Kepulauan Turks dan Caicos

Kepulauan Turks dan Caicos (disebut /ˈtɝːks/ dan ˈkeɪkəs atau ˈkeɪ.koʊs) ialah sebuah wilayah luar negeri United Kingdom yang terdiri dari 40 pulau tropika, 8 di antaranya berpenghuni, di Caribbean, sebelah tenggara Bahamas. Lanskap wilayah ini sebahagian besarnya berupa batu kapur dan paya bakau. Iklimnya panas dan kering, namun sering dilanda siklon tropika. Kepulauan ini dikenali sebagai destinasi pelancongan dan sebagai pusat kewangan luar pesisir.

Turks and Caicos Islands
Bendera Kepulauan Turks dan Caicos
Bendera
Lagu kebangsaan"God Save the Queen"
Lokasi Kepulauan Turks dan Caicos
Lokasi Kepulauan Turks dan Caicos
Ibu negaraCockburn Town
Bandar terbesarProvidenciales
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
KerajaanWilayah Luar Negeri British
• Ratu
Elizabeth II dari United Kingdom
• Gabenor
Gordon Wetherell
Michael Misick
Keluasan
• Jumlah
417 km2 (161 bt2) (ke-199)
• Perairan (%)
sedikit sahaja
Populasi
• Perkiraan 2008
36,605[1] (ke-208)
52/km2 (134.7/sq mi) (n/a)
HDI (n/a)n/a
Ralat: Nilai IPM tidak sah · n/a
Mata wangDolar A.S.
(USD)
Zon waktuUTC-5
• Musim panas (DST)
UTC-4
Kod panggilan1-649
Kod ISO 3166TC
DPT internet.tc

Kepulauan ini mempunyai jumlah keluasan 166 batu persegi (430 km2). Jumlah penduduk pula seramai 30,000 orang, kira-kira 22,500 daripadanya tinggal di Providenciales di Kepulauan Caicos. Ibu negeri kepulauan ini, Cockburn Town terletak di Pulau Grand Turk.

Pada Ogos 2009, United Kingdom menggantung kerajaan sendiri Kepulauan Turks dan Caicos selepas dakwaan rasuah dalam kementerian. Prerogatif kerajaan kementerian dan Dewan Undangan diberikan kepada gabenor kepulauan itu, Gordon Wetherell, untuk tempoh sehingga dua tahun.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Turks and Caicos Department of Economic Planning and Statistics". Dicapai pada 2009-07-07.
  2. ^ "Britain suspends Turks and Caicos government". Dicapai pada 2009-08-14.

Pautan luar sunting