Kerajaan dunia (Tulisan Jawi: كراجأن دنيا) adalah konsep satu badan politik yang akan menggubal, menafsir dan menguatkuasakan undang-undang antarabangsa. Dengan konsep ini, semua Undang-undang Malaysia negara-negara di dunia akan dikehendaki menyerah sebahagian atau kesemua kedaulatan mereka dalam hal-hal yang mempunyai implikasi global. Secara langsung, satu lagi tahap pentadbiran akan diwujudkan diatas kerajaan-kerajaan negara yang wujud sekarang (lihat ilustrasi). Keadaan ini berbeza dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana pentadbiran dilakukan secara sukarela oleh setiap negeri ahli, tanpa menyerahkan sebahagian atau kesemua kedaulatan mereka.

Kini, tiada lagi satu negara yang mengemukakan cadangan rasmi untuk satu kerajaan dunia. Kendatipun begitu, ada yang melihat institusi-institusi antarabangsa seperti Mahkamah Jenayah Antarabangsa sebagai permulaan detik sistem kerajaan dunia. Terdapat banyak visi kerajaan dunia dalam sains fiksyen.

Sejarah idea kerajaan dunia sunting

Konsep awal sunting

  • Perlembagaan sivil setiap negara mestilah bersifat republik.
  • Undang-undang para negara akan diasaskan satu persekutuan negara-negara bebas.
  • Hak manusia, sebagai rakyat dunia, akan dihadkan kepada keadaan hospitaliti universal (contoh, orang akan dibenarkan melawati negara lain, tetapi tidak untuk tinggal sehingga dijemput).


Dengan mengikut experimen Amerika Syarikat, Switzerland (1848) dan Kanada (1867) menjadi persekutuan multi-nasional pertama, yang menyatukan kumpulan etnik/budaya/bahasa dalam satu kerajaan.

Selepas Perang Dunia Kedua sunting

Perang Dunia II (WW2), 1938-1945, memperlihatkan kemusnahan luas yang tidak pernah berlaku (55 juta orang mati, kebanyakannya orang awam), dan ketersediaan senjata yang membolehkan pemusnahan bandar. Sesetengah kelakuan keatas orang awam merupakan keganasan yang paling teruk pernah direkod, dan dilihat sebagai jenayah keatas manusia sendirinya. Apabila perang mula menghampiri penghujungnya, kedengaran ramai suara-suara kejutan memanggil penubuhan institusi-institusi yang boleh secara mutlak mengelakkan konflik di persada antarabangsa. Ini bersambungkan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1945 di bandar San Francisco, yang kemudiannya mendukung Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia pada tahun 1948. Akan tetapi, ramai yang berpendapat bahawa PBB sebagai satu forum untuk perbincangan dan koordinasi diantara kerajaan-kerajaan yang berdaulat, tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk tanggungjawab ini. Beberapa orang yang prominen seperti Albert Einstein, Winston Churchill, Bertrand Russell dan Mahatma Gandhi, memanggil kerajaan-kerajaan untuk mengambil langkah-langkah beransur-ansur kearah satu kerajaan dunia.

Gerakan-gerakan yang sama mula merebak di negara-negara lain yang bersambungkan pembentukan satu barisan di Montreux, Switzerland pada tahun 1947 yang kini dipanggil Gerakan Persekutuan Dunia. Menjelang tahun 1950, gerakan ini mendakwa penganggotaan sebanyak 56 kumpulan ahli di 22 negara, dengan bilangan individu sebanyak 156,000. Pada tahun 1948 di Perancis, Garry Davis memberi ucapan tampa kebenaran yang memangil pembentukan satu Kerajaan Dunia daripada balkoni Perhimpunan Agung PBB sehingga dia ditarik keluar oleh pegawai-pegawai keselamatan. Beliau kemudiannya menarik balik kerakyatan Amerikanya dan memulai Pendaftaran Warganegara Dunia yang mendakwa mempunyai sebanyak 500,000 ahli dalam tempoh kurang daripada dua tahun. Pengundian pendapat yang dijalankan oleh UNESCO pada tahun 1948-49 pula mendapati bahawa idea untuk satu kerajaan dunia disokongi oleh majoriti responden dalam enam negara eropah dan hanya ditolak oleh rakyat tiga negara lain iaitu Amerika Syarikat, Mexico dan Australia.

Dengan semangat yang semakin berkobar untuk persekutuan antarabangsa di Eropah, disepanjang dekad-dekad berikutannya, Kesatuan Eropah wujud sebagai hasilnya. Perlangsungan Perang Dingin (1950-1990) telah tidak memungkinkan penerusan proses assimilasi diantara negara-negara dunia membentuk sebuah persekutuan. Gerakan-gerakan penyokong konsep ini kemudian beransur-ansur lenyap daripada pandangan ketara dan tidak lagi diperdepatkan di wancana am.

Selepas keruntuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1990, minat dalam satu kerajaan persekutuan dunia dan secara lebih amnya, lindungan hak asasi manusia pada peringkat global diperbaharui. Kemenangan ketara gerakan persekutuan dunia pada dekad 1990-an adalah Statut Rom pada tahun 1998 yang membolehkan penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada tahun 2002. Di Eropah, proses mewujudkan satu kesatuan persekutuan negara-negara Eropah mendapat momentum yang besar dengan Triti Maastricht yang ditandatangani pada tahun 1992 membentuk Kesatuan Eropah (EU). EU kemudiannya membesar pada tahun 1995 dan 2004 dengan penyertaan 450 juta penduduk di 25 negara ahli. Kesatuan Afrika dan Komuniti Negara-negara Benua Amerika Selatan juga ditubuhkan pada tahun 2002 dan 2004.

Kesatuan negara-negara dunia yang wujud kini sunting

Model paling releven untuk pertambahan penubuhan persekutuan global mungkin adalah Kesatuan Eropah yang menyatupatukan kelompok kumpulan yang berbeza, sesetengahnya yang pernah bermusuhan, dan bergeografikan kawasan yang besar. EU yang masih berevolusi kini telah ada banyak atribusi kerajaan persekutuan, seperti sempadan dalaman yang terbuka, parlimen yang berperwakilan terus, dan sistem mahkamah dan dasar ekonomi yang berpusat.

Ini diikuti oleh ASEAN, Kesatuan Afrika dan Komuniti Negara-negara Benua Amerika Selatan. Satu multitud kesatuan-kesatuan kawasan wujud di setiap corok dunia dan berkembang pada peringkat perbeza menuju kearah integrasi ekonomi dan ada kalanya, politik.

Sistem pentadbiran sejagat kini sunting

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah oranisasi utama yang mengkoordinasi aktiviti diantara negara secara global dan satu-satunya organisasi inter-kerajaan dengan keanggotaan yang benar-benar sejagat (191 kerajaan). Di samping organ-organ, program-program kemanusiaan dan suruhanjaya PBB itu sendiri, terdapat 20 organisasi lain yang dikaitkan dengan Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) dan Kesatuan Telekomunikasi Dunia (ITU) (chart). Yang menarik perhatian adalah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO).

Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) ditubuhkan secara bersama di Bretton Woods, New Hampshire, Amerika Syarikat pada tahun 1944 untuk berkerjasama dalam hal kewangan dan untuk membasmi kemiskinan dengan memberikan bantuan kewangan kepada negara-negara yang memerlukannya. Pertubuhan Perdangangan Sedunia WTO menentukan peraturan perdagangan antara negara. Ia sudah pun mempunyai badan perundangan sendiri (Majlis Am, yang mencapai kata sepakat secara konsensus) dan badan kehakiman (Badan Penyelesaian Pertikaian). Satu lagi organisasi antarabangsa ekonomi yang mempunyai pengaruh adalah Organisasi untuk Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dengan keanggotaan ahli sebanyak 30 negara.

Satu lagi organisasi yang kurang formal tetapi amat berpengaruh dalam politik global adalah G8 atau Kumpulan Lapan, satu persatuan lapan daripada negara-negara paling kaya dan berteknologi tinggi di dunia. Pemimpin negara-negara G8 berjumpa secara annual untuk mengkoordinasi polisi-polisi mereka dalam menghadapi isu-isu dunia seperti kemiskinan, keganasan, penyakit yang merebak dan perubahan cuaca dunia.

PBB melancarkan operasi ketenteraan seperti aktiviti penjaga keamanan dari masa ke semasa biasanya untuk membina dan menjaga keamanan dan stabiliti pos-peperangan. Apabila operasi ketenteraan yang lebih aggressif diambil, kesatuan ad-hoc (seperti operasi ketenteraan multinasional di Iraq) atau perikatan ketenteraan kawasan (seperti NATO) digunakan.

Undang-undang antarabangsa merangkumi segala triti, adat dan prinsip-prinsip yang boleh diterima secara global. Dengan pengecualian kes yang dibawa ke hadapan ICC dan ICJ (lihat di bawah), undang-undang diintepretasi oleh mahkamah-mahkamah antarabangsa. Banyak pelanggaran triti dan undang-undang adat seringkali tidak dipedulikan.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) (juga dikenali sebagai Mahkamah Dunia) adalah badan kehakiman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia meyelesaikan pertikaian yang dirujuk kepadanya oleh negara (sahaja) dan memberi pendapat kesahihan tentang persoalan perundangan yang diajukan kepadanya oleh organ lain PBB seperti Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung.

Satu kemajuan terkini dalam undang-undang antarabangsa adalah Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai mahkamah jenayah pertama yang tetap di peringkat antarabangsa, yang ditubuhkan untuk memastikan bahawa pencabulan undang-undang antarabangsa yang paling seram tidak dibiarkan tampa penghukuman. Statut Rom mengenai Mahkamah Keadilan Antarabangsa ditandatangani oleh 139 negara dengan 100 daripadanya telah meratifikasinya menjelang bulan Oktober 2005.

Sebagai tambahan kepada organisasi dan undang-undang antarabangsa formal dan semi-formal yang disebutkan diatas, terdapat banyak lagi mekanisme yang wujud untuk meregulasi aktiviti di persempadanan antarabangsa. Secara khusus, perdagangan antarabangsa berkait barangan, perkhidmatan dan mata wang (iaitu "pasaran global") mempunyai impak yang besar kepada kehidupan semua manusia di hampir seluruh pelusuk dunia, dan ini mewujudkan keadaan saling bergantungan antara negara-negara (lihat globalisasi). Badan korporat antara-sempadan (atau multi-nasional) dengan sesetengahnya mempunyai sumber yang lebih banyak daripada yang ada pada sesetengah kerajaan, meregulasi aktiviti-aktiviti manusia pada peringkat global. Peningkatan komunikasi antara-sempadan dan distribusi media-massa melalui umpamanya, Internet, televisyen satelit dll. membolehkan informasi, idea dan pendapat bertaburan luas diseluruh dunia, dan mewujudkan satu jaringan kompleks koordinasi dan pengaruh antarabangsa, kebanyakannya diluar kawalan mana-mana organisasi undang-undang.

'Lihat juga: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Kekurang yang sentiasa dipetik sunting

  • Mekanisme antarabangsa yang wujud kini tidak mencukupi untuk melindungi hak-hak asasi manusia atau mengelakkan pencabulan besar-besaran tidak mencukupi dan terlalu lemah.
  • Dengan triti berkenaan kewangan dan perdagangan dikuatkuasa dengan sempurna, isu-isu alam sekitar dan kemanusiaan tidak mempunyai impak.
  • Penduduk miskin yang tinggal di Afrika terutamanya tidak mendapat manafaat daripada ekonomi moden dunia.
  • Terdapat banyak perjanjian-perjanjian yang bercanggah, berlipat dan mengelirukan.

Sumber sunting

Terbitan tulisan sunting

Pertubuhan sunting

  • World Federalist Movement (WFM) adalah gerakan rakyat global dengan 23 organisasi ahli penuh serta 16 yang mempunyai kait yang berkerjasama bagi menubuhkan satu kerajaan persekutuan baru. Organisasi di Amerika Syarikat adalah Citizens for Global Solutions, manakala yang berada di Kanada adalah World Federalist Movement - Canada
  • The Centre for International Governance Innovation (CIGI) adalah satu pusat pendidikan and penyelidikan yang di Kanada yang berdedikasi kepada subjek ini. Ia kini bersedia untuk melancarkan IGLOO: "satu komuniti online global bagi memumpukan kepada penguatakan pemerintahan global di seluruh dunia."
  • One World Trust (OWT) adalah satu dana kewangan yang berpusat di United Kingdom, dan juga satu cabang Gerakan Persekutuan Dunia. Kerjanya kini merangkumi promosi reformasi organisasi global yang wujud kini supaya mereka dapat memainkan peranan yang lebih bertanggungjawab.
  • Centre for the Study of Global Governance adalah satu "poin fokus untuk penyelidikan, pengajaran dan penyebaran kerja mengenai globalisasi" yang terletak di U.K.
  • Civitatis International adalah satu Organisasi Bukan Kerajaan yang berpusat di UK yang mengeluarkan penyelidikan yang mempromosi sistem pentadbiran global kepada penggubal dasar.

Pautan sunting

  • The WIKI of the World Citizen Alliance for World Citizenship, Global Justice and World Democracy
  • Homepage of Garry Davis - Garry Davis adalah secara teorinya penyokong konsep kerajaan dunia selepas Perang Dunia II.
  • Worldgov.info Diarkibkan 2018-08-19 di Wayback Machine adalah satu forum perbincangan untuk orang yang berminat menukar informasi dan idea yang berkait dengan pentadbiran global. Laman webnya Favorite links and resources post contains an extensive annotated list of links to world-governance-related sites.
  • World Beyond Borders didedikasi kepada peyatuan manusia, kerakyatan dunia dan kerajaan global.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting