Kedah Marble Sdn Bhd

Kedah Marble Sdn Bhd, pengeluar marmar berkualiti di negara ini, yang dihentikan operasinya sejak 2001 berikutan masalah pengurusan .

Kedah Marble dikendalikan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah diambilalih oleh kerajaan Kedah berikutan kegagalan menjelaskan bayaran premium mengikut tempoh yang ditetapkan.

Kilang Kedah Marble di Bukit Puteh, Jalan Air Hangat terbengkalai. Sejumlah besar marmar yang telah diproses dan bongkah besar marmar mentah terbengkalai.

Pelbagai mesin pemotong, jengkaut dan pontoon dibiarkan tersadai dan berkarat di sekitar Pulau Dayang Bunting . Sejumlah besar bongkah marmar tersadai di jeti Kedah Marble di Kuah.

Kedah Marble bermula tahun 1982 , berhadapan dengan masalah memasarkan produk marmar selain masalah-masalah lain. Operasi syarikat lembab sehingga perbelanjaan melebihi daripada pendapatan syarikat.

Beberapa syarikat asing termasuk Korea berminat untuk menjalin usahasama ,jelas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak Syed Zain pada 18 Feb 2002.