Kereta kebal Type 97

Kereta berperisai ringan Type 97 Te-Ke (Jepun: 九七式軽装甲車 テケ, Hepburn: Kyū-nana-shiki kei sōkōsha Teke) merupakan kereta kebal kecil yang digunakan oleh Tentera Jepun Imperial semasa Perang Cina-Jepun Kedua, di Nomonhan menentang Soviet Union, dan semasa Perang Dunia Kedua. Ia dikelaskan sebagai kenderaan peninjau pantas,[1] walaupun pihak Jepun mengkelaskannya sebagai sebagai sejenis kereta kebal ringan Jenis 97 Te-Ke Jepun (4.5 tan) yang direka semasa Perang Dunia II sebagai pengganti kepada Type 94 Te Ke yang lebih awal.

Jenis 97 Te-Ke
Jenis 97 Te-Ke di New Britain pada tahun 1945
Spesifikasi
Berat4.7 tan metrik
Panjang3.70 meter
Lebar1.80 meter
Tinggi1.77 meter
Krew2 (komander, pemandu)

Armor4–16 mm
Senjata
pertama
37 mm Type 94 gun
Senjata
kedua
tiada
EnjinIkega air-cooled 4-cylinder diesel
48 hp (36 kW)
Kuasa/berat10 hp/tan metrik
Sistem ampaian2-wheel bogie
Jarak
operasi
250 kilometer
Kelajuan42 km/h

Sejarah dan pembangunan sunting

Asal Type 97 terletak pada versi enjin disel prototaip Type 94 Te-Ke yang dibangunkan oleh Hino Motors pada tahun 1936. Sungguhpun prototaip ini memiliki enjin yang lebih berkuasa dan meriam yang lebih besar, ujian awal tidak berjaya dan Tentera Jepun menuntut beberapa perubahan sebelum diterima. Hino bertindak balas dengan prototaip yang diubah suai pada November 1937, di mana enjin dipindahkan kearah belakang rangka. Ini menyebabkan komander dialih ke tengah kereta kebal dan pemandu ke sebelah kiri komander, suatu kedudukan yang lebih baik untuk berkomunikasi. Reka bentuk ini diterima dan pengeluaran penuh bermula pada tahun 1938. Sejumlah 557 unit dihasilkan dari 1938 hingga 1942 (56 unit pada tahun 1938, 217 unit pada tahun 1939, 284 unit pada tahun 1940).[2]

Reka bentuk sunting

 
Kereta berperisai ringan Type 97 Te-Ke pandangan sisi.

Sungguhpun rangkanya kelihatan serupa, reka bentuk Type 97 adalah berbeza berbanding Type 94 dalam beberapa segi penting. Enjinnya berada di belakang dan turet meriam (dan komander) dialih ke tengah kereta kebal—ini meletakkan pemandu ke sebelah kiri komander dalam kedudukan lebih baik untuk berhubung sesama sendiri. Sebagaimana Type 94, bahagian dalam disalut dengan kepingan asbestos penebat haba.

Senjata utamanya adalah Meriam Anti Kereta kebal Type 94 37 mm, dengan 96 peluru, panjang laras 136 cm (L36.7), EL sudut tembakan −15 to +20 darjah, AZ sudut tembakan 20 darjah, pecutan laras 600 m/s, perobekan 45 mm/300 m, yang turut digunakan oleh Type 95 Ha-Go. Bagaimanapun, akibat kekurangan dalam pengeluaran senjata ini, kebanyakan kenderaan sebaliknya dipasang dengan 7.7 mm Mesingan Ringan Type 97.[3]

Type 97 menggantikan Type 94 di kilang pemasangan pada tahun 1939, ia terutamanya ditempatkan pada regimen peninjau, dan, sebagaimana kereta kebal Tentera Amerika Syarikat sebelum 1941, tidak direka bagi bertempur dengan kereta kebal musuh.[4][5] Oleh kerana ia merupakan kenderaan peninjau, dibina bagi kepantasan, dan bukannya pertempuran lansung,[6] badan dan turetnya direka hanya bagi dua krew; memaksa komander kereta kebal kecil ini untuk memuat dan menembakkan meriam utamanya. Sebagaiaman kebanyakan kereta kebal kecil ia memiliki kelemahan besar pada perisai perlindungannya, dan merupakan mangsa mudah bagi mesingan .50 kaliber (mesingan berat).[7]

Sejumlah variasi Type 97 dihasilkan, termasuk Type 98 So-Da APC, yang direka sebagai pengangkut amnunisi dan pengangkut tentera.

Penghasilan sunting

Kereta kebal Type 97 yang dikilangkan mulai dari tahun 1937 dikeluarkan dalam jumlah yang besar dan merupakan kereta kebal kecil yang paling meluas digunakan. Sebagaimana dengan Jenis 94, ia juga dipergunakan untuk menarik treler bekalan. Sesetengah kenderaannya dilengkapi dengan mesingan Jenis 97 7.7 mm, dan bukannya meriam 37 mm.

Biasanya, Type 97 diagihkan berkembar bagi menyokong unit infantri, dan sering kali digunakan sebagai traktor berperisai dan kenderaan bekalan. Menjelang tahun 1943, kebanyakan Type 97 telah dilupuskan sepenuhnya.

Meriam utama Jenis 97 ialah meriam kereta kebal Type 94 yang mempunyai spesifikasi yang berikut:

  • Kaliber: 37 mm
  • Panjang laras: 1.3585 m (L36.7)
  • Sudut tembakan EL: -15 hingga +20 darjah
  • Arah tembakan: AZ 20 darjah
  • Pecutan laras 600 m/s
  • Penembusan: 45 mm/300 m

Meriam ini juga digunakan oleh kereta kebal ringan Jenis 95 (model awal).

Sejarah operasi sunting

 
kereta kebal ringan / kereta berperisai Type 97 Te-Ke di China.
 
Type 97 Te-Ke terlindung dalam Pertempuran Muar, 17 Januari 1942.

Biasanya, kereta kebal Type 97 dibahagikan secara berpasangan bagi menyokong division infantri, di mana ia sering digunakan sebagai trektor berperisai dan kenderaan perbekalan.

Type 97 berjaya digunakan di China semasa Perang Cina-Jepun Kedua pada 1938–1945, oleh kerana Tentera Revolosi KebangsaanRepublik China hanya memiliki tiga batalion kereta kebal, yang sendirinya terdiri dari beberapa kereta kebal kecil Itali CV33.[8] Beratnya yang ringan membolehkan ia diangkut menyeberangi laut atau sungai. Ujian pertempuran kereta kebal kecil Type 97 yang pertama datang semasa Pertempuran Khalkhin Gol/Pertempuran Nomonhan semasa bulan May sehingga Ogos 1939 menentang Tetera Merah Soviet Union. DI situ sungguhpun tidak direka bagi pertempuran sedemikian, kereta kebal kecil 97 menentang meriam anti-kereta kebal Russia dan meriam 45mm pecutan tinggi kepunyaan Soviet, kereta kebal ringan BT-5 dan BT-7.

Dengan bermulanya Perang Dunia Kedua, , Type 97 banyak menyumbang pada kemenangan Jepun dalam Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Kempen Filipina (1941–1942)/Pertempuran Filipina, kerana ia cukup ringan bagi merentasi jambatan yang tiudak disokong dan dibawa menaiki feri yang tidak mampu mengampu kereta kebal yang lebih berat, dan saiznya yang kecil membenarkan ia bergerak sepanjang jalan yang sempit dan berliku-liku pada masa itu.

Prestasi sunting

Walaupun perbaikan-perbaikan telah dilakukan, Type 97 masih tidak sesuai untuk digunakan sebagai kereta kebal pertempuran. Badannya masih terlalu kecil untuk menampung lebih banyak askar dan oleh itu, pengisian dan penembakan meriam utama masih harus dilakukan oleh komandernya sendiri. Lagi satu kekurangan ialah perisainya. Amat serupa dengan pendahulunya, Type 97 mengalami kekurangan perlindungan perisai yang amat teruk — sehinggakan tembakan senjata api kecil juga boleh menembusi badannya.

Selain daripada kedua-dua kecacatan ini, meriam 37-mm tidak berkesan terhadap sebarang kereta kebal Pihak Berikat pada masa itu. Satu kelainan Te-Ke ialah kereta kebal Type 98 APC "So-Da" yang direka bentuk sebagai sebuah pengangkut amunisi serta juga sebagai pengangkut askar.

Rujukan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Coox p. 157
  2. ^ Zagola, Japanese Tanks 1939–45.
  3. ^ Foss. Tanks: The 500.
  4. ^ Zaloga (Armored Thunderbolt) p. 15 & 18
  5. ^ Zaloga (2007) p. 10
  6. ^ Coox p. 157
  7. ^ Japan's Tankette Type 97 Te-Ke / Ke-Ke, WWIIVehicles.com.
  8. ^ Zaloga (Japanese Tanks) p. 12


Pautan luar sunting