Kelab Lumba Kuda Selangor

Kelab Lumba Kuda Selangor (Jawi: کلب لومبا کودا سلاڠور) ialah sebuah kelab lumba kuda yang terletak di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia. Lumba kuda di kelab lumba kuda ini diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Sejarah sunting

Kelab Lumba Kuda Selangor ditubuhkan pada tahun 1896 di Jalan Ampang dengan bernaung di bawah Residen British ketika itu iaitu Frank Swettenham.[1]

Piala Tiga Mahkota sunting

Kelab Lumba Kuda Selangor mengadakan sebuah rentetan perlumbaan kuda kumpulan 1 yang membentuk Siri Tiga Mahkota Kelab Lumba Kuda Selangor. Perlumbaan ini merangkumi:

  1. Piala Emas Tunku (1,200 meter)
  2. Piala Emas Selangor (1,600 meter)
  3. Piala Emas Sultan Selangor (2,000 meter)

Rentetan perlumbaan ini yang diadakan sejak tahun 2003 masih belum mempunyai seekor kuda pun yang berjaya merangkul gelaran Kuda Tiga Mahkota.[2]

Capaian sunting

Kelab ini terletak tidak jauh dari Serdang, Kajang, Sungai Besi, Puchong, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Shah Alam, Petaling Jaya, Menara Berkembar Petronas, Salak Selatan, Klang, Subang Jaya, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Peranginan dan Spa Cyberview (Cyberview Lodge Resort), Putrajaya, Koridor Raya Multimedia (MSC) dan Astro,

Jalan berhampiran dengan kelab lumba kuda ini ialah Jalan Sungai Besi, Jalan Balakong dan Jalan Kuda Emas. Sungai Besi terletak hanya 1 km sahaja. Lebuh raya berhampiran ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)   dan Lebuhraya Persekutuan  . Selain itu, kelam lumba kuda ini terletak berdekatan dengan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)  , Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban  , Stesen keretapi Serdang, Plaza Tol KL-Seremban dan Plaza Tol Sungai Besi.

Rujukan sunting

  1. ^ Azharudin Mohamed Dali (2014). "Kuda dalam Masyarakat di Tanah Melayu pada Era Sebelum Merdeka". Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. 7: 172–191. ISSN 1675-6460.
  2. ^ "Triple Crown Series". Kelab Lumba Kuda Selangor (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 November 2021.

Pautan luar sunting