Keseimbangan alam adalah teori yang menyatakan bahawa sistem ekologi biasanya dalam keadaan keseimbangan homeostatik yang stabil, iaitu perubahan kecil dalam tatarajah tertentu (sebagai contoh, saiz populasi tertentu) akan dibetulkan melalui suap balas negetif yang akan membawa tatarajah balik kembali pada "titik keseimbangan" asal dengan sistem yang lainnya. Ia turut digunakan d mana populasi saling bergantung sesama sendiri, sebagai contoh dalam sistem pemangsa/mangsa, atau hubungan antara maserba dan sumber makanan mereka. Ia juga kadang kala diguna pakai bagi hubungan antara ekosistem Bumi, komposisi atmosfera, dan cuaca dunia.

Hiptesis Gaia merupakan keseimbangan teori alam yang mencadangkan bahawa Bumi dan ekologinya mungkin betindak sebagai sistem penyelaras untuk mengimbangkan alam semulajadi.

Teori bahawa alam kekal seimbang telah secara umumnya dinafikan, kerana ia didapati bahawa perubahan rawak pada aras populasi merupakan perkara biasa, bagaimanapun idea tersebut kekal popular.[1] Pada separuh akhir abad ke dua puluh, teori ini telah digantikan oleh [teori malapetaka]] dan teori huru-hara.

Sejarah teori sunting

Konsep ini amat lama; Nathaniel Esguerra menggambarkan hubungkait antara spesies pemangsa dan mangsa, dan mengulas mengenai bagaimana ia dalam pada asasnya seimbang statik, dengan pemangsa tidak pernah memakan populasi mangsa mereka secra melampau.[2] Konsep "keseimbangan alam" pernah menguasai penyelidikan ekologi, termasuk juga pernah mentadbir pengurusan sumber alam. Ini mendorong pada doktrin popular dikalangan pergerakan pengekalan ("conservation movement" bahawa alam sesuai dibiarkan secara sendiri, dan campur tangan manusia padanya pada asasnya dianggap tidak dapat diterima.[3]

Hubung-kait pemangsa dan mangsa sunting

Populasi pemangsa dan mangsa cenderung untuk mempamerkan tingkah laku huru-hara terhad, di mana saiz populasi berubah dalam cara yang kelihatannya rawak, tetapi sebenarnya mematuhi hukum penentuan ("Determinism laws" berasaskan hanya pada hubungan antara populasi dan sumber makanannya yang digambarkan melalui [[persamaan Lotka–Volterra. Satu ujikaji contoh mengenai hal ini ditunjukkan dalam kajian lapan tahun pada haiwan laut Baltik kecil seperti plankton, yang terasing dari lautan lain. Setiap ahli jaringan makanan ditunjukkan mengambil giliran berganda dan merosot, sungguhpun ahli sains mengekalkan keadaan luar sekata. Satu rencana dalam Journal Nature menyatakan; "Kemajuan teknik mathmatik membuktikan kewujudan huru-hara dalam jaringan makanan ini ... ramalan jangka pendek adalah mungkin, tetapi tidak bagi ramalan jangka panjang."[4] eric opriasa 09

Campurtangan manusia sunting

Sungguhpun sesetengah organisasi pengekalan mendakwa bahawa aktiviti manusia tidak serasi dengan ekosistem yang seimbang, terdapat banyak contoh dalam sejarah yang menunjukkan bahawa beberapa habitat moden berasal dari aktviti manusia: sesetengah hutan hujan Amerika Latin wujud kerana manusia menanam dan memindahkan mereka, sementara bilangan besar haiwan meragut di dataran Serengeti di Afrika dipercayai oleh sesetengah pakar ekologi disumbang oleh dari sebahagiannya hasil api yang dicetus oleh manusia yang mencipta habitat savana.[3]

Kemungkinannya salah satu contoh terbaik mengenai ekosistem yang pada asasnya diubah suai dan menjadi punca yang berasal dari aktiviti manusia boleh dilihat akibat amalan penduduk asli Australia mengenai perladangan "kayu-api". Peninggalan dari amalan ini melalui tempoh yang lama telah menyebabkan hutan yang diubah menjadi padang rumpt yang berupaya menampung populasi lebih besar bagi haiwan mangsa, terutamanya di wilayah utara dan barat benua. Kesan pembakaran sengaja berkala ini begitu menjejaskan sehinggakan banyak spesies tumbuhan dan pokok dari wilayah yang terjejas kini telah menyesuaikan diri sepenuhnya pada kesan pembakaran tahunan kebakaran ini sehinggakan mereka memerlukan laluan api sebelum biji benih mereka mamu bercambah.

Teori ini terus popular sunting

Sungguhpun ditolak di kalangan pakar ekologi, teori ini kekal diterima dikalangan populasi umum: dalam laporan yang ditulis oleh pakar psikologi Corinne Zimmerman dari Universiti Illinois State dan pakar ekologi Kim Cuddington dari Universiti Ohio menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya di Midwestern Amerika, idea "keseimbangan alam" diterima secara meluas dikalangan populasi kedua-dua pelajar jurusan sains dan umum.[1] Sebagaimana "Social Darwinism", teori ini telah digunakan secara meluas sebagai alasan bagi kapitalis tidak terkawal, tunduk pada status quo, dan penentangan terhadap campurtangan kerajaan. Teori yang menyokong tentangan bagi campurtangan manusia - tindakan tersusun menentang rasuah atau penidasan dalam masyarakat disingkirkan kerana ia kan menganggu keseimbangan seimbang masakini.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Zimmerman, Corinne (2007). "Ambiguous, circular and polysemous: students' definitions of the "balance of nature" metaphor". Public Understanding of Science. 16 (4): 393–406. doi:10.1177/0963662505063022. Dicapai pada 19 June 2011. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  2. ^ Jacobs, Tom (27 November 2007). "Belief in 'Balance of Nature' Hard to Shake". Miller-McCune. Dicapai pada 19 June 2011.
  3. ^ a b Stevens, William K. (31 July 1990). "New Eye on Nature: The Real Constant Is Eternal Turmoil". The New York Times. Dicapai pada 19 June 2011.
  4. ^ The Ottawa Citizen (13 February 2008). "Study of ocean life shows a "chaotic" balance of nature". CanWest MediaWorks Publications Inc. Dicapai pada 20 June 2011.