Kijal ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Kemaman, di bahagian selatan Terengganu, Malaysia. Menurut sejarah lisan orang tua-tua, nama Kijal berasal daripada sepohon pokok yang dipanggil Pokok Kijal yang tumbuh di atas Bukit Kijal. Walau bagaimanapun, pokok tersebut telah pupus kini.kijal mengikut kajian dijumpai oleh adib gengster

Kijal
Keluasan
 • Jumlah500 km2 (200 batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah52,000

Bandar Baru Kijal sunting

Bandar Baru Kijal merupakan sebuah projek yang dibina di pedalaman oleh Dato Seri Ahmad Bin Said yang memimpin Terengganu sebelum ini (sebelum Ahmad Razif mengambil alih). Pembinaan Bandar Baru Kijal termasuklah pembinaan pasaraya Giant yang menjadi tarikan utama penduduk Kijal yang sebelum ini sukar untuk membeli barang keperluan. Selain pasaraya Giant, pembinaan beberapa kedai lain juga turut dilakuka.

Kijal Mall sunting

Kampung Penunjuk Kijal sunting

Kampung Penunjuk Kijal atau Kg. Penunjuk merupakan sebuah kampung yang terletak di tengah-tengah diantara Kampung Darat, Kampung Tengah dan Kampung Ibai. Kampung ini mempunyai sebuah Tangki simpanan air yang tertinggi di antara kampung-kampung terdapat di pendalaman Kijal. Jumlah penduduk kampung ini dianggarkan berjumlah 277 orang.

Kompleks tekstil sunting

Persatuan Industri Tekstil China (PITC) bersetuju melabur RM500 juta bagi membina kompleks tekstil di Bandar Baru Kijal, Terengganu. PITC akan mengeksport barangan tekstil terus dari China ke kompleks itu melalui Pelabuhan Teluk Kalong. Perjanjian persefahaman (MoU) antara PITC dan Majlis perbandaran Kemaman (MPK) bagi pelaksanaan projek itu dimeterai di Chukai, Terengganu. PITC berminat melabur di Bandar Baru Kijal berikutan pelbagai kemudahan asas yang disediakan di kawasan itu oleh kerajaan negeri bagi kemudahan pelabur. Pelaburan kerajaan negeri dengan kerjasama PITC dijangka mampu mendatangkan keuntungan untuk jangka panjang dalam industri tekstil.

Dengan adanya kompleks tekstil ini, ia akan memberi kemudahan kepada peniaga dan penduduk di Pantai Timur khususnya mendapatkan pelbagai bahan berasaskan tekstil yang bermutu. Ini adalah projek jangka panjang yang akan memberi keuntungan kepada peniaga tekstil. Kompleks tekstil yang akan dibina itu nanti bakal menjadi hab tekstil yang pertama seumpamanya di Pantai Timur. Penduduk Pantai Timur dan peniaga tekstil tidak perlu lagi pergi ke Nilai, Negeri Sembilan bagi mendapatkan barangan berasaskan tekstil serta kain yang bermutu kerana semuanya a

Awana Kijal sunting

Kumpulan Genting telah membina sebuah tempat peranginan yang sangat besar dan mewah iaitu Awana Kijal Golf dan Beach Resort berhampiran kawasan bandar Kijal. Hotel Awana Kijal terletak diatas tanah yang berkeluasan 800 ekar dan berada hampir dengan pantai. Awana Kijal telah menyediakan sebuah spa yang menghadap ke pantai dengan bertemakan Jawa tradisional. Selain itu, hotel ini mempunyai sebuah padang golf yang sangat besar dan mempunyai 18 buah lubang untuk menjadi salah satu cabaran kepada pelancong yang datang menginap disini. Dalam pada itu, kemudahan yang ada sangat memuaskan seperti bilik yang luas dan selesa disamping pemandangan yang cantik. Kijal terkenal dengan pantainya yang indah iaitu Pantai Penunjuk Kijal.

Lemang Kijal sunting

Satu tempat di Kemaman yang tidak perlu diperkenalkan adalah Gerai Lemang Kemaman atau Gerai Lemang Kijal.

Pautan luar sunting