Kes serangan seksual Dominique Strauss-Kahn

Kes serangan seksual Dominique Strauss-Kahn adalah kes jenayah melibatkan tuduhan serangan seksual dan cubaan rogol oleh Dominique Strauss-Kahn terhadap pembantu hotel Nafissatou Diallo di Hotel Sofitel New York, Manhattan, New York, Amerika Syarikat pada 14 Mei 2011. Tuduhan ini bagaimanapun digugurkan atas permintaan pihak pendakwa yang meragui kebolehpercayaan Diallo dan ketiadaan bukti fizikal muktamad.

Dominique Strauss-Kahn adalah pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan terpaksa melepaskan jawatannya akibat tuduhan tersebut dan menggagalkan usahanya bertanding sebagai Presiden Perancis. Strauss-Kahn dari Parti Sosialis Perancis dikatakan boleh menewaskan Nicolas Sarkozy dalam pilihan raya presiden Perancis 2012 pada bulan April 2012. Pasport Strauss-Kahn dirampas supaya dia tidak boleh kembali ke Perancis. Strauss-Kahn diganti oleh seorang wanita Perancis, Christine Lagarde.

Peguam Diallo ialah Kenneth Thompson. Sementara Peguam Daerah Manhattan ialah Cyrus Vance. Peguam Strauss-Kahn ialah William Taylor dan Benjamin Brafman.

Strauss-Kahn ditangkap sunting

Strauss-Kahn (62 tahun) merupakan diplomat kewangan terkemuka dunia tetapi tidak mempunyai kekebalan undang-undang diplomatik. Dia ditahan di kelas pertama pesawat Air France oleh polis Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy dan seterusnya dihumban ke penjara atas dakwaan cuba merogol.

Isterinya Anne Sinclair tetap mempertahankan suaminya Strauss Kahn dengan mengatakan perkahwinan mereka stabil selama 20 tahun. Isterinya mengiringinya semasa menghadiri perbicaraan di Manhattan , New York pada 1 Julai 2011. Hakim setuju mengembalikan wang jaminan dan beliau bebas ke manapun di Amerika Syarikat.

Keterangan Nafissatou Diallo bercanggah sunting

Nafissatou Diallo, 32, pelayan Hotel Sofitel New York, Time Square, Manhattan. Dia berasal dari keluarga muslim yang soleh .[1] .Di hotel itu, antara tugasnya ialah mengemas setiap bilik-bilik hotel.Dia adalah imigran dari negara Guinea, Afrika Barat . Dia berada di Amerika Syarikat selama 14 tahun tanpa sebarang masalah.

Dia menuduh Strauss-Kahn muncul dalam keadaan bogel di bilik mewah hotel itu pada 14 Mei 2011 dan memaksanya melakukan seks oral. Ketika dia masuk ke bilik tersebut, Strauss Kahn keluar dari bilik air dalam keadaan berbogel dan memujinya cantik.

Siasatan menyeluruh telah dilakukan. Diallo diadapati menipu maklumatnya ketika mengisi borang imigresen mendapatkan suaka politik ke Amerika Syarikat. Dia pernah dirogol oleh sekumpulan pemuda di Guinea.Selain itu butir-butir cukai tidak tepat. Dia juga memberi tiga versi berbeza kejadian di Hotel Sofitel di Times Square itu. New York Times melaporkan bahawa wanita itu mendakwa telah dirogol supaya dia dapat suaka politik. Sebenarnya wanita itu terlibat dengan pengedaran dadah dan pencucian wang.

Pada 25 Julai 2011, Nafissatou Diallo diwawancara oleh wartawan Newsweek dan televisyen ABC setelah lebih dua bulan 'mendiamkan diri'. Diallo menuduh Strauss-Kahn menyerangnya seperti orangh gila dan memaksanya melakukan seks oral. Sebelum insiden , dia tidak mengenali Strauss Kahn. [2]

Dominique Strauss-Kahn dibebaskan sunting

Pada 23 Ogos, Dominique Strauss-Kahn diberitakan mungkin dibebaskan kerana keterangan daripada Diallo amat bercanggah.[3]

Diallo mungkin mencari keuntungan kewangan[4]. Buktinya, semasa perbualan telefon dengan kekasihnya yang berjaya dirakam, Diallo tahu Strauss Kahn memilik banyak wang dan mahu melakukan sesuatu. Kekasihnya itu sedang berada di penjara atas tuduhan memiliki dadah.

Abangnya, Mamadou Dian Diallo sebagai seorang Islam, hanya berserah kepada keadilan Allah.[5] Saliou Diallo pula kecewa dengan sistem keadilan Amerika Syarikat. Rupa-rupanya di Amerika juga berlaku ketidakadilan.

Akhirnya tuduhan ini digugurkan atas permintaan pihak pendakwa yang meragui kebolehpercayaan Diallo dan ketiadaan bukti fizikal muktamad.[6][7][8]

Bagaimanapun, Strauss-Kahn masih menghadapi tindakan sivil yang difailkan Diallo terhadapnya pada awal Ogos untuk jumlah yang tidak ditentukan.[5][9]

Tuduhan lain sunting

Seorang penulis Perancis, Tristane Banon (32) menuduh Strauss-Kahn cuba memperkosanya dan merobek / mengoyak celana jeans dan pakaian dalamnya. Insiden itu berlaku semasa wawancara di sebuah apartemen pada tahun 2003.[10] Peguamnya, David Koubbi mendakwa insiden itu berlaku di Paris. Tuduhan tidak dibuat sebelum ini kerana usaha itu 'sangat sulit'.

Rujukan sunting

  1. ^ Strauss-Kahn accuser's family says justice was not done
  2. ^ Penuduh Dominique Strauss-Kahn Buka Mulut
  3. ^ Strauss-Kahn bakal bebas Diarkibkan 2011-08-24 di Wayback Machine Berita Harian Online
  4. ^ Penuduh Mantan Kepala IMF Mungkin Ingin Ambil Keuntungan Finansial
  5. ^ a b Strauss-Kahn accuser's family says justice was not done AFP
  6. ^ "Judge Orders Dismissal of Charges Against Strauss-Kahn". New York Times. 2011-08-23. Dicapai pada 2011-08-23.
  7. ^ Douglas Stanglin (23 Ogis 2011). "Judge dismisses assault charges against Strauss-Kahn". USA Today. Dicapai pada 23 Ogos 2011. Check date values in: |date= (bantuan)
  8. ^ "Recommendation for Dismissal of Strauss-Kahn Case". The New York Times. 22 Ogos 2011. Dicapai pada 24 Ogos 2011.
  9. ^ Diallo files civil suit against DSK, The Guardian, 9 Ogos 2011
  10. ^ Penulis Perancis Ajukan Tuntutan Upaya Pemerkosaan atas Strauss-Kahn