Kegagalan struktur

Kegagalan struktur merupakan hilangnya keupayaan menampung load sesebuah komponen atau anggota di dalam sesebuah strukur ataupun struktur itu sendiri. Kegagalan struktur tercetus apabila bahan-bahannya ditekan sampai mencecah had kekuatannya, maka menyebabkan rekahan atau perubahan bentuk yang berlebihan. Dalam sistem yang direka dengan sebaiknya, kegagalan setempat tidak patut menyebabkan seluruh struktur runtuh secara serta-merta mahupun beransur-ansur. Kekuatan kegagalan muktamad ialah salah satu keadaan had yang perlu diambil kira dalam kejuruteraan struktur dan reka bentuk struktur.

Contoh sunting

Bangunan sunting

Highland Towers sunting

Pada 11 Disember 1993, runtuhnya sebuah bangunan kondominium yang terletak di kawasan lereng bukit di Ulu Klang, Selangor, iaitu Blok 1 Highland Towers yang mengorbankan seramai 48 orang. Menurut Profesor N.E. Simons, seorang jurutera geoteknik dari UK, punca utama keruntuhan bangunan ini ialah tanah runtuh yang disebabkan oleh kelemahan tembok penahan yang dibina di belakang Blok 1. Tembok penahan yang tingginya sekitar 10–11 meter itu tidak direka bentuk sebaik-baiknya sehingga menyebabkan tanah bergerak di hadapan tembok itu lalu membuka laluan kepada tanah runtuh "retrogresif"[1] yang mengakibatkan keruntuhan Blok 1.[2]

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sunting

Pada 2 Jun 2009, sebelah bumbung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang masih baru itu runtuh dan meranapkan sekali tembok luaran dan struktur dalaman yang menyokongnya, di samping menyebabkan sebuah kereta dan empat buah motosikal hancur dihempap.[3] Menurut laporan jawatankuasa siasatan kejadian itu, bahan dan kualiti hasil kerja yang tidak memenuhi spesifikasi, faktor reka bentuk yang tidak memadai, bumbung yang tidak dibina dengan sempurna dan kawalan kualiti yang tidak dilaksanakan di tapak projek merupakan faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan bumbung stadium itu.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ 'Judge's findings go beyond pleadings, New Straits Times, 26 November 2002. Dicapai pada 21 Julai 2011.
  2. ^ Rubble walls near Highland Towers not properly designed, Bernama (New Straits Times), 17 Ogos 1999. Dicapai pada 21 Julai 2011.
  3. ^ Bumbung Stadium Gong Badak runtuh[pautan mati kekal], Detikdaily, 2 Jun 2009. Dicapai pada 21 Julai 2011.
  4. ^ Kes Stadium Sultan Mizan Runtuh Disiasat SPRM[pautan mati kekal], Bernama (mStar), 6 April 2010. Dicapai pada 21 Juli 2011.

Pautan luar sunting