Kia Motors ialah sebuah pengeluar kereta dan automobil dari Korea Selatan. Slogannya adalah "Movement That Inspires".

Kia Corporation
Nama asli기아자동차 Gi-a Jadongcha
起亞自動車 Ki-a Chadongch'a
Jenis/bentuk sahSubsidiari
ISINKR7000270009 Sunting ini di Wikidata
IndustriPengeluar automobil
DitubuhkanDisember 1944; 79 tahun yang lalu (1944-12)[1]
Ibu pejabatSeoul, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatanAntarabangsa
Tokoh pentingByung Mo Ahn: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kia Motors America dan Kia Motors Manufacturing Georgia
KeluaranKenderaan
PemilikHyundai Motor Company, National Pension Service Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukHyundai Kia Automotive Group
Tapak webkia.com
Facebook: Kiaworldwideofficial Twitter: Kia Instagram: kiaturkiye Youtube: UCptyYDiGZ9hs1pH0AaoBTxA Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Kia ialah syarikat kereta paling lama di Korea Selatan dan diasaskan pada tahun 1944. Ia kemudiannya menghasilkan beberapa model Mazda (mempunyai lesen berbuat demikian), termasuklah Mazda Pride (berdasarkan Mazda 121) dan Avella, yang dijual di Amerika Utara dan Australasia sebagai Ford Festiva dan Ford Aspire. Nama "Kia" (기아, 起亞) bermaksud "terbit dari Asia" dalam Bahasa Korea.

Pada tahun 1993, ia memulakan operasi di Amerika Syarikat, dengan berfokus di California. Pengedar pada tahun 1994 menjual model Sephia, dan beberapa tahun kemudian jualan di AS berkembang dengan penjualan model Sportage. Kenderaan Kia dianggap kurang "menyengat" berbandig kenderaan pesaingnya. Dalam tahun terdekat ini Kia berusaha untuk memperbaiki lagi kualiti kenderaannya dan sekarang "ranking" Kia lebih tinggi daripada kenderaan keluaran syarikat pesaingnya (ratingnya hanyalah kurang sedikit daripada General Motors, Ford, Chrysler pada tahun 2004 dalam pasaran Amerika Syarikat.

Masalah yang dihadapi Kia semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997 menyebabkan ekonomi Kore Selatan juga terheret sama. Hal ini menyebabkannya ia dibeli oleh Hyundai Motor Company pada tahun 1998.

Oleh kerana banyak pencapaian yang dicapai oleh Kia selepas Hyundai mengambil alihnya, jualan Kia telah berkembang dengan drastik sekal di antara tahun 1998-2005. Pada 6 Spetember 2005, Kia mengumumkan bahawa ia akan membina kilangnya yang baru di Mississippi, AS untuk mengatasi permintaanya dalam pasaran Amerika, yang sedang meningkat. Adalah dijangkakan bahawa lebih kurang 290,000 buah kenderaan akan terjual pada tahun 2005 di Amerika Syarikat.

Subsidari sunting

Kia ialah salah satu daripada anak syarikat Hyundai Motor Group dan mempunyai empat buah subsidiri:

  • Kia Motors Europe
  • Dongfeng Yueda Kia
  • Kia Motors America
  • Asia Motors, Ltd
  • Kia Motor India

Model sunting

Kereta penumpang sunting

Model terkini:

  • Carens (1999-kini)
  • Carnival (1998-kini)
  • Ceed (2006-kini, hanya dijual di Eropah)
  • Cerato/Forte/K3 (2008-kini)
  • EV6 (2021-kini, sebagai kenderaan elektrik)
  • EV9 (2023-kini, sebagai kenderaan elektrik)
  • K5/Optima (2000-kini)
  • K8 (2021-kini, hanya dijual di Korea Selatan)
  • K9 (2012-kini)
  • Mohave (2008-kini)
  • Niro (2016-kini)
  • Pegas/Soluto (2017-kini)
  • Picanto/Morning (2004-kini)
  • Ray (2011-kini, hanya dijual di Korea Selatan)
  • Rio (1999-kini)
  • Seltos (2019-kini)
  • Sonet (2020-kini)
  • Sorento (2002-kini)
  • Soul (2008-kini)
  • Sportage (1993-kini, versi pasaran China diperkenalkan pada tahun 2005 hingga kini)
  • Stonic (2017-kini)
  • Telluride (2019-kini)


Model terdahulu:

  • Avella (1994-1999)
  • Brisa (1974-1981)
  • Combi (2000-2002)
  • Concord/Capital (1997-2014)
  • Credos (1996-2000)
  • Enterprise (1998-2002)
  • Elan (1996-1999)
  • Joice (1999-2003)
  • K4 (2014-2020)
  • KX5
  • K7/Cadenza (2009-2021)
  • KX7 (2016-2021)
  • Opirus/Amanti (2002-2011)
  • Potentia (1992-2001)
  • Pregio (1995-2006)
  • Pride (1986-2011)
  • Qianlima (2003-2006)
  • Retona (1998-2003)
  • Rondo (2006-2022)
  • Sephia (1992-2003)
  • Stinger (2017-2023)
  • Spectra (2000-2009)
  • Venga (2009-2017)
  • Visto (2000-2004)

Kenderan komersial sunting

  • Granbird (1994-kini, sebagai bas)
  • Bongo (1981-kini, sebagai lori cabover)

Kereta konsep sunting

  • Cub
  • GT
  • Haba
  • Imagine
  • KCV III
  • KCV-4 Mojave
  • KED-10
  • Kee
  • KND-4
  • KND-7
  • KV7
  • KOUP
  • Kue
  • Multi S
  • Naimo
  • Niro
  • Pop
  • Provo
  • Rondo SX
  • Rondo Taxi
  • Slice
  • Sonet
  • SP Concept
  • SP Signature
  • Telluride
  • EV9

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Kia History". kia.com. Dicapai pada July 15, 2016.

Pautan luar sunting