Keselamatan Timur Sabah

Keselamatan Timur Sabah sentiasa dipersoalkan dari semasa ke semasa. Ini kerana kawasan itu sentiasa bergolak kerana beberapa isu seperti:

  1. Tuntutan bertindih Kepulauan Spratly
  2. Pejuang pemisah Moro / MILF di Mindanao.
  3. Anggota kumpulan Abu Sayyaf dari pulau Jolo, selatan Filipina
  4. Pendatang asing Filipina dan Indonesia yang mudah bolos ke Sabah dan dikatakan mudah mendapatkan MyKad.
  5. Tuntutan pulau Sipadan dan Ligitan oleh Indonesia yang telah selesai.
  6. Serangan terhadap gereja di Malaysia 2010

Tindakan pre emtif Amerika sunting

Tentera marin Amerika Syarikat turut memburu pejuang pemisah di selatan Mindanao. Tentera mereka turut terbunuh di Indana, Sulu. Timbalan ketua polis Sulu , Amil Banaan mengesahkan dua tentera mereka terbunuh di kampung Barangay Kagay. Gunung Tumatangis dkatakan markas kumpulan Abu Sayyaf. Amerika mengistilahkan pihak mereka sebagai 'bantuan kemanusiaan' sementara Abu Sayyaf dituduh sebagai pelampau. Sejak 911 Amerika mengamalkan dasar 'pre emtif' terhadap mana-mana negara atau kumpulan yang memusuhi kuasa besar itu.[1]

Amaran perjalanan sunting

Pada 15 Januari 2010, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengeluarkan notis amaran (warden notice) kepada warganegaranya tentang kemungkinan serangan di pusat-pusat peranginan di kawasan terpencil di bahagian Timur termasuk Semporna, Pulau Mabul dan Pulau Sipadan.Penjenayah dan pengganas mungkin sekali merancang serangan ke atas pelawat asing di Sabah menjelang ulangtahun pembentukan negara Amerika Syarikat.

Malangnya maklumat yang diperolehi perisik mereka tidak dikongsi bersama dengan pihak Malaysia. Notis amaran jelas sekali menjejaskan aktviti pelancongan di timur Sabah. Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah ,Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga anggota Parlimen Semporna mahu Amerika Syarikat berkongsi maklumat supaya ia dapat ditangani dengan segera.[2]

Pada 1990-an, Abdurajak Abubakar Janjalani pengasas kumpulan Abu Sayyaf yang mempunyai link dengan Al Qaeda berjaya dibunuh. Sejak itu kegiatan penculikan dan tuntutan wang terhadap rakyat dan pelancong asing telah meningkat. Pada tahun 2000, seramai 21 pelancong Malaysia dan Barat telah diculik di sipadan dan dibebaskan selepas tuntutan wang dibayar.[3]

Ketua polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim menegaskan bahawa keselamatan Sabah dalam kawalan sepenuhnya. Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Seri Tengku Adlin Zainal Abidin menyatakan pihaknya telah berbincang dengan 15 operator pelancongan di Pulau Mabul.[4] Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Luar Negeri, Dato’ Mohd. Radzi Abd. Rahman dari Kementerian Luar Negeri telah berjumpa dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, James R. Keith di Wisma Putra pada 18 Januari 2010 bagi mendapatkan maklumat dan tindakan lanjutan.[5]

Rompakan di pulau Sebangkat sunting

Pada 7 Februari 2010, seorang pengurus dan seorang penyelia syarikat pemeliharaan rumpai laut hilang dalam satu kes rompakan di Pulau Sebangkat, dekat Semporna, timur Sabah. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim mendapat laporan bahawa sekumpulan lima lelaki, dua daripada mereka bersenjatakan rifel dan seorang bersenjatakan parang, datang ke pulau berkenaan menggunakan dua bot pam kira-kira pukul 1.30 pagi ini.Wang gaji untuk 34 pekerja hilang.[6]

Penyelesaian sunting

Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah diwujudkan dalam usaha menyelesaikan masalah keselamatan ini.

Rujukan sunting