Kejuruteraan petroleum

Kejuruteraan petroleum adalah bidang kejuruteraan yang meliputi kegiatan berkait rapat dengan pengeluaran hidrokarbon, sama ada minyak mentah atau gas asli. Cari gali dan Pengeluaran disifatkan termasuk dalam sektor huluan dalam industri minyak dan gas. Fokus usaha cari gali hidrokarbon oleh ahli kaji bumi dan jurutera petroleum (merupakan dua disiplin subpermukaan yang utama dalam industri minyak dan gas) adalah untuk memaksimumkan perolehan hidrokarbon yang ekonomik daripada takungan subpermukaan. Bidang lain seperti geologi petroleum dan geofizik memberi tumpuan kepada deskripsi statik batuan takungan hidrokarbon, manakala kejuruteraan petroleum memberi tumpuan kepada anggaran jumlah yang boleh pulih daripada sumber ini menggunakan pemahaman yang terperinci tentang kelakuan fizikal minyak, air dan gas dalam batuan berliang pada tekanan yang sangat tinggi.

Contoh peta yang digunakan jurutera takungan untuk menentukan di mana untuk menggerudi telaga. Tangkapan skrin Ini merupakan suatu peta kontur yang dihasilkan oleh perisian peta kontur untuk takungan gas sedalam 8500 ft dan takungan minyak di medan minyak Erath, Vermillion Parish, Erath, Louisiana. Jurang kiri ke kanan di bahagian atas peta kontur menunjukkan garis sesar. Garis sesar ini adalah antara garis kontur biru/hijau dan garis kontur ungu/merah/kuning. Garis kontur membulat yang berwarna merah dan halus di tengah-tengah peta menunjukkan bahagian atas takungan minyak. Garis kontur yang berwarna merah dan halus menandakan zon sentuhan minyak gas.

Gabungan usaha ahli geologi dan jurutera petroleum sepanjang hayat sesuatu akumulasi hidrokarbon menentukan cara bagaimana sesuatu takungan dimajukan dan disusutkan. Biasanya gabungan tenaga kerja ini mempunyai impak yang tinggi terhadap ekonomi medan minyak/gas. Kejuruteraan petroleum memerlukan pengetahuan yang baik daripada pelbagai bidang lain yang berkaitan, seperti geofizik, geologi petroleum, penilaian formasi (pengelogan telaga), penggerudian, ekonomi, simulasi dan kejuruteraan takungan, kejuruteraan telaga, sistem angkat buatan, pelengkapan telaga dan kejuruteraan kemudahan minyak dan gas.

Pengrekrutan pekerja ke industri ini pada masa silam telah dibuat dari disiplin fizik, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan perlombongan. Latihan pembangunan seseorang jurutera baharu selepas itu biasanya telah dilakukan dalam syarikat-syarikat minyak.

Sejarah sunting

Titik mula profesion ini adalah pada tahun 1914 dalam American Institute of Mining, Metallurgical and Petroleum Engineers (AIME). Ijazah sarjana muda kejuruteraan petroleum telah dianugerahkan pada 1915 oleh Univeristi of Pittsburgh. [1] Sejak itu, profesion ini telah berkembang dalam menyelesaikan situasi yang semakin sukar kerana kebanyakan medan minyak yang mudah untuk dimajukan telah pun ditemukan dan disusutkan. Penambahbaikan dalam permodelan komputer, bahan-bahan dan aplikasi statistik, analisis kebarangkalian, dan teknologi baru seperti gerudi datar dan perolehan minyak tertingkat, telah banyak memperbaik set alatan dan kaedah bagi jurutera petroleum sejak beberapa dekad terakhir.

Antara situasi sukar yang terpaksa dilalui termasuk lautan air dalam, keadaan artik dan padang pasir. Kini, Persekitaran Suhu Tinggi dan Tekanan Tinggi (HPHT) semakin lama semakin menjadi kebiasaan dalam operasi dan memerlukan sesorang jurutera petroelum yang bijak dalam topik-topik yang meluas seperti hidraulik termo, geomekanik, dan sistem cerdas.

Society of Petroleum Engineers (SPE) merupakan persatuan profesional yang terbesar untuk jurutera-jurutera petroleum. Pengajian kejuruteraan petroleum terdapat di 17 universiti di Amerika Syarikat dan lain-lain tempat merata dunia, terutamanya di rantau-rantau pengeluar minyak mentah. Selain itu, sesetengah syarikat antarabangsa mempunyai kursus dalaman yang baik dalam kejuruteraan petroleum untuk pekerja masing-masing.

Dari segi sejarah, kejuruteraan petroleum adalah disiplin kejuruteraan yang menerima bayaran tertinggi. Bagaimanapun, terdapat kecenderungan untuk pemberhentian kerja secara besar-besaran apabila harga minyak mentah merosot. Rencana bertarikh Jun 4, 2007 oleh Forbes.com melaporkan kejuruteraan petroleum adalah pekerjaan dengan bayaran ke-24 tertinggi di Amerika Syarikat.[2] Kaji selidik 2010 oleh National Association of Colleges and Employers melaporkan lepasan ijazah kejuruteraan petroleum dibayar gaji tertinggi di Amerika Syarikat sebanyak USD 125,000 setahun.[3]

Jenis-jenis jurutera petroleum sunting

Jurutera petroleum terbahagi kepada beberapa jenis:

  • Jurutera takungan bekerja untuk mengoptimumkan pengeluaran minyak dan gas melalui penempatan telaga yang betul dan baik, kadar pengeluaran, dan teknik perolehan minyak tertingkat.
  • Jurutera penggerudian menguruskan aspek teknikal menggerudi telaga cari gali, telaga pengeluaran dan telaga suntikan.
  • Jurutera pengeluaran, termasuk jurutera subpermukaan, menguruskan antara muka takungan dan sesuatu telaga, termasuk perforasi, kawalan pasir, kawalan aliran dalam lubang, dan perkakas pengawasan dalam lubang, menilai kaedah-kaedah angkat buatan dan juga untuk memilih perkakas permukaan yang mengasingkan bendalir (minyak, gas asli dan air).

Rujukan sunting

  1. ^ "Petroleum Engineering". Britannica. Dicapai pada 2012-02-03.
  2. ^ "America's Best- And Worst-Paying Jobs". Forbes.com. 2007-06-04. Dicapai pada 2011-12-18.
  3. ^ "NACE:". Naceweb.org. Dicapai pada 2011-12-18.

Pautan Luar sunting

Jenis-jenis
Bidang-bidang utama Teknologi
Industri Kejuruteraan kewangan | Mesin | Pembinaan | Pengilangan | Perlombongan
Kejuruteraan Biokejuruteraan | Kejuruteraan alam sekitar | Kejuruteraan awam | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan bangunan | Kejuruteraan biokimia | Kejuruteraan bioperubatan | | Kejuruteraan elektrik | Kejuruteraan elektronik | Kejuruteraan kimia | Kejuruteraan komputer | Kejuruteraan mekanik | Kejuruteraan nuklear | Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan kaji logam | Kejuruteraan perindustrian | Kejuruteraan perisian | Kejuruteraan pertanian | Kejuruteraan petroleum
Kesihatan dan Keselamatan Bioinformatik | Bioteknologi | Bahan farmaseutik | Kejuruteraan bioperubatan | Kejuruteraan keselamatan | Kimiainformatik | Teknologi kesihatan | Teknologi perlindungan kebakaran
Maklumat dan Komunikasi Grafik | Komunikasi | Pengecaman pertuturan | Teknologi muzik | Teknologi pandangan
Olahraga dan Rekreasi Alatan perkhemahan | Kelengkapan sukan | Sukan | Taman permainan
Pengangkutan Kejuruteraan ruang angkasa | Kejuruteraan samudera | Kenderaan bermotor | Pengangkutan | Ruang angkasa | Teknologi angkasa lepas
Rumah / Kediaman Alat rumah | Hasil and pengeluaran makanan | Teknologi pendidikan | Teknologi rumah tangga
Sains gunaan Elektronik | Fizik kejuruteraan | Kecerdasan buatan | Kejuruteraan bahan | Kejuruteraan optik | Kejuruteraan seramik | Mikroteknologi | Nanoteknologi | Sains bahan | Storan tenaga | Tenaga | Teknologi hijau | Teknologi nuklear | Teknologi perkomputeran
Tentera Bom | Kejuruteraan angkatan laut | Senjata api dan amunisi | Teknologi dan kelengkapan tentera