Kieu Chinh (ejaan Vietnam: Kiều Chinh, nama sebenar Nguyễn Thị Chinh, lahir 1939 di Vietnam) merupakan pelakon wanita Vietname Amerika yang terkenal bagi peranannya dalam filem The Joy Luck Club.

Kiều Chinh
Kelahiran
Nguyễn Thị Chinh

1937 (umur 86–87)[1]
KerakyatanVietnam Selatan
United States
Pekerjaanpelakon, juru cakap, dermawan, kemanusiaan
PasanganNguyễn Năng Tế (1955–1981)
3 anak [2]

Kerjaya sunting

Kieu Chinh memulakan kerjaya lakonanya di negara asalnya Vietnam, bermula dengan peranan utama dalam Hoi Chuong Thien Mu (Loceng Kuil Thien Mu) (1957). Kieu Chinh menjadi salah seorang personaliti Vietnam yang dikenal ramai.

Pada tahun 1960-an, tambahan pada filem Vietnam, dia turut muncul dalam beberapa filem keluaran Amerika Syarikat termasuk A Yank in Viet-Nam (1964) dan Operation C.I.A. (1965), yang berikutnya bersama pelakon Burt Reynolds. Kieu Chinh turut menghasilkan epik perang Nguoi Tinh Khong Chan Dung (Kekasih Tak Berwajah) (1970), yang kemudian di remastered dan ditayangkan di Amerika Syarikat pada Festival Filem Vietnam Antarabangsa 2003.

Pada tahun 1975, ketika Kieu Chinh di set perfileman di Singapura, komunis Vietnam Utara [[kejatuhan Saigon|menawan Saigon. Kieu Chinh pergi ke Amerika Syarikat di mana dia meneruskan kerjaya lakonannya pada tahun 1977 episod (nombor 607) bagi M*A*S*H yang ditulis oleh Alan Alda dan secara kasar berdasarkan kisah hidupnya.

Kieu Chinh kemudiannya berlakon dalam filem feature termasuk filem-TV termasuk The Children of An Lac (TV), Hamburger Hill (1987), Riot (1997), Catfish in Black Bean Sauce (1999), Face (2002).


Rujukan sunting

Pautan luar sunting