Kem pelarian adalah sebuah penempatan sementara yang dibina bagi menerima pelarian. Beratus-ratus ribu orang mungkin mendiami sebuah kem. Biasanya kem ini dibina dan diuruskan oleh kerajaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau pertubuhan antarabangsa (seperti Palang Merah) atau NGO.

Kem pelarian untuk rakyat Rwanda di timur Republik Demokratik Congo berikutan pembunuhan etnik di Rwanda.
Sebuah kem di Guinea untuk pelarian dari Sierra Leone.
Nahr al-Bared, sebuah kem pelarian Palestin di utara Lubnan, pada tahun 2005.

Secara amnya, kem-kem pelarian dibina secara spontan dan direka bagi memenuhi keperluan asas manusia untuk jangka waktu yang singkat. Beberapa kem pelarian adalah kotor dan tidak bersih. Sekiranya kepulangan para pelarian tidak dapat dilakukan (sering kali disebabkan oleh perang saudara), krisis kemanusiaan boleh terjadi.

Beberapa kem pelarian telah wujud selama berdekad-dekad dan para pelarian ini telah tinggal untuk tempoh yang lama, yang mana kedua-duanya membawa implikasi besar kepada hak asasi manusia. Beberapa darinya berkembang dan menjadi petempatan kekal dan akhirnya bergabung dengan komuniti berhampiran, contohnya kem pelarian Ain al-Hilweh dan Deir al-Balah.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting