Kepentingan diri berihsan

Kepentingan diri berihsan ialah prinsip etika yang mengatakan bahawa apabila orang-orang bertindak untuk melanjutkan kepentingan orang-orang lain, atau sekurang-kurangnya kepentingan kumpulan atau kumpulan-kumpulan yang mereka merupakan sebahagian, orang-orang itu pada akhirnya akan berkhidmat untuk kepentingan diri. Konsep ini sering dinyatakan oleh kepercayaan bahawa seorang individu, termasuk juga entiti komersil, akan "berjaya melalui melakukan perbuatan yang baik".

Ini adalah berbeza dengan ketamakan atau "kepentingan diri tak berihsan" yang mengatakan bahawa apabila kebanyakan atau semua orang bertindak mengikut penting diri lampau yang tidak berpandangan jauh, kumpulannya akan mengalami kerugian disebabkan:

  • perbalahan;
  • kemerosotan kecekapan yang diakibatkan oleh kekurangan kerjasama; dan
  • kenaikan belanja yang disebabkan oleh keperluan setiap individu membayar untuk perlindungan kepentingan diri masing-masing.

Jika seorang individu yang tipikal dipilih secara rawak daripada kumpulan itu, adalah tidak mungkin bahawa orang ini akan menerima sebarang manfaat daripada etika ini. Beberapa individu mungkin akan memperoleh manfaat kebendaan daripada falsafah ketamakan, tetapi penyokong-penyokong kepentingan diri berihsan mempercayai bahawa individu-individu ini terdiri daripada sebahagian yang kecil, tetapi kebanyakan mereka boleh menjangka kerugian peribadi bersih daripada falsafah kepentingan diri tak berihsan.

Kepentingan diri berihsan juga berbeza daripada altruisme tulen yang memerlukan orang-orang bertindak untuk kepentingan diri orang-orang lain, seringnya sehingga menjejaskan kepentingan diri sendiri tanpa sebarang jangkaan manfaat untuk diri mereka pada masa hadapan. Sesetengah penyokong kepentingan diri berihsan memperdebatkan bahawa altruisme tulen juga mewujudkan ketakcekapan.

Kepentingan diri berihsan mungkin dianggap sebagai terlalu idealistik dan berbudi mulia oleh pengkritik-pengkritiknya. Sebaliknya, penyokong-penyokongnya menganggapnya mendakwa bahawa kepentingan diri berihsan adalah idealisme yang praktik serta utilitarian.


Lihat juga sunting

Pautan luar sunting