Keluarga Hyuga merupakan satu watak dalam Naruto yang merujuk pada salah sebuah keluarga yang tua, kuat dan terhormat di Konoha.[perlu rujukan] Keluarga ini terbahagi kepada dua bahagian - keluarga utama (宗家, Sōke) dan keluarga bawahan (分家, Bunke). Keluarga utama menguruskan keluarga Hyuga manakala keluarga bawahan berfungsi sebagai pelindung. Ahli bagi keluarga bawahan ditanda dengan tanda sumpahan. Tanda ini membenarkan ahli keluarga utama mengawal ahli keluarga bawahan kerana mereka boleh menghancurkan otak ahli keluarga bawahan dengan satu gerakan tangan. Tanda sumpahan ini menjamin keselamatan rahsia keluarga Hyuga, Byakugan kerana tanda ini mengunci Byakugan selepas ahli tersebut meninggal dunia. Terdapat banyak kepahitan dan dendam antara ahli keluarga kedua-dua bahagian ini kerana tidak kira sekuat dan sehandal mana ahli keluarga bawahan, mereka hanya berfungsi sebagai pelindung keluarga Hyuga. Sikap dan pemikiran ini jelas dilihat dalam Hizashi dan Neji.

Templat:Spoiler

Keluarga Utama sunting

Hyuga Hanabi sunting

 

Merupakan anak perempuan kedua Hyuga Hiashi, maka ialah adik perempuan Hyuga Hinata. Hanabi bermaksud 'bunga api'. Apabila Hiashi berbincang dengan Kurenai tentang Hinata, dia mengatakan bahawa Hinata lebih lemah daripada Hanabi yang berusia lima tahun lebih muda. Hal ini menunjukkan bahawa Hanabi mempunyai bakat yang lebih tinggi daripada Hinata pada peringkat usia tersebut. Hanabi kelihatan sangat menurut kata dan pendiam di hadapan ayahnya.

Hyuga Hiashi sunting

 

Merupakan saudara kembar kepada Hyuga HIzashi tetapi dilahirkan dahulu. Maka, Hiashi dimasukkan ke dalam keluarga utama.

Hiashi mempunyai dua orang anak perempuan, Hyuga Hinata (anak sulung) dan Hyuga Hanabi (anak bongsu). Hinata, sebagai anak sulung, ialah waris kepada Keluarga Hyuga. Tetapi, Hiashi lebih menyayangi Hanabi kerana dia lebih kuat daripada kakaknya. Apabila Hinata menjadi Genin, Hiashi mengatakan bahawa Hinata tidak bernilai dan meletakkan nyawanya dalam tangan Yuhi Kurenai. Dia juga meletakkan tanda sumpahan pada dahi anak saudaranya, Hyuga Neji.

Apabila Hiashi membunuh seorang shinobi dari Kumogakure yang cuba menculik Hinata untuk memperoleh rahsia Byakugan, Kumogakure meminta badan Hiashi sebagai 'ganti rugi' seperti yang dinyatakan dalam rundingan keamanan. Adik Hiashi, Hizashi, menawarkan diri untuk dibunuh lantas menyelamatkan nyawa abangnya. Hiashi tidak menyetujui Hizashi mengorbankan dirinya dan meninggalkan anak lelakinya keseorangan. Tetapi, Hizashi memengsankan Hiashi dengan satu pukulan dan berkata, "Saya tidak melakukan ini sebagai ahli keluarga bawahan tetapi kerana kita adik-beradik." Hiashi kemudiannya bercadang untuk tidak memaklumkan Neji tentang peristiwa sebenar sehinggalah apabila dia berasa Neji sudah cukup tua untuk menerima hakikatnya. Hiashi memberitahu perkara yang sebenarnya selepas kekalahan Neji kepada Uzumaki Naruto dalam Ujian Chunin.

Hiashi turut membantu mempertahankan Konoha semasa diserang oleh ninja dari Sunagakure dan Otogakure. Dia menghadang semua ninja lawan yang berani mendekatinya. Kemudian, dia mengatakan bahawa keluarga Hyuga ialah keluarga ninja yang terkuat di Konoha. Sebelum itu, ninja-ninja lawan tidak percaya bahawa Hiashi seorang mampu menewaskan mereka yang hadir dalam bilangan yang besar.

Hiashi sedar bahawa hubungan silaturahim yang rapat antara ahli keluarga adalah penting bagi menjamin perpaduan keuda-dua bahagian dalam keluarga Hyuga. Dia berkeputusan untuk melatih anak saudaranya, Neji. Sehubungan itu, Hiashi telah melanggar pantang larang dalam keluarga Hyuga iaitu tidak membenarkan ahli keluarga bawahan mempelajari rahsia sebenar keluarga Hyuga.

Hubungannya dengan Hinata juga bertambah baik walaupun Hinata masih bersikap malu dan Hiashi masih terlalu tegas terhadap anaknya.

Hyuga Hinata sunting

Lihat artikel utama Hyuga Hinata

Keluarga Bawahan sunting

Hyuga Hizashi sunting

Fail:Hizashi.jpg

Merupakan ayah Neji dan saudara kembar Hiashi. Oleh sebab dia dilahirkan kemudian, Hizashi diletakkan dalam keluarga bawahan Hyuga.

Disebabkan anak Hizashi, Neji merupakan ahli keluarga Hyuga yang terhandal tetapi berada dalam keluarga bawahan, Hizashi berasa agak tertekan. Dia amat mengambil berat terhadap abangnya tetapi pada masa yang sama berasa marah kerana ketidakadilan peraturan keluarga Hyuga. Apabila Neji dan Hinata sama-sama membesar, hubungan antara Hiashi dengan Hizashi kian rapuh kerana Hizashi berpendapat bahawa Neji, sebagai ninja paling berbakat dalam keluarga Hyuga pada usia muda sedemikian tidak akan berpeluang memimpin keluarga Hyuga kerana Neji ialah ahli keluarga bawahan. Apabila Hiashi menyedari perasaan dan fikiran adiknya, Hiashi membangunkan tanda sumpahan Hizashi dan hampir-hampir membunuh adiknya.

Apabila Hiashi membunuh ketua shinobi dari Kumogakure, mereka meminta badan Hiashi sebagai ganti rugi seperti yang dinyatakan dalam rundingan keamanan. Hizashi menawarkan diri untuk dibunuh sekaligus menyelamatkan nyawa abangnya. Dia berbuat begitu kerana menyayangi abangnya dan tidak memandang berat kepada status dan nama. Dia meninggalkan sepucuk surat kepada Neji yang memesan anaknya agar tidak sesekali berputus asa dalam mengubah nasib sendiri.

Hyuga Neji sunting

Lihat artikel utama Hyuga Neji

Kebolehan sunting

Byakugan sunting

Fail:Mata Byakugan.png
Mata "Byakugan" milik klan Hyuga

Byakugan (Jepun: 白眼, Hepburn: Mata Putih) juga dikenali sebagai "Mata Putih Penglihatan Telus" merupakan satu bentuk Kekkei Genkai, sejenis genetik yang dikongsi oleh kalangan ninja dari klan Hyuga. Ninja yang memiliki susur genetik klan Hyuga ini rata-rata memiliki mata berwarna putih (Neji dan Hinata warna mata yang agak berbeza iaitu masing-masing memiliki warna mata berwarna sedikit keunguan dan biru kekelabuan). Walaupun tidak dinyatakan secara terperinci namun boleh dinyatakan bahawa semua anggota klan Hyuga memiliki sepasang mata Byakugan. Menurut fakta, mata Sharingan milik klan Uchiha merupakan berasal daripada genetik klan Hyuga yang memiliki Byakugan.

Seperti mata Sharingan, Byakugan turut boleh dipindahkan kepada ninja yang bukan berketurunan Hyuga seperti mana yang terjadi kepada Ao dari Kirigakure. Mata Byakugan yang dipindahkan boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan dengan kuasa penggunanya, tidak seperti yang dialami oleh Hatake Kakashi dimana mata Sharingannya yang sentiasa dalam keadaan aktif sehingga memaksa dia memakai penutup mata.

Kebolehan Byakugan ini membuatkan mata tersebut menjadi rebutan oleh banyak perkampungan ninja. Sebagai bukti, salah seorang shinobi daripada Kumogakure pernah melakukan percubaan untuk mendapatkan Byakugan dan Kirigakure juga cuba mempertahankan satu-satunya Byakugan (milik Ao) yang mereka miliki.

Taijutsu lembut sunting

Anggota klan Hyuga diajar menggunakan sejenis bentuk taijutsu yang dipanggil Taijutsu Lembut (Jepun: 柔拳, Hepburn: Jūken) yang digunakan bersama mata Byakugan. Tidak seperti Taijutsu Keras yang mengakibatkan kecederaan luaran kepada sasaran, teknik Taijutsu Lembut ini mengakibatkan kecederaan dalaman kepada sasarannya. Setiap serangan mesti mengena kepada sasaran dengan tepat iaitu mengenai titik sistem peredaran chakra yang membawa chakra ke seluruh tubuh. Titik penting ini merupakan penghubung kepada peredaran chakra secara langsung kepada organ-organ dalam tubuh. Apabila sistem ini dicederakan, organ-organ dalam tubuh juga turut mengalami kegagalan untuk berfungsi. Tidak ada sebarang bentuk pertahanan yang mampu menyekat teknik Taijutsu Lembut ini kerana tidak ada sesiapa yang mampu melatih pertahanan organ dalaman agar menjadi lebih kuat. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk menghalangnya ialah dengan menghalang serangan tersebut daripada mengenai tubuh.

Teknik terhebat menggunakan taijutsu lembut adalah Rajah Lapan Triagram 64 Telapak yang hanya diajarkan kepada ahli keluarga utama. Namun, sesetengah ahli keluarga cabang yang berkemahiran seperti Neji, dia mampu menggunakan teknik Taijutsu Lembut ke tahap yang lebih tinggi.Dia mampu mempelajari teknik tersebut bersendirian dan digelar sebagai "genius" di kalangan ahli klan Hyuga. Neji Hyuga mampu menggunakan teknik terhebat klan Hyuga iaitu teknik Rajah Lapan Triagram 64 Telapak bersama Hinata Hyuga yang mampu mempelajari teknik Rajah Lapan Triagram 32 Telapak (versi lebih mudah berbanding Neji) yang hanya dapat dilihat dalam siri anime. Teknik ini menyasarkan "Sistem Peredaran Chakra" (keirakurei) yang mengandungi 361 titik nadi dipanggil "Tenketsu". Apabila tenketsu ini diserang, pengguna Byakugan boleh memilih sama ada menutup atau membuka secara paksa titik tenketsu pada sasaran dan memberikan kelebihan kepada mereka mengawal pengaliran chakra pihak lawan.

Dalam pertarungan Neji menentang Kidomaru, Neji telah menggunakan Rajah Lapan Triagram 128 Telapak ke atas Kidomaru yang mana hanya terdapat di dalam siri animasi. Taijutsu Lembut berkeupayaan untuk menyerang tanpa memerlukan tenaga yang banyak namun memberikan tahap kerosakan yang maksimum kepada sasaran berbanding sesetengah Ninjutsu yang mempunyai tahap tinggi. Ia boleh dianggap sebagai taijutsu terhebat yang terdapat di Konohagakure. Templat:Endspoiler

Rujukan sunting

  • Buku Data Rasmi Pertama (Jepun: 秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (Jepun: 秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hepburn: Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (Jepun: 秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hepburn: Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.