Kima gergasi

spesies moluska

Kima gergasi, dengan nama saintifik Tridacna gigas, ialah spesies kepah dalam genus Tridacna, yang merupakan moluska dwikatup terbesar yang masih hidup. Ia sering dikelirukan dengan jenis kima lain.

Kima gergasi
Individual Tridacna gigas hidup, dengan mantel tertonjol (Terumbu Sawar Besar, Australia)
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Mollusca
Kelas: Bivalvia
Order: Cardiida
Keluarga: Cardiidae
Genus: Tridacna
Spesies:
T. gigas
Nama binomial
Tridacna gigas
Sinonim[3]

Chama gigantea Perry, 1811

Satu dari sejumlah besar jenis kerang yang merupakan spesies tempatan di terumbu karang di Lautan Pasifik dan Lautan Hindi, ia mampu mencapai berat melebihi 200 kilogram (440 paun), berukuran sehingga 1.2 meter (4 kaki) rentasan, dan memiliki jangka hayat di alam liar sehingga melebihi 100 tahun.[4]

Sungguhpun larva kerang ini bersifat seperti plankton, ia bersifat sesil apabila dewasa. Tisu cangkangnya bertindak sebagai habitat kepada alga sel tunggal simbiotik dikenali sebagai dinoflagelat (zooxantela) di mana ia mendapatkan zat. Pada hari siang, kima ini membuka cangkangnya dan mengunjurkan tisu mantelnya agar alga menerima cahaya matahari yang diperlukan bagi fotosintesis.

Sejarah dan lagenda sunting

Sebagaimana kes spesies yang besar, kima gergasi telah disalahfahami dalam sejarah. Ia pada suatu masa pernah dikenali sebagai "kerang pembunuh" atau "kerang pemakan manusia", dan buku panduan saintifik dan teknikal terkemuka pernah mendakwa bahawa moluska besar ini menyebabkan kematian; versi U.S. Navy Diving Manual turut memberikan arahan terperinci bagi membebaskan diri seseorang dari cengkamannya dengan memotong otot aduktor yang digunakan bagi menutup cangkangnya.


Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Wells, S. (1996). Tridacna gigas. The IUCN Red List of Threatened Species doi:10.2305/IUCN.UK.1996.RLTS.T22137A9362283.en
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2007. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ Bouchet, P.; Huber, M. (2013). "Tridacna gigas (Linnaeus, 1758)". World Register of Marine Species. Dicapai pada 2014-04-09.
  4. ^ "Giant Clam: Tridacna gigas". National Geographis Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-21. Dicapai pada 2007-06-02.

Pautan luar sunting

  • "Tridacna gigas". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1996. 1996. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Listed as Vulnerable (VU A2cd v2.3)