Kereta kebal TAM (“Tanque Argentina-Mediano’’) merupakan kereta kebal serdahana keluaran kerjasama Jerman & Argentina.

TAM
TAM Tentera Argentine
JenisKereta kebal utama
Tempat asal Argentina  Jerman
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatansejak 1983-Kini
Digunakan oleh Argentina
Sejarah pengeluaran
Kos unit1,500,000 USD (1983 harga eksport)
Dihasilkan1979–91, 1994–95
Jumlah dibina280
Spesifikasi
Berat30.5 tonnes
Panjang6.75 m
Lebar3.25 m
Tinggi2.42 m
Krew4

Senjata
pertama
105 mm FM K.4 Modelo 1L
Senjata
kedua
2×mesingan 7.62 mm
EnjinMTU-MB 833 Ka-500 6-silinder 22.4 l disel
720 hp (537 kW)
Kuasa/berat24 hp/tonne
Sistem ampaianTorsion-bar
Jarak
operasi
590 km, 800 km dengan tangki bahan api tambahan
Kelajuan75 km/h (47 mph)

Pembangunan sunting

Sejarah sunting

Pada tahun 1974, Thyssen Henschel (kini Henschel Wehrtechnic) telah memenangi kontrak dari Argentina bagi mereka bentuk dan pembangunan bagi kereta kebal serdahana yang digelar sebagai TAM “Tanque Argentina-Mediano’’) termasuk juga kenderaan tempur infantry “Vehiculo Combats Infanteria” yang kemudiannya dinamakan VCTP. Tiga prototaip setiap satu dibina dan dihantar melalui kapal ke Argentina.

Pengeluaran dimulakan di kilang baru di Argentina dengan tempahan bagi 512 TAM dan VCTP, tetapi pengeluaran terhenti selepas sekitar 350 kenderaan dihasilkan disebabkan masalah belanjawan. Pembangunan lanjut oleh syarikat tersebut menghasilkan TH301 yang memiliki beberapa peningkatan termasuk system perencat kebakaran dan enjin yang lebih berkuasa.

Tatarajah sunting

Pemandunya duduk disebelah kanan TAM, sementara enjinnya pula berada dikedudukan di sebelah kiri, sementara turet terletak di arah belakang. Komander kereta kebal duduk bersama jurutembak di turet, pemuat berada pada kedudukan di sebelah kiri. Meriam utamanya 105mm bermotor mampu mendongak dari -7° hingga +18° dan turet mampu berputar 360° penuh. Selaras mesingan 7.62mm dipasang sejajar sepaksi bersama senjata utama dan terdapat senjata yang sama di bahagian atas yang menawarkan perlindungan udara.

Untuk meningkatkan lagi jarak beroperasi, tangki jarak jauh boleh dipasang di bahagian belakang. Peralatan tambahan bagi TH301 termasuk perlindungan perisai tambahan yang boleh dipasang apabila diperlukan.

Variasi sunting

VCA 155 merupakan badan TAM yang dipanjangkan dan dipasang dengan turret Itali Palmaria howitzer gerak sendiri 155mm telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan Tentera Argentina. VCRT, ARV berasaskan kerangka TAM bagi Tentera Argentina telah dibina, sekadar prototaip sahaja Prototaip bagi sistem pelancar roket berganda 160mm dan 350mm telah dibina dengan menggunakan kerangka dari Argentina dan pelancar roket dari Israil. Selain itu terdapat banyak versi ujian di Jerman.

Status sunting

TAM telah digunakan dalam perkhidmatan dengan Tentera Argentina, sementara di Jerman pula, ia masih dalam peringkat ujian sehingga tahun 2000.


Rujukan sunting

  • TANK & COMBAT VEHICLE RECOGNITION GUIDE, Christopher F. Foss, Harper Collins Publishers, cetakan pertama 2000.

Primera pagina de la familia TAM: http://www.familia-tam.com/ Diarkibkan 2009-12-23 di Wayback Machine

  • "Admiten que el sirio intentó vender tanques". Clarín (dalam bahasa Spanish). Buenos Aires, Argentina. 3 June 1988. Dicapai pada 3 October 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Bishop, Chris (2006). The Encyclopedia of Tanks and Armored Fighting Vehicles: From World War I to the Present Day. San Diego, CA: Thunder Bay. ISBN 978-1-59223-626-8.
  • Foss, Christopher F. (2004). Jane's Armour & Artillery, 2004–2005. Coulsdon, Surrey: Jane's Information Group. ISBN 978-0-7106-2616-5.
  • Foss, Christopher F. (2006). Jane's Tank Recognition Guide. London, United Kingdom: Harper Collins. ISBN 978-0-00-718326-5.
  • Foss, Christopher F. (2002). The Encyclopedia of Tanks and Armored Fighting Vehicles: The Comprehensive Guide to over 900 Armored Fighting Vehicles from 1915 to the Present Day. San Diego, CA: Thunder Bay Press. ISBN 978-1-57145-806-3.
  • de Mazarrasa, Javier (1996). La Familia Acorazada TAM (dalam bahasa Spanish). Valladolid, Spain: Quirón. ISBN 84-87314-27-9.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Garasino, Luis (9 September 1999). "Advierten que Panamá podría embargar la fragata Libertad". Clarín (dalam bahasa Spanish). Buenos Aires, Argentina. Dicapai pada 9 October 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Miller, David (2000). The Illustrated Directory of Tanks and Fighting Vehicles: From World War I to the Present Day. Osceola, WI: MBI. ISBN 978-0-7603-0892-9.
  • Schneider, Wolfgang (2006). "Main Battle Tanks: A Worldwide Survey (I)". Military Technology. 30 (10): 51–59. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)