Kazuki Nakajima (lahir 11 Januari 1985 di Aichi, Jepun) ialah seorang pemandu kereta lumba yang pernah berlumba dalam Formula Satu untuk pasukan Wiliams-Toyota dari tahun 2007 hingga 2009. Sebelum ini, beliau merupakan pemandu ujian mereka, dan berlumba dalam GP2 Series untuk pasukan DAMS.

Kazuki Nakajima
Nakajima pada tahun 2011 di Fuji Speedway
Lahir (1985-01-11) 11 Januari 1985 (umur 39)
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanJepun Jepun
Tahun aktif20072009
TeamsWilliams
Entri36
Kejuaraan0
Kemenangan0
Podium0
Mata kerjaya9
Petak pertama0
Pusingan terpantas0
Perlumbaan pertamaGrand Prix Brazil 2007
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2009
Kedudukan 2009Ke-20 (0 mata)

Nakajima telah menandatangani kontrak untuk berlumba untuk Stefan GP pada tahun 2010, tetapi pasukan itu tidak diterima dalam kejuaraan dunia Formula Satu.[1] Selepas kerjaya Formula Satu beliau berakhir, beliau berpindah semula ke Jepun untuk bersaing dalam siri Formula Nippon.

Kerjaya perlumbaan sunting

Formula Satu sunting

 
Nakajima di Grand Prix Brazil 2007. Ayahnya, Satoru, juga membuat penampilan sulungnya di Brazil pada tahun 1987.

Diumumkan pada 9 Oktober 2007, bahawa berikutan persaraan Alexander Wurz, Nakajima akan berlumba untuk Williams pada acara kemuncak musim di Grand Prix Brazil.[2] Nakajima mendapat tempat kesepuluh pada perlumbaan tersebut.

 
Nakajima memandu untuk Williams di Grand Prix British 2008.

Pada 7 November 2007, ia telah disahkan oleh Williams bahawa Nakajima akan menjadi rakan sepasukan Rosberg bagi musim 2008.[3] Nakajima bermula dengan baik di Grand Prix Australia dengan mendapat tempat ketujuh, dan dinaikkan ke tempat keenam selepas Rubens Barrichello disingkirkan selepas perlumbaan. Beliau kemudiannya mendapat tempat ketujuh di Grand Prix Sepanyol. Insiden di selekoh pertama bersama Giancarlo Fisichella di Istanbul memaksa beliau untuk bersara. Nakajima mendapat dua mata kejuaraan di Grand Prix Monaco. Beliau merupakan pemandu Jepun yang pertama untuk mendapat mata di Monaco.[4] Nakajima mendapat satu mata di Grand Prix British, selepas kehilangan tempat ketujuh pada pusingan terakhir perlumbaan. Di Singapura, Nakajima berjaya ke pusingan kelayakan bahagian ketiga buat kali pertama dan melayakkan diri ke tempat kesepuluh. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kelapan dan mendapat satu mata.

Nakajima dikekalkan oleh Williams bagi musim 2009. Di Grand Prix Australia, beliau merempuh dinding di sekeloh keenam dan menyebabkan beliau untuk bersara dari perlumbaan. Nakajima juga terpaksa bersara di Bahrain. Beliau juga terhempas pada pusingan kedua terakhir di Grand Prix Monaco ketika beliau di tempat kesepuluh. Di Grand Prix British, Nakajima memperoleh keputusan kelayakan tertingginya dalam Formula Satu, iaitu tempat kelima. Walau bagaimanapun, perlumbaan beliau telah dikompromi oleh strategi pit yang teruk yang menyebabkan beliau gagal mengutip sebarang mata kejuaraan. Nakajima menamatkan musim ini tanpa sebarang mata.

Williams menandatangani Rubens Barrichello dan Nico Hülkenberg bagi musim 2010, dan meninggalkan Nakajima tanpa kerusi perlumbaan. Walau bagaimanapun, pada bulan Januari, terdapat laporan yang mengaitkan Nakajima dengan pasukan Stefan GP. Stefan GP mengesahkan pada 19 Februari 2010 bahawa Nakajima ialah salah seorang pemandu pasukan tersebut,[5] walaupun pasukan itu tidak diberikan kemasukan untuk musim 2010. FIA kemudiannya memutuskan bahawa Stefan GP tidak boleh memasuki musim pada peringkat lewat dan menyebabkan Nakajima tidak mempunyai kerusi perlumbaan untuk musim 2010.

Formula Nippon sunting

Nakajima kembali ke Jepun untuk bertanding dalam siri Formula Nippon pada tahun 2011. Dengan memandu untuk pasukan TOM'S, beliau memenangi perlumbaan pertamanya di perlumbaan kedua musim ini, yang diadakan di Autopolis. Dengan ini, beliau mendahului kejuaraan pemandu. Beliau akhirnya menamatkan musim sebagai naib juara, di belakang André Lotterer. Beliau terus berlumba dalam siri ini bagi musim 2012.

Adiknya, Daisuke, juga bersaing dalam siri ini.

Rekod perlumbaan sunting

Ringkasan kerjaya sunting

Musim Sri Pasukan Perlumbaan P/Pertama Kemenangan Mata Kedudukan
2003 Formula Toyota ? 10 3 3 134 Pertama
2004 All-Japan Formula Three TOM'S 20 2 2 138 Ke-5
Macau Grand Prix TOM'S 1 0 0 N/A Ke-13
Bahrain F3 Superprix TOM'S 1 0 0 N/A Ke-7
2005 All-Japan Formula Three TOM'S 20 3 2 209 Ke-2
Macau Grand Prix TOM'S 1 0 0 0 Ke-5
Super GT (GT300) Kicchouhouzan with apr 7 0 1 52 Ke-8
2006 Formula Three Euroseries Manor Motorsport 20 0 1 36 Ke-7
Macau Grand Prix Manor Motorsport 1 0 0 N/A NC
Masters of Formula Three Manor Motorsport 1 0 0 N/A Ke-26
2007 Formula Satu AT&T Williams 1 0 0 0 Ke-22
GP2 Series DAMS 21 1 0 44 Ke-6
2008 Formula Satu AT&T Williams 18 0 0 9 Ke-15
2009 Formula Satu AT&T Williams 17 0 0 0 Ke-20
2011 Formula Nippon Petronas Team TOM'S 8 0 1 42 Ke-2
Super GT Petronas Team TOM'S 6 0 0 28 Ke-10
2012 Formula Nippon Petronas Team TOM'S 8 1 2 46 Pertama
Super GT Petronas Team TOM'S 4 0 0 29 Ke-6
24 Hours of Le Mans Toyota Racing 1 0 0 N/A DNF
FIA World Endurance Championship Toyota Racing 3 1 1 44 Ke-13

Keputusan lengkap GP2 Series sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 DC Mata
2007 DAMS BHR
FEA

17
BHR
SPR

6
ESP
FEA

15
ESP
SPR

7
MON
FEA

10
FRA
FEA

17
FRA
SPR

6
GBR
FEA

3
GBR
SPR

3
EUR
FEA

3
EUR
SPR

3
HUN
FEA

2
HUN
SPR

Ret
TUR
FEA

6
TUR
SPR

Ret
ITA
FEA

DSQ
ITA
SPR

18
BEL
FEA

Ret
BEL
SPR

9
VAL
FEA

3
VAL
SPR

7
Ke-6 42

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Kedudukan Mata
2007 AT&T Williams Williams FW29 Toyota RVX-07 2.4 V8 AUS
TD
MAL
TD
BHR
ESP
MON
CAN
TD
USA
TD
FRA
GBR
EUR
HUN
TUR
ITA
BEL
JPN
CHN
TD
BRA
10
Ke-22 0
2008 AT&T Williams Williams FW30 Toyota RVX-08 2.4 V8 AUS
6
MAL
17
BHR
14
ESP
7
TUR
Ret
MON
7
CAN
Ret
FRA
15
GBR
8
GER
14
HUN
13
EUR
15
BEL
14
ITA
12
SIN
8
JPN
15
CHN
12
BRA
17
Ke-15 9
2009 AT&T Williams Williams FW31 Toyota RVX-09 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
12
CHN
Ret
BHR
Ret
ESP
13
MON
15
TUR
12
GBR
11
GER
12
HUN
9
EUR
18
BEL
13
ITA
10
SIN
9
JPN
15
BRA
Ret
ABU
13
Ke-20 0

Keputusan lengkap Formula Nippon/Super Formula sunting

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 DC Mata
2011 Petronas Team TOM'S SUZ
3
AUT
1
FUJ
3
MOT
3
SUZ
C
SUG
3
MOT1
2
MOT2
2
Ke-2 42
2012 Petronas Team TOM'S SUZ
1
MOT
3
AUT
5
FUJ
2
MOT
4
SUG
5
SUZ
12
SUZ2
1
Pertama 46
2013 Petronas Team TOM'S SUZ
5
AUT
12
FUJ
MOT
INJ
SUG
SUZ
Ke-8* 4*

Keputusan lengkap Super GT sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Pasukan Kereta Kelas 1 2 3 4 5 6 7 8 DC Mata
2005 apr Toyota MR-S GT300 OKA
4
FUJ
5
SEP
5
SUG
1
MOT
Ret
FUJ
7
AUT
Ret
SUZ
7
Ke-8 52
2011 Petronas Team TOM'S Lexus SC430 GT500 OKA
4
FUJ
4
SEP
6
SUG
9
SUZ
6
FUJ
15
AUT
4
MOT
8
Ke-8 39
2012 Petronas Team TOM'S Lexus SC430 GT500 OKA
5
FUJ
4
SEP
13
SUG
2
SUZ
Ret
FUJ
4
AUT
15
MOT
8
Ke-7 40
2013 Lexus Team Petronas TOM'S Lexus SC430 GT500 OKA
12
FUJ
1
SEP
SUG
SUZ
FUJ
AUT
MOT
Ke-3* 20*

*Musim sedang dijalankan

Keputusan lengkap 24 Hours of Le Mans sunting

Tahun Pasukan Pemandu kedua Kereta Kelas Pusingan Ked. Ked
kelas
2012   Toyota Racing   Alexander Wurz
  Nicolas Lapierre
Toyota TS030 Hybrid LMP1 134 DNF DNF

Keputusan lengkap FIA World Endurance Championship sunting

(kunci)

Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Kelas Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 Tangga Mata
2012 Toyota Racing LMP1 Toyota TS030 Hybrid Toyota 3.4 L V8 (Hybrid) SEB
SPA
LMN
Ret
SIL
2
SAO
BHR
FUJ
1
SHA
Ke-13 44
2013 Toyota Racing LMP1 Toyota TS030 Hybrid Toyota 3.4 L V8 (Hybrid) SIL
SPA
Ret
LMN
SÃO
COA
FUJ
SHA
BHR
Ke-13* 0*

*Musim sedang dijalankan

Rujukan sunting

  1. ^ Rencken, Dieter (2010-02-19). "Stefan GP dengan kereta Formula 1". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2010-02-19. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ "Williams mengesahkan Nakajima untuk perlumbaan di Brazil". autosport.com. Haymarket Publications. 2007-10-09. Dicapai pada 2007-10-09.
  3. ^ Nakajima kekal di Williams BBC Sport - 7 November 2007
  4. ^ "【F1】一貴"納豆走法"で7位!モナコで日本人初入賞" (dalam bahasa Bahasa Jepun). Sankei Sports. 2008-05-26. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-27. Dicapai pada 2008-05-26.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Double R menandatangani Daisuke Nakajima". autosport.com. 2009-02-27. Dicapai pada 2009-03-04.

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
André Lotterer
Juara Formula Nippon
2012
Diikuti oleh:
Penyandang