Kenderaan peninjau Coyote

Kenderaan peninjau Coyote adalah sebuah kenderaan tempur berperisai ringan yang dibina oleh General Dynamics Canada untuk Angkatan Tentera Kanada, untuk digunakan bagi tugas peninjauan.[1][2] Coyote adalah sebuah versi terbitan yang dibina secara berlesen berdasarkan kenderaan MOWAG Piranha 8x8 buatan Switzerland. Ia telah berada di dalam perkhidmatan sejak tahun 1996. Coyote merupakan versi lebih besar bagi kenderaan beroda enam AVGP Kanada, yang juga dibangunkan berdasarkan kenderaan Piranha.

Kenderaan peninjau Coyote
Kenderaan berperisai ringan Kanada di Calgary Stampede
Tempat asal Kanada
Sejarah pengeluaran
PerekaGeneral Motors Diesel Division
MOWAG
Spesifikasi
Berat14.4 t (15.9 short ton)
Panjang6.39 m (21.0 ka)
Lebar2.50 m (8.2 ka)
Tinggi2.69 m (8.8 ka)
Krew4 (komander, pemandu, jurumeriam, operator sut pengawasan)

Senjata
pertama
1 x meriam rantai M242 25mm
Senjata
kedua
1 x mesingan sepaksi C6 7.62mm
1 x mesingan C6 7.62mm
8 x pelancar bom
(2 x gugusan 4)
EnjinDetroit Diesel 6V53T
275hp
Sistem ampaianBeroda 8x8, pacuan 4x
Jarak
operasi
660 km
Kelajuan120 km/j

Meskipun Coyote boleh diangkut melalui udara dengan menggunakan pesawat pengangkut C-130 Hercules[3], turetnya mestilah ditanggalkan terlebih dahulu. Persenjataan kurang berkuasa yang terdapat pada kenderaan Stryker buatan Amerika Syarikat telah dipilih secara khusus bagi membolehkan ia dipandu masuk ke dalam C-130 dan seterusnya ke medan tempur.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Exploring the Coyote". Department of National Defence. Dicapai pada 2008-09-18.
  2. ^ "Vetronics Engineering". General Dynamics Canada. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-29. Dicapai pada 2008-09-18.
  3. ^ Barry Cooper, Mercedes Stephenson, Ray Szeto (2004). "Canada's Military Posture: An Analysis of Recent Civilian Reports" (PDF). The Fraser Institute. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-11-11. Dicapai pada 2008-01-29.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Pautan luar sunting

Prime Portal: Coyote walk-around