Kilat bebola atau petir bola adalah satu fenomena keelektrikan atmosfera yang masih belum dapat difahami sepenuhnya. Istilah ini merujuk kepada laporan objek yang biasanya berbentuk bulat dan berkilau, yang mempunyai saiz yang pelbagai iaitu daripada sebesar kacang polong sehingga yang mempunyai garis pusat beberapa meter. Hal ini kadang-kadang dikaitkan dengan ribut petir, tetapi berlangsung jauh lebih lama daripada pancaran sekelip mata kilat.

Gambaran suatu kilat bebola semula jadi, diambil pada 1987 oleh seorang mahasiswa di Nagano, Jepun
Gambaran kilat bebola pada 1901

Uji kaji makmal telah menghasilkan kesan yang mirip, yang mana sekilas pandang menyerupai petir bola, tetapi masih tidak diketahui sama ada perkara ini sebenarnya berkaitan dengan sebarang fenomena yang berlaku secara semula jadi. Data saintifik kilat bebola semula jadi sukar didapati disebabkan kekerapan yang kurang dan di luar jangkaan. Anggapan akan kewujudannya dibuat berdasarkan laporan orang awam, dan kerana itu menghasilkan penemuan yang tidak konsisten. Disebabkan ketidak konsistenan ini dan kekurangan data yang boleh dipercayai, hakikat kilat bebola masih belum diketahui.[1] Ciri optik dan spektrum kilat bebola pertama kali diterbitkan pada Januari 2014.[2]

Ciri sunting

Penggambaran kilat bebola berbeza-beza. Ia telah digambarkan sebagai bergerak ke atas dan bawah, ke samping ataupun mengikut trajektori tak terduga, mengapung dan bergerak dengan atau menentang angin; tertarik, [3] tidak terpengaruh oleh, ataupun tertolak daripada bangunan, orang, kereta dan objek lain. Beberapa kisah menggambarkannya sebagai bergerak melalui jisim pejal kayu atau logam tanpa kesan, sementara yang lain memerikannya sebagai memusnah dan melakur atau membakar bahan tersebut. Penampilannya juga telah dikaitkan dengan kabel elektrik[4] dan juga ketika badai dan juga cuaca tenang. Kilat bebola telah digambarkan sebagai lut sinar, lut cahaya, warna-warni, menyala rata, memancarkan api, filamen atau percikan api, dengan bentuk-bentuk yang pelbagai antara bola, bujur, titisan air mata, batang atau cakera.

Bebola ini telah dilaporkan memencar dengan berbagai cara, seperti tiba-tiba menghilang, menghilang secara berperingkat, diserap ke dalam objek, "meletus", meletup kuat, atau bahkan meletup dengan kuasa, yang kadang-kadang dilaporkan sebagai merosakkan. Kisah juga berbeza akan bahayanya bagi manusia, daripada membawa maut kepada tidak merbahaya.

Pengukuran langsung kilat bebola semula jadi sunting

Pada Januari 2014, ahli sains daripada Universiti Normal Barat Laut di Lanzhou, China, menerbitkan keputusan analisis rakaman yang dibuat pada pada Julai 2012 mengenai spektrum optik yang disangka sebagai kilat bebola semula jadi semasa mengkaji kilat awan–tanah biasa.[2][5] Dari jarak sejauh 900 m (3,000 ka), sejumlah 1.64 saat video kelajuan-tinggi kilat bebola dan spektrumnya dirakam, daripada pembentukan kilat bebola selepas kilat biasa memancar ke tanah, sehingga reputan optik fenomena itu. Garis pancaran atom neutral silikon, kalsium, besi, nitrogen dan oksigen dikesan berbanding dengan garis pancaran kebanyakannya ion nitrogen dalam kilat utama. Ayunan dalam keamatan cahaya dan pancaran oksigen dan nitrogen pada frekuensi 100 Hz, disebabkan oleh medan elektrik talian penghantaran kuasa voltan-tinggi 50 Hz berhampiran, dapat diperhatikan. Daripada spektrumnya, suhu kilat bebola ditaksir sebagai lebih rendah daripada suhu kilat utama (<15,000–30,000 K). Data yang diperhatikan sejajar dengan pengewapan tanah selain daripada kepekaan kilat bebola terhadap medan elektrik.[2][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Anna Salleh (2008-03-20) ABC.net.edu: Ball lightning bamboozles physicist
  2. ^ a b c Cen, Jianyong; Yuan, Ping; Xue, Simin (17 Januari 2014). "Observation of the Optical and Spectral Characteristics of Ball Lightning". Physical Review Letters. American Physical Society. 112 (035001). Dicapai pada 19 Januari 2014.
  3. ^ "BL_Info_10". Ernmphotography.com. Dicapai pada 13 Julai 2009.
  4. ^ "Unusual Phenomea Reports: Ball Lightning". Amasci.com. Dicapai pada 13 Julai 2009.
  5. ^ a b Ball, Philip (17 Januari 2014). "Focus: First Spectrum of Ball Lightning". Focus. American Physical Society. doi:10.1103/Physics.7.5. Dicapai pada 19 Januaru 2014. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Bacaan lanjut sunting

  • Barry, James Dale (1980). Ball Lightning and Bead Lightning. New York: Plenum Press.
  • Cade, Cecil Maxwell (1969). The Taming of the Thunderbolts. New York: Abelard-Schuman Limited. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Coleman, Peter F. (2004). Great Balls of Fire—A Unified Theory of Ball Lightning, UFOs, Tunguska and other Anomalous Lights. Christchurch, NZ: Fireshine Press.
  • Coleman, P.F. 2006, J.Sci.Expl., Vol. 20, No.2, 215–238.
  • Golde, R. H. (1977). Lightning. Bristol: John Wright and Sons Limited.
  • Golde, R. H. (1977). Lightning Volume 1 Physics of Lightning. Academic Press.
  • Uman, Martin A. (1984). Lightning. Dover Publications.
  • Viemeister, Peter E. (1972). The Lightning Book. Cambridge: MIT Press.

Pautan luar sunting