur. Sembir Arzachel tidak menunjukkan kehausan dan ia mempunyai teres yang terperinci pada bahagian dalamannya, terutamanya pada sembir timur yang lebih tinggi. Terdapat tetembok kasar luaran yang tercantum dengan sebuah permatang yang terlatak dalam arah utara-selatan sembir Alphonsus.

Puncak ketara berceranggah di pusat kawah, menaik setinggi 1.5 km dari lantai kawah. Puncak ini diimbangi sedikit oleh sebuah lengkungan dari selatan ke utara-timur laut. Lantai kawah relatif rata melainkan sedikit bahagian yang tidak sama pada kuadran barat daya Arzachel. Terdapat sebuah rill (salah satu lembah seperti rekahan atau parit yang panjangnya hingga beberapa ratus kilometer dan lebarnya 1-2 kilometer biasanya terdapat di permukaan bulan.)[1] bernama Rimae Arzachel yang terbentang dari dinding utara ke sembir tenggara kawah. Sebuah kawah kecil terdapat di lantai kawah pada arah timur puncak pusat serta beberapa anak-anak kawah berdekatan.

Nama sunting

"Arzachel" ialah panggilan Latin bagi nama ahli falak dan ahli matematik Muslim, Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya Al-Zarqali. Seperti kebanyakan kawah yang terletak di sisi dekat qamari, Arzachel diberi nama oleh Giovanni Riccioli, yang nomenklatur tahun 1651-nya sudah diseragamkan.[2] Ahli kartografi qamari lebih awal telah memberikan kawah ini beberapa nama lain: Peta tahun 1645 Michael van Langren menyebutnya sebagai "Annae, Reg. Fran.", sempena nama Anne, Pemangku Raja Perancis,[3] dan Johannes Hevelius pula memanggelarnya "Mons Cragus" sempena satu daripada Gunung Cragus dunia kuno.[4]

Kawah satelit sunting

Mengikut resam, Mengikut resam ciri-ciri ini dikenali pada peta bulan dengan meletakkan huruf pada sisi pusat kawah yang paling terdekat dengan Arzachel.

Arzachel Latitud Longitud Diameter
A 18.0° S 1.5° B 10 km
B 17.0° S 2.9° B 8 km
C 17.4° S 3.7° B 6 km
D 20.2° S 2.1° B 8 km
H 18.7° S 2.0° B 5 km
K 18.3° S 1.6° B 4 km
L 20.0° S 0.1° T 8 km
M 20.6° S 0.9° B 3 km
N 20.4° S 2.2° B 3 km
T 17.7° S 1.3° B 3 km
Y 18.2° S 4.3° B 4 km

Rujukan sunting

  1. ^ Takrif DBP
  2. ^ Ewen A. Whitaker, Mapping and Naming the Moon (Cambridge University Press, 1999), p.211.
  3. ^ Ewen A. Whitaker, Mapping and Naming the Moon (Cambridge University Press, 1999), p. 197.
  4. ^ Ewen A. Whitaker, Mapping and Naming the Moon (Cambridge University Press, 1999), p. 203.
  • Wood, Chuck (2006-07-17). "Another FFC". Lunar Photo of the Day. Dicapai pada 2006-07-17.

Pautan luar sunting