Aktiviti utama kerajaan maritim adalah membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. Pusat pentadbirannya tertumpu di kawasan muara sungai. Pelabuhan amat penting bagi kerajaan maritim. Pelabuhan merupakan pusat perdagangan, pusat jual beli, tempat menyimpan barang perdagang dan tempat persinggahan pelayar dan juragan. Kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah iaitu tempat pengumpulan dan pengedaran barangan mentah. Antaranya barang yang diperdagangkan adalah hasil hutan, rempah ratus, gaharu, cendana, damar dan ubat-ubatan. Pelabuhan entrepot adalah pelabuhan utama yang menjalankan kegiatan perdagangan yang menjual barang mentah ke India, China, Arab dan Eropah.

Masyarakat maritim mahir dalam membaiki kapal dan ilmu pelayaran. Pedagang-pedagang dari kerajaan maritim mampu belayar sehingga ke Afrika Selatan.

Antaranya contoh kerajaan maritim ialah Srivijaya, Champa, Chih Tu, Kedah Tua dan Majapahit.

Faktor kebangkitan kerajaan maritim sunting

  • Faktor-faktor kebangkitan ialah penduduknya sangat mahir dalam pelayaran. Malah mereka juga mahir membuat kapal-kapal besar.(mahir dalam semua bidang berkaitan dengan laut)
  • Faktor yang kedua ialah penduduknya terlibat dalam kegiatan perdagangan, dengan ini cukai telah memberikan sumber pendapatan yang utama.
  • Kerajaan maritim juga terletak di tengah perjalanan Timur dan Barat. Tiupan angin monsun menyebabkan para pedagang terpaksa singgah sementara menunggu pertukaran angin monsun. Boleh dikatakan ia terletak di kawasan yang strategik.
  • Faktor terletak di pelabuhan yang strategik juga menyebabkan kemunculan kerajaan maritim. Dengan itu pelbagai kemudahan disediakan kepada pedagang yang singgah di situ. Misalnya air, tempat penyimpanan barangan.