Kebudayaan Hungary

Kebudayaan Hungary berbagai-bagai dan berbeza-beza.

Muzik sunting

 
Ferenc Liszt (Franz Liszt), penggubah dan virtuoso piano Hungary masyhur yang sezaman dengan Ferenc Erkel.

Muzik Hungary terdiri terutamanya daripada muzik rakyat tradisional Hungary dan karya komposer terkenal seperti Franz Liszt, Béla Bartók dan Zoltán Kodály. Muzik tradisonal Hungary cenderung kepada irama daktil yang kuat, kerana bahasanya menekankan suku kata pertama setiap perkataan. Hungary juga mempunyai sebilangan penggubah of muzik klasik kontemporari yang terkenal di peringkat antarabangsa, seperti György Ligeti, György Kurtág, Péter Eötvös dan Zoltán Jeney.

Masakan sunting

Masakan Hungary juga merupakan sifat yang penting dalam budaya Hungary, dengan hidangan-hidangan tradisional seperti goulash (gulyás atau gulyásleves) yang menjadi sebahagian penting dalam diet Hungary. Masakan Hungary sering ditambah perisa paprika. Stew sering didapati dengan unsur-unsur tipikal seperti daging khinzir atau lembu, misalnya seperti yang digunakan dalam pörkölt. Terdapat juga pelbagai pencuci mulut yang lazimnya berperisa buah-buahan dan berasaskan pastri (rétes). Makanan ialah sebahagian besar budaya Hungary dan tindakan menolak makanan yang ditawarkan selalunya dianggap tidak sopan.

Sains sunting

Hungary terkenal kerana pendidikan matematik cemerlangnya yang telah melatih ramai saintis yang cemerlang. Ahli amtematik Hungary yang masyhur termasuklah Paul Erdős yang terkenal kerana menerbit hasil kerjanya dalam lebih 40 bahasa dan nombor Erdős yang masih dirunut; János (John) Bolyai, pereka geometri bukan Euclid (atau "mutlak") pada thaun 1831;[1] dan John von Neumann, perintis pengkomputeran digital. Ramai saintis berketurunan Yahudi hungary, termasuk Erdős, von Neumann, Edward Teller, dan Eugene Wigner, melariakn dari daripada pengaruh anti-Semitisme di Eropah lalu melakukan sumbangan terpenting mereka di Amerika Syarikat.

Orang Hungary amat berasa bangga kerana ciptaan mereka, termasuk mancis tidak berbunyi (János Irinyi), Kiub Rubik (Ernő Rubik), dan mentol elektrik kripton (Imre Bródy). Sebilangan lagi ciptaan dan penemuan terpenting, termasuk holografi (Dennis Gabor), pena mata bulat (László Bíró), teori bom hidrogen (Edward Teller), dan bahasa pengaturcaraan BASIC (John Kemeny, bersama Thomas E. Kurtz),[1] dicipta oleh orang Hungary yang meninggalkan negara sebelum Perang Dunia II.

Sastera sunting

 
Ferenc Kölcsey, penulis lirik lagu kebangsaan Hungary.
 
Kawasan-kawasan di Eropah di mana bahasa Hungary ditutur.

Kesusasteraan Hungary baru-baru ini meraih perhatian di luar sempadan Hungary (kebanyakannya melalui terjemahan ke bahasa Jerman, Perancis dan Inggeris). Sebilangan pengarang Hungary moden makin popular di Jerman dan Itali terutamanya Sándor Márai, Péter Esterházy, Péter Nádas dan Imre Kertész. Kertész ialah seorang pengarang kontemporari berketurunan Yahudi yang berjaya merempuhi Holokus dan memenangi Hadiah Nobel untuk kesusasteraan pada tahun 2002.

Hasil klasik kesusasteraan dan puisi Hungary yang lebih lama masih kurang dikenali di luar Hungary. János Arany, seorang pemuisi Hungary abad ke-19, masih disanjungi ramai di Hungary (terutamanya koleksi Balada beliau), di kalangan beberapa "klasik sejati" lain seperti Sándor Petőfi, pemuisi Revolusi 1848, Endre Ady, Mihály Babits, Dezső Kosztolányi, Attila József dan János Pilinszky. Pengarang Hungary terkenal yang lain termasuk Zsigmond Móricz, Gyula Illyés, Albert Wass, dan Magda Szabó.

Sukan sunting

Salah seorang ahli sukan hungary yang tersohor ialah Ferenc Puskás (1927 – 2006) dalam sukan bola sepak. Beliau melakukan 84 jaringan dalam 85 perlawanan antarabangsa untuk Hungary, serta 511 jaringan dalam 533 perlawanan Liga Hungary dan Sepanyol. Puskás beraksi di perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 1954 menentang Jerman Barat. Pada tahun 1958, selepas Revolusi Hungary, beliau berhijrah ke Sepanyol di mana beliau menyertai pasukan Real Madrid penuh legenda bersama-sama Alfredo Di Stéfano dan Francisco Gento.

Orang Hungary juga terkenal kerana kekuasaan mereka dalam sukan akuatik, terutamanya sukan renang, polo air dan berkanu; mula-mulanya ini agak memeranjatkan kerana Hungary tidak berpantai. Sebaliknya, kehadiran dua batang sungai utama (Duna dan Tisza) dan sebuah tasik besar (Balaton) memberi peluang baik untuk melatih sukan-sukan ini. Sebilangan pemain pedang sabre terhebat juga berasal dari Hungary.

Rujukan sunting

  1. ^ a b The Contribution of Hungarians to Universal Culture Diarkibkan 2007-05-02 di archive.today (includes inventors), Embassy of the Republic of Hungary, Damascus, Syria, 2006.