Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tulisan Jawi: كمنترين ڤلابورن، ڤرداڬڠن دان ايندوستري) ialah sebuah kementerian di bawah kerajaan persekutuan Malaysia. Kementerian ini diberi tanggungjawab menyelia kegiatan perdagangan yang dijalankan oleh Malaysia di peringkat antarabangsa seperti import dan eksport selain menyelaras kegiatan dan dasar-dasar perindustrian negara ini. Dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur, ia merupakan satu-satunya kementerian yang tidak berpindah ke pusat pentadbiran baru kerajaan persekutuan, Putrajaya. Hal ini berikutan keputusan kerajaan mengekalkan Kuala Lumpur sebagai pusat kewangan, ekonomi dan perindustrian kebangsaan.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Kerajaan Malaysia
Logo Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk31 Ogos 1957; 66 tahun yang lalu (1957-08-31)
JenisKerajaan
Ibu pejabatMenara MITI, No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur
Kakitangan958 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 1,707,208,700 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kerajaan
  • Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha
Laman sesawang
www.miti.gov.my

Kementerian ini yang ditubuhkan bermodelkan kementerian yang sama di Jepun mengetuai usaha-usaha penggalakan pelaburan asing di Malaysia melalui Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, agensi yang dipertanggungjawabkan kepadanya yang mempunyai pejabat di beberapa buah negara dagang utama Malaysia, seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia, United Kingdom dan Jerman. Selain itu, kakitangan MITI yang diketuai oleh seorang menteri mewakili negara ini dalam rundingan berkaitan perjanjian-perjanjian perdagangan dengan negara asing seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Kementerian ini kini diketuai oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Jabatan/Agensi sunting

Ahli Eksekutif sunting

Kementerian Perdagangan dan Industri ditubuhkan pada zaman Abdul Razak Hussein. Ianya dipisahkan kepada dua kementerian berbeza semasa zaman Mahathir Mohamad dan menjadi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.

Menteri sunting

Pilihan Raya Nama Kementerian No. Menteri Parlimen Tempoh Parti Perdana Menteri Kabinet
PRU-3 (1969-1974) Kementerian Perdagangan dan Industri 1 Allahyarham Khir Johari Kedah Tengah 1969-1974 Perikatan-UMNO YAB Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein Kabinet Pertama
PRU-4 (1974-1978) 2 Allahyarham Hamzah Abu Samah Temerloh 1974-1978 BN-UMNO YAB Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein (Perdana Menteri Meninggal Dunia) Kabinet Kedua
YAB Tun Hussein Bin Dato' Onn Kabinet Pertama
PRU-5 (1978-1982) 3 Mahathir Mohamad Kubang Pasu 1978-1982 BN-UMNO YAB Tun Hussein Bin Dato' Onn (Perdana Menteri Letak Jawatan) Kabinet Kedua
4 Allahyarham Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail Kota Bharu 1981-1984 BN-UMNO YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad Kabinet Pertama
PRU-6 (1982-1986) Kabinet Kedua
5 Tengku Razaleigh Hamzah Gua Musang 1984-1987 BN-UMNO
PRU-7 (1986-1990) Kabinet Ketiga
6 Rafidah Aziz Kuala Kangsar 1987-1990 BN-UMNO
PRU-8 (1990-1995) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 7 Rafidah Aziz Kuala Kangsar 1990-2008 BN-UMNO Kabinet Keempat
PRU-9 (1995-1999) Kabinet Kelima
PRU-10 (1999-2004) Kabinet Keenam
YAB Tun Abdullah Ahmad Badawi Kabinet Pertama
PRU-11 (2004-2008) Kabinet Kedua
PRU-12 (2008-2013) 8 Muhyiddin Yassin Pagoh 2008-2009 BN-UMNO Kabinet Ketiga
9 Mustapa Mohamed Jeli 2009-2018 BN-UMNO Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Kabinet Pertama
PRU-13 (2013-2018) Kabinet Kedua
Kabinet Ketiga
PRU-14 (2018-2022) 10 Darell Leiking Penampang 2018-2020 WARISAN YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad Kabinet Ketujuh
11 Azmin Ali Gombak 2020-2022 PN-BERSATU Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin

Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob

Kabinet Pertama

Kabinet Pertama

PRU-15 (2022-kini) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri 12 Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Senator 2022-kini BN-UMNO YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Kabinet Pertama

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting