Kereta kebal Jepun di Malaysia semasa Perang Dunia II

Penggunaan kereta kebal Jepun di Malaysia semasa Perang Dunia II kebanyakan membabitkan penggunaan kereta kebal ringan dan sederhana. Ini bukanlah disebabkan kekurangan atau kelemahan senjata oleh pihak Jepun tetapi merupakan disebabkan taktik dan strategi pertempuran yang diguna pakai oleh pemimpin tentera Jepun pada masa itu.

Pembangunan Kereta kebal tentera Jepun‎ pada sekitar 1930-an adalah setanding dengan negara-negara lain dengan kereta kebal ringan dengan berat kurang dari 15 tan dianggap "kereta kebal termaju". Bagaimanapun menjelang 1944, kebanyakan kuasa besar telah beralih kepada kereta kebal seberat 35 tan ke atas. Bagaimanapun tentera Jepun terus menggunakan kereta kebal ringan ini dalam perkhidmatan mereka. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut.

  • Keadaan mukabumi di Asia amat berbeza dengan Eropah. Permukaan muka bumi yang lecak, dipenuhi selut dan sawah padi, mempunyai jalan yang sempit yang tidak direka bagi membawa beban yang berat, dan sering melalui lereng bukit dan gunung, infrastruktur yang lemah (seperti jambatan yang tidak direka bagi membawa muatan berat), hutan yang dipenuhi pokok yang besar dan rapat yang menyukarkan pergerakan, dan ini turut memudahkan serangan hendap.
  • Kesukaran mengangkut kereta kebal ke medan pertempuran. Strategi pertempuran Jepun memerlukan kenderaan yang mudah diangkut menyeberangi lautan Pasifik bagi bertempur di kawasan pulau yang dikuasai musuh. Oleh itu mereka memerlukan kenderaan berperisai ringan dan tangkas. Ini merupakan satu penyelesaian yang sama yang digunakan oleh tentera Amerika ketika beroperasi di Iraq, apabila menggunakan kenderaan berperisai ringan Stryker.
  • Pengalaman bertempur di China melawan musuh yang kekurangan senjata anti kereta kebal dan senjata berat sehingga 1945, menjadikan pemerintah tentera Jepun tidak nampak keperluan kereta kebal berat.
  • Selain itu, sebagai sebuah negara pulau, penekanan diberikan kepada pembangunan kapal sebagai kunci pertahanan Jepun, dan bukannya pembangunan kereta kebal.

Kekuatan Kereta Kebal Jepun Semasa Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu Perang Dunia II sunting

 
Type 97 Shinhoto Chi-Ha di Muzium Ordinance Tentera Amerika Syarikat di Aberdeen, Maryland

Dalam penjajahan Jepun di Tanah Melayu, boleh dikatakan bahawa selain dari penguasaan udara oleh pasukan udara Jepun, kelebihan kereta kebal adalah faktor utama yang membolehkan Tentera Jepun untuk menakluk keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dengan begitu pantas. Tanpa kereta kebal, Tentera Jepun sudah pasti tidak mampu untuk bergerak dan mengatasi pertahanan British dengan begitu pantas.

Dalam serangan Jepun ke atas Tanah Melayu, Briged Kereta Kebal ke-3 telah diletakkan (attached) dengan Ketumbukan Tentera ke-25 (Lt. Jen. Yamashita). Pada masa itu Briged Kereta Kebal ke-3 mempunyai kekuatan seperti berikut. :-

Kemungkinan juga terdapat Kereta kebal Type 89 Otsu yang digunakan.

Pertempuran membabitkan kereta kebal dalam Perang Dunia II di Malaysia sunting

Dalam pertempuran Kampar, tentera Jepun menyerang dengan kekuatan 9,000 tentera, sekitar 200 kereta kebal dan 100 meriam. Setelah bertempur beberapa hari, pada 6 Januari, pihak Jepun meninjau kedudukan tentera British dan bersedia untuk menyelip kebelakang kedudukan tentera British. Major Shimada, komander unit kereta kebal Jepun di bawah infantri ke-42 (kekuatan satu kompeni dengan 17 kereta kebal serdahana dan 3 kereta kebal ringan daripada batalion kereta kebal organik Division Infantri ke-5 Jepun) merayu kepada Kolonel Ando agar dibenarkan menyerang secara langsung. Kompeni kereta kebal Jepun bersama kompeni infantri dan platon jurutera dengan lori memulakan serangan pada pukul 0330 pagi berikutnya.

Kemusnahan batalion Hyderabad sunting

Tentera Jepun memulakan serangan dengan memusatkan serangan meriam dan motar kepada kedudukan hadapan 4/19th Hyderabad, ketika unit infantri menyerang kedudukan hadapan Hyderabad, platon jurutera membersihkan halangan kereta kebal pertama sepanjang jalan. Sekitar 0400, barisan perisai Jepun bergerak kehadapan, anggotanya pada mulanya berjalan kaki dihadapan untuk memandu kenderaan mereka melalui halangan British.

Pasukan Hyderabad tidak memiliki meriam anti-kereta kebal , tetapi berjaya mengatur serangan meriam pada pergerakan Jepun yang berjaya memusnahkan sebuah kereta kebal. Baki barisan berperisai Jepun berjaya melepasi halangan dan terus bergerak kepada kedudukan batalion British berikutnya. Di belakang mereka, baki infantri ke-42, Battalion ke-3, meneruskan kemusnahan batalion Hyderabad, meninggalkan mereka dalam kekeliruan sebelum melangkau mereka untuk dimusnahkan kemudian

Kemusnahan batalion Punjabi ke-5/2 sunting

Barisan kenderaan berperisai Jepun terus mara dan pada 0430, ia sampai ke barisan pertahanan utama batalion Punjabi ke-5/2. Kereta kebal pertama memijak periuk api dan dilumpuhkan, dan menyebabkan kenderaan berikutnya tersadai bumper ke bumper. Tentera Punjabis cuba memusnahkan tentera Jepun dengan Molotov koktail dan rifel anti-kereta kebal 12.7-mm, tetapi dihalang oleh tembakan sengit dari kereta kebal dan askar infantri Jepun. Pada masa itu tentera Jepun menggunakan jalan sisi yang tidak dikawal yang selari dengan jalan utama, dengan itu melangkau kedudukan pertahanan Punjabi dan menyerang mereka dari arah belakang. Pertahanan Punjabi roboh kepada unit pejuang kecil yang cuba bertahan pada kedudukan masing-masing atau cuba melarikan diri. Pasukan berperisai Jepun terus bergerak, meninggalkan Infantri ke-42, Batalion ke-3, dan ahli lain dalam pengawal hadapan Jepun bagi memastikan kemusnahan sepenuhnya pasukan Punjabi.

Malangnya bagi British, ini merupakan kedudukan pertahanan terakhir mengarah ke arah kedudukan Jepun. Pasukan Punjabi hanya menanam hanya satu medan periuk api yang kecil. Sungguhpun begitu, mereka mampu menghalang tentera Jepun hampir satu jam, mengalami korban yang tinggi akibat tembakan kereta kebal, sebelum dilangkaui. Kini sekitar 0600, tentera Jepun bergerak laju ke hadapan dengan hampir 1,000 tentera British dan India mati, menjadi tahanan, atau pelarian dalam kumpulan kecil menghala ke selatan sepanjang tepi hutan.

Kemusnahan Bridge ke-12 sunting

Bertambah malang bagi pihak British, berita mengenai kekalahan ini tidak sampai kepada baki batalion kepada Brigade ke-12 (Argyl dan 5/14th Punjabi) atau Brigade ke-28. Pergerakan kereta kebal Jepun, (dengan kekuatan sekitar 16 kereta kebal pada masa ini), dengan baki Infantri dan jurutera, meluru keselatan dengan kelajuan tinggi.

Kemusnahan Batalion ke-2 Argyll and Sutherland Highlander sunting

Unit kedua yang dijumpai mereka adalah batalion ke-2 Argyll dan Sutherland Highlander yang telah mendirikan dua halangan jalan dalam sektor pertahanan mereka. Kepantasan pergerakan Jepun dan komunikasi British yang lemah, menyebabkan batalion Argyls berada dalam keadaan tidak sedar dan tidak bersedia. Barisan Jepun merempuh melalui kedudukan halangan hampir sebelum batalion Argyls sempat menentang. Pertempuran dihalangan jalan kedua hanya panjang sedikit dengan tentera Jepun memusnahkan beberapa kereta perisai British sebelum meneruskan kemaraan mereka. Sisa batalion Argyl kemudiannya ditenggelami oleh infantri Jepun yang menurut dari belakang sama seperti batalion yang lain.

Sungguhpun begitu batalion Argyls bertempur dengan sengit dalam kumpulan kecil dan menahan infantri Jepun lebih lama berbanding batalion lain. Ini menjadikan jarak antara barisan perisai Jepun dengan infrantri yang mengekorinya semakin jauh. Sekiranya Brigade ke-28 berada dalam kedudukan bertahan lebih baik, keadaan mungkin berlainan. Malangnya pengorbanan batalion Argyls menjadi sia-sia.

Kereta kebal Jepun kemudiannya mengambil peluang sepenuhnya dari kekeliruan pertahanan British untuk terus mara melalui jalan utama kearah jambatan Slim River. Ketika tiba di Trolak, mereka menghalau jurutera yang sedang bersedia untuk memusnahkan jambatan. Ketua platon kereta kebal, Lieutenant Watanabe, sendiri turun dari kereta kebal pemerintahnya dan memotong wayar eletrik peledak dengan menggunakan pedang samurainya. Lieutenant dan komander kompeni Jepun menyedari mereka mempunyai kelebihan kejutan dan gerakan dan amat penting bagi mereka mengekalkan tekanan keatas tentera British yang sedang kucar-kacir itu. Kereta kebal Jepun dan baki tentera infantri dan jurutera yang berjaya kekal bersama mereka terus meluru kehadapan.

Kemusnahan batalion 5/14th Punjabi sunting

Sekitar 0730 di Selatan Trolak, pasukan berperisai Jepun bertembung dengan batalion 5/14th Punjabi, yang sedang bergerak sepanjang jalan dalam perbarisan kearah kedudukan bertahan mereka. Kereta kebal tersebut meluru melintasi batalion secara mengejut, menembak menggunakan mesingan ramai daripada tentera Punjabi sebelum mereka sempat beredar dari jalanraya. Dalam tempoh masa beberapa minit sahaja, pasukan simpanan Brigade ke-12 lenyap sebagai satu unit. Pasukan perisai Jepun meneruskan kemaraan mereka tanpa dapat ditahan sepanjang jalan utama.

Kemusnahan Brigade ke-28 sunting

Pihak British telah kehilangan jejak pertempuran. Jeneral Paris tidak diberitahu mengenai pembolosan tentera Jepun sehingga 0630. Dia dengan serta merta memerintahkan Brigade ke-28 untuk menduduki kedudukan pertahanan dan untuk menghantar meriam anti kereta kebalnya kearah kedudukan Brigade ke-12. Malangnya, mereka bertembung dengan pasukan perisai Jepun ketika masih bergerak di atas jalan dan dimusnahkan sebelum sempat menyediakan meriam mereka untuk bertempur dengan musuh. Dengan itu, salah satu dari hanya beberapa unit dalam Brigade ke-28 yang mampu menghentikan kemaraan perisai Jepun dimusnahkan pada awal pertempuran. Amat memeranjatkan bahawa Brigade ke-28 tidak diberitahu mengenai pembolosan sepenuhnya tentera Jepun melepasi Brigade ke-12.

Pasukan perisai Jepun terserempak dengan Brigade ke-28 ketika ia sedang bergerak kearah kedudukan pertahanan dan memusnahkannya dalam pertembungan singkat yang sengit. Brigade ke-28 mengalami nasib sama seperti 5/14th Punjabi, dan 2/1st Gurkha, yang dikejutkan ketika berbaris di atas jalan semasa bergerak kepada kedudukan pertahanan mereka dan mengalami kemusnahan teruk sebelum mereka dapat mengelak dari kenderaan berperisai Jepun. Batalion lain dalam Brigade ke-28, 2/9th dan 2/2nd Ghurka, cuba bertempur dengan kenderaan berperisai Jepun, tetapi tanpa halangan anti kereta kebal dan dengan hanya beberapa rifle anti-kereta kebal 12.7-mm, mereka dipintas dengan cepat.

Kereta kebal Jepun meneruskan kemaraan mereka melalui jalan, menembak barisan pengangkutan dan menganggu cubaan memusnahkan jalan dan tiga jambatan kecil. Ketika ini kereta kebal Jepun telah jauh meninggalkan infantri dan jurutera pengiring mereka. Batalion infantri terus berjuang merentasi barisan pertahanan yang kucar-kacir selepas diserang oleh kereta kebal. Kereta kebal Jepun kemudiannya memusnahkan dua bateri meriam milik Regimen Lapangan 137 sebelum sampai ke jambatan Slim River sekitar 0830. Pertahanan anti-pesawat jambatan terdiri daripada meriam anti pesawat 40-mm Bofors.

Meriam anti pesawat 40-mm Bofors ini digunakan bagi menembak kereta kebal Jepun tetapi tidak berkesan— peluru mereka tidak berupaya menembusi kereta kebal tersebut. Pengendali mereka mengalami jumlah korban yang besar akibat tembakan balas tentera Jepun. Pengendali meriam anti-pesawat dan jurutera yang bersedia untuk memusnahkan jambatan berundur. Lieutenant Watanabe (yang tercedera masa ini) mengarahkan tembakan mesigan kereta kebalnya kearah wayar peletup jambatan dan berjaya memutuskannya. Pasukan Jepun (pada masa ini terdiri daripada sedosen kereta kebal) meninggalkan dua buah kereta kebal untuk mengawal jambatan dan terus mara keselatan melalui jalan utama.

Akhirnya selepas mara sejauh dua batu lagi, tentera Jepun bertembung dengan batalion merian British yang lain, Regimen Lapangan 155. Unit artileri ini menggunakan howitzer 4.5-inci mereka dalam tembakan lansung dan bertempur dengan kereta kebal Jepun melalui pembidik mata kasar pada jarak kurang dari 200 meter. Kereta kebal Jepun yang diperintah oleh Lieutenant Watanabe telah musnah dan keseluruhan kakitangannya terbunuh. Beberapa buah kereta kebal Jepun yang lain turut rosak. Gagal untuk terus mara, kereta kebal Jepun kembali ke jambatan Slim River untuk mengawal rampasan mereka yang berharga.

Akhirnya selepas mara sejauh dua batu lagi, tentera Jepun bertembung dengan batalion merian British yang lain, Regimen Lapangan 155. Unit artileri ini menggunakan howitzer 4.5-inci mereka dalam tembakan lansung dan bertempur dengan kereta kebal Jepun melalui pembidik mata kasar pada jarak kurang dari 200 meter. Kereta kebal Jepun yang diperintah oleh Lieutenant Watanabe telah musnah dan keseluruhan kakitangannya terbunuh. Beberapa buah kereta kebal Jepun yang lain turut rosak. Gagal untuk terus mara, kereta kebal Jepun kembali ke jambatan Slim River untuk mengawal rampasan mereka yang berharga.

Infantri pengiring kereta kebal Jepun, dengan kekuatan tidak kurang dari satu kompeni, tiba beberapa jam berikutnya. Badan utama Regimen Infantri ke-42 tidak bersatu dengan unit berperisai sehingga hampir tengah malam. Pihak Jepun kehilangan kira-kira lapan buah kereta kebal, sesetengahnya boleh diperbaiki. Kehilangan infantri adalah serdahana, tetapi mampu diganti. Moral anggota tentera Jepun berada pada tahap yang amat tinggi.

Kereta kebal British di Malaysia. sunting

Semasa Perang Dunia II, kebanyakan kereta kebal British telah ditempatkan di Afrika bagi menentang Jerman. Dengan serangan keatas Kota Bharu dan Pearl Harbour, pada 7 Disember, pihak British bertindak menghantar satu skuadron penuh bagi mengukuhkan pertahanan di 'Malaysia’. Skuardon ‘B’ diketuai oleh Major William-Powlett dan anggota yang dipilih olehnya. Kesemua tujuh orang pegawai dan 138 NCO dan anggota lain berlepas dari Mesir pada Januari 7 Januari 1942, dan menjelang akhir Januari mereka merentasi Terusan Suez ke arah Singapura. Bagaimanapun kepantasan Jepun menakluk Malaysia dan Singapura memaksa skuardon ke-3 Hussars (3rd Hussars ) mendarat di pulau Sumatera pada 13 Februari 1942. Dua hari kemudian pada 15 Februari, dalam Pertempuran Singapura, Singapura jatuh ke tangan Jepun.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting