Kawanishi K-200 merupakan kapal terbang air berkonsepkan turbojet yang direka di Jepun semasa Perang Dunia II.

Menggunakan reka bentuk E11K1 dan K-60 dari syarikat yang sama, K-200 akan menggunakan enam jet turbo dan bertujuan menggantikan bot terbang berat jarak jauh lain dalam perkhidmatan Tentera Laut Imperial Jepun. K-200 juga dicadangkan sebagai pelantar bagi mengangkut senjata nuklear Jepun ke Amerika Syarikat.

Perperangan berakhir sebelum rancangan bagi K-200 sempat disiapkan.