KD Laksamana Muhammad Amin
Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia
Jenis: Korvet (FSG)
Kelas: Assad/Laksamana
Pembuat: Limbungan Fincantieri SpA Breda, Itali
Ditempah: Oktober 1995
Mula dibina:
Dilancar: Julai 1983(134), Disember 1983(135), Julai 1983(136), Mac 1984(137)
Ditauliah: Julai 1997(134/135), Julai 1999(136/137)
Khidmat: skuadron korvet ke-24
Spesifikasi
Sesaran: 705 tan (berat penuh)
Panjang: 62.3 meter (204.4’)
Lebar: 9.3 meter (30.5’)
Draf kedalaman: 2.5 meter (8’)
Propulsi: 4x Diesel MTU 20V 956 TB 92 14800kW
Kelajuan: 36 knots
Persenjataan:
Meriam: 1x OTO Melara 76mm/62 Super Rapid, 2x Breda 40mm/70 sekunder kembar
Peluru Berpandu: 4x pelancar Selenia Elsag Albatros untuk Aspide SAM , 6x OTO Melara/Matra Otomat Teseo Mk2 anti kapal,
Torpedo: 2x3 ILAS-3 324mm (12.75in) Whitehead A244S
Penderia: Penjejak udara/permukaan: Selenia RAN 12L/X

Navigasi: Kelvin Hughes 1007 Kawalan Tembakan: 2x Selenia Orion 10X Sonar: Atlas Elektronik ASO 84-41 Peperangan elektronik: Selenia INS-3 ESM, Selenia TQN-2 ECM

Helikopter: tiada
Anak kapal: 47
Motto:

Korvet Kelas Laksamana ialah satu kelas kapal korvet yang digunakan oleh flotila serangan Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal-kapal ini ditugaskan dalam skuadron korvet ke-24 TLDM.

Latar belakang sunting

Kapal-kapal ini asalnya dipesan Tentera Laut Iraq pada tahun 1981 dan dikenali sebagai kelas Assad. Walau bagaimanapun, setelah kapal-kapal ini siap, Pertubuhan Bangsa Bersatu telah mengenakan sekatan ke atas Iraq yang menghalang kapal-kapal ini diserahkan disebabkan Perang Iran-Iraq yang telah tercetus. Kerajaan Malaysia mula menyatakan hasrat untuk mengambil alih kapal-kapal ini pada Oktober 1995 dan akhirnya telah membeli melalui pemeteraian dua kontrak pada Julai 1996 dan Februari 1997. Kapal-kapal ini seterusnya ditauliahkan kepada perkhidmatan TLDM pada Julai 1997 dan Julai 1999 setelah radar navigasi Kelvin Hughes yang baru ditambah. Kapal-kapal kelas Laksamana dinamakan sempena laksamana-laksamana tersohor kerajaan-kerajaan Melayu. Tentera Laut Ecuador mengoperasikan 6 buah kapal yang mempunyai reka bentuk serupa dikenali sebagai kelas Esmeraldas.[1]

Kapal-kapal dalam kelas Laksamana sunting

Berikut ialah kapal-kapal kelas Laksamana dalam perkhidmatan TLDM berserta nama dan nombor gada-gada asalnya.

No. Gada-gada Nama Kapal Nama Asal Tarikh Pelancaran Tarikh Ditauliah
134 Laksamana Hang Nadim Khalid Ibn Al Walid (F216) 5 Julai 1983 28 Julai 1997
135 Laksamana Tun Abdul Jamil Saad Ibn Abi Waccase (F218) 30 Disember 1983 28 Julai 1997
136 Laksamana Muhammad Amin Abdullah Ibn Abi Sarh (F214) 5 Julai 1983 Julai 1999
137 Laksamana Tan Pusmah Salahi Ad Deen Al Ayoobi (F220) 30 Mac 1984 Julai 1999

Kelengkapan tempur sunting

Walaupun bersaiz kecil, kapal-kapal ini sangat berupaya kerana ia dilengkapi untuk menangani ancaman daripada ketiga-tiga aspek peperangan maritim. Sebelum ketibaan kapal-kapal ini, tiada kapal TLDM yang dilengkapkan peluru berpandu anti udara kecuali KD Rahmat. Setiap unit Laksamana membawa empat buah peluru berpandu Aspide anti udara pada pelancar Albatross. Peluru berpandu Aspide merupakan versi yang telah melalui peningkatan daripada peluru berpandu Sea Sparrow. Kelas Laksamana juga membawa enam buah peluru berpandu Otomat Teseo Mark2 yang mempunyai jangkauan sehingga 120km untuk memusnahkan sasaran permukaan. Torpedo anti kapal selam pula dilancarkan dari dua pelancar Alenia ILAS-3 di kedua-dua sisi kapal. Seperti kebiasaan reka bentuk kapal Itali yang mementingkan kelajuan, Hang Nadim, Tun Abdul Jamil, Muhammad Amin dan Tan Pusmah mempunyai kelajuan maksima 36 knot.

Konfigurasi semula sunting

Setelah dioperasikan hampir sepuluh tahun, kapal-kapal kelas Laksamana memerlukan pengubahsuaian untuk menepati keperluan semasa TLDM. Terdapat cadangan dari dalam TLDM untuk mengkhususkan peranan kapal-kapal ini kepada tugas anti udara. Disebabkan saiz kapal yang kecil, peralatan terkini yang lebih berat sukar dimuatkan. Peranan anti kapal selam mungkin terpaksa dilucutkan bagi memberi laluan kepada cadangan menambah bilangan peluru berpandu Aspide kepada lapan. Dalam konfigurasi begini, kapal-kapal kelas Laksamana akan bertindak sebagai payung pertahanan udara armada.

Galeri sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting