Kesusasteraan Victoria

Kesusasteraan Victoria adalah kesusasteraan yang dihasilkan pada zaman Ratu Victoria bertakhta (18371901) dan bersamaan dengan Zaman Victoria. Ia membentuk sambungan dan perantaraan antara penulis tempoh romantik dan penulisan abad ke 20 yang amat berbeza..

Charles Dickens masih merupakan penulis Inggeris yang paling dikenali sepanjang era.

Abad ke-19 melihat novel menjadi bentuk kesusteraan dalam bahasa Inggeris. Hasil karya oleh penulis pre-Victorian seperti Jane Austen dan Walter Scott telah menyempurnakan kedua-dua cerita satire masyarakat yang diikuti dengan teliti dan pengembaraan. Hasil penulisan popular membuka pasaran bagi novel dikalangan masyarakat membaca. Abad ke-19 seringkali dianggap sebagai titik puncak dalam kesusteraan British dan juga negara lain seperti Perancis, Amerika Syarikat dan Russia. Buku, dan novel terutamanya, menjadi meluas (ubiquitous), dan "penulis novel Victori" mencipta hasil kerja lagenda dengan tarikan berterusan.

Penulis novel dan penyair utama Victoria termasuk: Brontë bersaudara, (Anne, Emily dan Charlotte Brontë), Robert Browning, Elizabeth Barrett Browning, Edward Bulwer-Lytton, Lewis Carroll, Wilkie Collins, Charles Dickens, George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Gissing, Thomas Hardy, A. E. Housman, Rudyard Kipling, Robert Louis Stevenson, Bram Stoker, Philip Meadows Taylor, Lord Alfred Tennyson, William Thackeray, Anthony Trollope dan Oscar Wilde.