Kimi Matias Räikkönen[2] (Sebutan bahasa Finland: [ˈkimi ˈmɑtiɑs ˈræi̯kːønen]; (lahir 17 Oktober 1979), digelar "The Iceman", ialah seorang pemandu kereta lumba dari Finland. Beliau kini bertanding dalam Formula Satu untuk Lotus. Selepas bertanding dalam Formula Satu untuk sembilan musim, di mana beliau memenangi Kejuaraan Pemandu Dunia pada tahun 2007, beliau bertanding dalam Kejuaraan Rali Dunia pada tahun 2010-2011. Dahulunya, Räikkönen bertanding untuk pasukan Formula Satu Sauber, McLaren, dan Ferrari.

Kimi Räikkönen
Räikkönen pada tahun 2019
Lahir (1979-10-17) 17 Oktober 1979 (umur 44)
Espoo, Finland
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanFinland Finland
Entri353 (349 permulaan)
Kejuaraan1 (2007)
Kemenangan21
Podium103
Mata kerjaya1873
Petak pertama18
Pusingan terpantas46
Perlumbaan pertamaGrand Prix Australia 2001
Kemenangan pertamaGrand Prix Malaysia 2003
Kemenangan terakhirGrand Prix Amerika Syarikat 2018
Perlumbaan terakhirGrand Prix Abu Dhabi 2023
Kedudukan 2021Ke-16 (10 mata)

Kerjaya sunting

Kerjaya awal (sehingga tahun 2000) sunting

Raikkonen dilahirkan di Espoo. Beliau bermula dalam sukan kart pada umur sepuluh tahun. Perlumbaan pertamanya di luar negara Finland ialah di Monaco, apabila beliau berusia 15 tahun. Pada perlumbaan tersebut, sterengnya patah, tetapi beliau meneruskan perlumbaan dan memaklumkan mekaniknya dengan melambaikan stereng yang patah itu di udara. Pada tahun 1998, beliau menjadi juara dalam Kejuaraan Nordic (kart) di Varna, Norway. Pada tahun 1999, Räikkönen mendapat tempat kedua dalam kejuaraan European Formula Super A, dan juga bersaing dalam kejuaraan Formula Ford Euro Cup. Pada usia 20 tahun, beliau memenangi kejuaraan British Formula Renault pada tahun 1999, dengan memenangi empat perlumbaan pertama tahun tersebut. Pada tahun 2000, beliau memenangi tujuh daripada sepuluh acara dalam kejuaraan Formula Renault UK.

Sauber (2001) sunting

Atas dasar keputusan ini, Peter Sauber memberikan kebenaran kepada Räikkönen untuk menguji bersama pasukan Formula Satu Sauber pada bulan September 2000 di Litar Mugello.[3] Selepas menjalani ujian lanjut di Jerez dan Barcelona, Sauber menandatangani Räikkönen sebagai pemandu mereka bagi musim 2001. Walau bagaimanapun, sesetengah pengkritik (termasuk presiden FIA, Max Mosley) menyuarakan kebimbangannya atas pemberian Lesen Super kepada pemandu yang tidak berpengalaman; Raikkonen hanya berlumba dalam 23 perlumbaan kereta. Bagaimanapun, beliau diberikan lesen dan mendapat mata kejuaraan pada penampilan sulungnya di Grand Prix Australia 2001. Raikkonen tidur 30 minit sebelum perlumbaan tersebut.[4]

Prestasi Räikkönen pada tahun pertamanya dalam Formula Satu agak memuaskan. Räikkönen mendapat mata kejuaraan dalam empat perlumbaan. Dengan mendapat sembilan mata kejuaraan, Räikkönen, bersama-sama dengan rakan sepasukan, Nick Heidfeld, membantu Sauber untuk mendapat keputusan terbaik mereka dalam Kejuaraan Pengeluar, iaitu tempat keempat.

McLaren (2002-2006) sunting

2002 sunting

Räikkönen telah lama dikaitkan kepada pembekal enjin Sauber, Ferrari. Sebaliknya, pencapaian Räikkönen pada tahun 2001 telah mengagumkan pasukan McLaren yang diuruskan oleh Ron Dennis pada tahun 2002. Beliau mengambil alih tempat mentor dan rakannya, Mika Häkkinen.

 
Räikkönen di Grand Prix Amerika Syarikat pada tahun 2002.

Räikkönen mendapat podium pertamanya untuk McLaren pada perlumbaan pertama musim 2002 di Grand Prix Australia. Walaupun McLaren mengalami kegagalan enjin yang banyak pada tahun 2002, Räikkönen mendapat 24 mata dan menaiki podium sebanyak empat kali. Räikkönen hampir memenangi Grand Prix pertamanya di Perancis, namun melakukan kesilapan pada selekoh tajam Adelaide dengan baki beberapa pusingan.[5] Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kedua. Räikkönen menamatkan musim di tangga keenam, satu tempat di belakang rakan sepasukan beliau, David Coulthard, dan McLaren menamatkan musim di tangga ketiga dalam Kejuaraan Pengeluar.

Ferrari sunting

 
Räikkönen memenangi perlumbaan ketiga 2007 di Silverstone.

2007 sunting

Selepas Grand Prix Itali 2006, pasukan Ferrari mengumumkan Räikkönen telah menandatangani kontrak 3 tahun bersama Scuderia Ferrari untuk musim 2007-2009. Beliau memenangi perlumbaan pertama musim 2007 di Australia.

Dalam perlumbaan Grand Prix Malaysia 2007, Raikonen berada di tempat ke-3. Di Grand Prix Bahrain 2007, beliau di belakang pemandu McLaren, Fernando Alonso dan menduduki tempat ke-3. Di Grand Prix Sepanyol 2007 pula, Raikonen tidak dapat menamatkan perlumbaan selepas pusingan ke-10 kerana keretanya mengalami masalah elektrik. Di Grand Prix Monaco pula, Raikonen mendapat tempat ke-8. Di Grand Prix Sepanyol, beliau buat pertama kali gagal menghabiskan perlumbaan sejak menyertai Ferrari.

 
Räikkönen di Spa, dimana dia memenangi perlumbaan keempat musim tersebut.

Hanya empat perlumbaan selepas itu, Räikkönen berjaya memenangi dua lagi perlumbaan berturut-turut di Grand Prix Perancis dan Grand Prix British. Beliau gagal menghabiskan perlumbaan sekali lagi di GP Eropah. Apabila penghujung musim kian dekat, Räikkönen memenangi GP Belgium dan GP China. Ini diikuti oleh Grand Prix Brazil 2007 dramatis yang menyaksikan Räikkönen menang buat kali keenam dalam musim ini lalu meraih gelaran Kejuaraan Dunia Formula Satu musim 2007, sekaligus mengetepikan juara bertahan Alonso dan juga menghancurkan hasrat Hamilton untuk menjadi pelumba pertama untuk menjadi juara keseluruhan Formula Satu dalam musim pertamanya.

2008 sunting

Selepas perlumbaan pertama yang di Australia, beliau memenangi perlumbaan pertamanya bagi musim 2008 di Grand Prix Malaysia, di hadapan Robert Kubica dan Heikki Kovalainen. Di Bahrain, Räikkönen bermula dari tempat keempat dan menghabiskan perlumbaan di tempat kedua, di hadapan rakan sepasukan, Felipe Massa.

 
Räikkönen di Grand Prix Malaysia 2008.

Di Sepanyol, Raikkonen mendapat petak pertama yang ke-15 kerjayanya dan yang pertama dalam musim 2008. Beliau berjaya memenangi perlumbaan tersebut dan menetapkan pusingan terpantas dalam perlumbaan tersebut.

Di Grand Prix Turki, Räikkönen memulakan perlumbaan dari tempat keempat. Walaupun sayap depan keretanya rosak pada peringkat awal perlumbaan, Räikkönen masih mampu untuk menetapkan pusingan terpantas perlumbaan itu dan beliau menghabiskan perlumbaan tersebut di tempat ketiga.

 
Räikkönen memandu untuk Ferrari di Grand Prix Kanada 2008.

Räikkönen mengambil petak pertama yang ke-16 kerjayanya di Perancis, dan ia merupakan petak pertama yang ke-200 bagi Scuderia Ferrari. Räikkönen menguasai perlumbaan tersebut dengan menetapkan pusingan terpantas dan mendahului perlumbaan tersebut sehingga kegagalan ekzos mengancurkan niatnya untuk memenangi perlumbaan itu. Prestasi enjin dari keretanya menurun disebabkan kegagalan ekzoz ini. Rakan sepasukan, Felipe Massa, kemudiannya memenangi perlumbaan tersebut di hadapan Räikkönen.

Räikkönen bermula dari tempat ketiga di Grand Prix British. Perlumbaan ini diadakan dalam keadaan hujan lebat dan beliau menghabiskan perlumbaan di tempat keempat.

Di Grand Prix Jerman, Räikkönen bermula dari tempat keenam dan beliau tidak memulakan perlumbaan dengan baik. Beliau berada di tempat kelima ketika kereta keselamatan dikeluarkan selepas Timo Glock mengalami kemalangan. Rakan sepasukan, Felipe Massa berada dihadapan Räikkönen, dan hasilnya, Raikkonen terpaksa menunggu di belakang Massa apabila lorong pit dibuka. Beliau turun ke tempat ke-12, tetapi dia menamatkan perlumbaan di tempat ke-6.

Di Grand Prix Hungary, Räikkönen sekali lagi bermula di tempat ke-6. Beliau kehilangan tempat tersebut kepada Alonso pada awal perlumbaan, namun Räikkönen akhirnya menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga.

Kembali ke Formula Satu sunting

Lotus (2012–) sunting

 
Räikkönen memandu untuk Lotus di Grand Prix Malaysia 2012.

Pada minggu sebelum Grand Prix Singapura 2011, beberapa sumber berita melaporkan bahawa Räikkönen akan kembali ke Formula Satu pada musim 2012 dengan pasukan Williams F1 selepas beliau didapati berada di ibu pejabat pasukan tersebut di Grove, Oxfordshire.[6] Beberapa laporan menyatakan bahawa Räikkönen telah membuat satu perundingan awal dengan pasukan itu.[7] Walau bagaimanapun, Williams enggan mengulas mengenai laporan tersebut. Pada 29 November 2011, ia telah diumumkan bahawa Räikkönen akan kembali ke Formula Satu pada tahun 2012, dan menandatangani kontrak dua tahun bersama Lotus.[8]

2012 sunting

Räikkönen memulakan musim ini dengan mendapat tempat ke-17 pada pusingan kelayakan di Grand Prix Australia. Beliau memulakan perlumbaan tersebut dengan baik dan akhirnya beliau menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.[9] Di Grand Prix China, beliau tidak begitu cemerlang. Beliau hanya mampu menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ke-14. Namun nasibnya berubah di Grand Prix Bahrain apabila beliau mendapat tempat kedua, selepas bermula dari tempat kesebelas. Ia merupakan podium pertamanya sejak beliau kembali ke Formula Satu. Tiga minggu kemudian, Räikkönen mendapat tempat ketiga di Grand Prix Sepanyol, selepas bermula di tempat kelima, namun beliau dinaikkan kedudukan ke tempat keempat selepas Lewis Hamilton diberikan penalti selepas pusingan kelayakan. Di Grand Prix Eropah, beliau mendapat tempat kedua, di belakang Fernando Alonso. Di Grand Prix British, beliau mendapat tempat kelima, selepas bermula dari tempat keenam. Di Jerman, beliau mendapat tempat ketiga, manakala di Hungary, beliau bersaing bersama rakan sepasukan, Romain Grosjean, dan berjaya mendapat tempat kedua.

 
Räikkönen di Grand Prix Jerman.
 
Räikkönen di Grand Prix Amerika Syarikat.

Pada perlumbaan seterusnya di Belgium, Räikkönen mendapat podium keenamnya dengan mendapat tempat ketiga. Seminggu kemudian di Grand Prix Itali di Monza, Räikkönen bermula di tempat ketujuh dan menamatkan perlumbaan di tempat kelima. Di Grand Prix Singapura, Räikkönen hanya mampu mendapat tempat ke-12 pada pusingan kelayakan kerana Lotus E20 beliau tidak dapat menandingi tiga pasukan teratas dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat keenam. Di Grand Prix Jepun 2012, Räikkönen mendapat tempat kelapan pada pusingan kelayakan selepas berpusing pada Q3. Beliau mendapat tempat keenam dalam perlumbaan tersebut selepas dipotong oleh Lewis Hamilton selepas Lewis keluar daripada lorong pit. Di Grand Prix Korea, beliau bermula dan menamatkan perlumbaan di tempat keenam. Di Grand Prix India, Räikkönen melayakkan diri di tempat ketujuh. Beliau tidak dapat memperbaiki kedudukannya dan menamatkan perlumbaan di tempat yang sama kerana keretanya tidak mempunyai kelajuan yang tinggi di jalan yang lurus. Selepas perlumbaan ini, Räikkönen melanjutkan kontraknya bersama Lotus, dan akan kekal bersama mereka sehingga akhir musim 2013. Pada 4 November 2012, Räikkönen memenangi perlumbaan pertama untuk Lotus F1 di Grand Prix Abu Dhabi selepas bermula dengan baik. Beliau memintas kedua-dua Pastor Maldonado dan Mark Webber pada selekoh pertama. Walaupun beliau tidak dapat menyamai kelajuan Hamilton, isu mekanikal menyebabkan Hamilton bersara dan Räikkönen memenangi perlumbaan tersebut. Di Brazil, iaitu perlumbaan terakhir dalam kalendar Formula Satu musim 2013, Räikkönen bermula dari tempat kesembilan dan menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh. Räikkönen menamatkan musim di tangga ketiga dalam kedudukan Kejuaraan Pemandu Dunia.

2013 sunting

Pada 29 Oktober 2012, pasukan Lotus F1 mengesahkan bahawa Räikkönen akan terus berlumba untuk mereka bagi musim 2013. Pada 17 Mac, beliau memenangi perlumbaan pertama musim di Australia, meskipun memulakan perlumbaan dari tempat ketujuh, selepas hanya perlu melakukan dua perhentian pit.

Di Grand Prix Malaysia, Räikkönen berjaya memasuki Q3 dan mendapat tempat ketujuh, namun diberikan penalti kerana menghalang Nico Rosberg dan menyebabkan Räikkönen bermula dari tempat kesepuluh.[10] [11] Beliau akhirnya menamatkan perlumbaan ini di tempat ketujuh, di belakang rakan sepasukannya yang mendapat tempat keenam, Romain Grosjean. Räikkönen melayakkan diri di tempat ketujuh di Malaysia, namun diturunkan tiga-petak kedudukan kerana menghalang Nico Rosberg pada sesi kelayakan.[12] Beliau menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, di belakang rakan sepasukan, Grosjean.[13] Di Grand Prix China, beliau mendapat tempat kedua, walaupun jatuh dua tempat pada petak permulaan dan mengalami kerosakan pada keretanya semasa bersaing bersama Sergio Pérez.

Alfa Romeo Racing (2019–2021) sunting

2021 sunting
 
Räikkönen di Grand Prix Austria 2021

Räikkönen meneruskan dengan Alfa Romeo pada 2021 bersama Giovinazzi.[14] Dia diuji positif untuk COVID-19 pada hujung minggu Grand Prix Belanda dan digantikan oleh pemandu simpanan Robert Kubica di Belanda dan Grand Prix Itali.[15] Räikkönen mengumumkan dia akan bersara pada penghujung musim sebelum Grand Prix Belanda.[16]

Rekod perlumbaan sunting

Ringkasan kerjaya sunting

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan Petak
Pertama
Pusingan
Terpantas
Podium Mata Kedudukan
1999 European Formula Ford ? 2 ? ? ? ? ? Ke-5
Formula Ford Festival Continental Racing Van Diemen 1 0 0 ? ? N/A NC
Formula Renault 2000 UK Winter Championship Manor Motorsport 4 4 4 ? ? 40 Pertama
Formula Renault 2000 UK Haywood Racing 4 0 0 ? ? ? ?
2000 Formula Renault 2000 Eurocup ? 2 2 2 ? ? 62 Ke-7
Formula Renault 2000 UK Manor Motorsport 10 7 6 ? ? 316 Pertama
2001 Formula Satu Red Bull Sauber Petronas 17 0 0 0 0 9 Ke-10
2002 Formula Satu West McLaren Mercedes 17 0 0 1 4 24 Ke-6
2003 Formula Satu West McLaren Mercedes 16 1 2 3 10 91 Ke-2
2004 Formula Satu West McLaren Mercedes 18 1 1 2 4 45 Ke-7
2005 Formula Satu West McLaren Mercedes 19 7 5 10 12 112 Ke-2
2006 Formula Satu Team McLaren Mercedes 18 0 3 3 6 65 Ke-5
2007 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 17 6 3 6 12 110 Pertama
2008 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 18 2 2 10 9 75 Ke-3
2009 Formula Satu Scuderia Ferrari Marlboro 17 1 0 0 5 48 Ke-6
World Rally Championship Tommi Mäkinen Racing 1 0 - - 0 0 NC
2010 World Rally Championship Citroën Junior Team 11 0 - - 0 25 Ke-10
2011 World Rally Championship Ice 1 Racing 9 0 - - 0 34 Ke-10
NASCAR Camping World Truck Series Vision Aviation Racing 1 0 0 0 0 N/A NC
NASCAR Nationwide Series NEMCO Motorsports 1 0 0 0 0 N/A NC
2012 Formula Satu Lotus F1 Team 20 1 0 2 7 207 Ke-3
2013 Formula Satu Lotus F1 Team 17 1 0 2 8 183 Ke-5
2014 Formula Satu Scuderia Ferrari 19 0 0 1 0 55 ke-12
2015 Formula Satu Scuderia Ferrari 19 0 0 2 3 150 ke-4
2016 Formula Satu Scuderia Ferrari 21 0 0 1 4 186 ke-6
2017 Formula Satu Scuderia Ferrari 20 0 1 2 7 205 ke-4
2018 Formula Satu Scuderia Ferrari 21 1 1 1 12 251 ke-3
2019 Formula Satu Alfa Romeo Racing 21 0 0 0 0 43 ke-12
2020 Formula Satu Alfa Romeo Racing Orlen 17 0 0 0 0 4 ke-16
2021 Formula Satu Alfa Romeo Racing Orlen 21 0 0 0 0 10 ke-16

Keputusan lengkap Formula Satu sunting

(kunci)

Tebal — Petak pertama
Condong — Pusingan terpantas

Entri Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 WDC Mata
2001 Red Bull Sauber Petronas Sauber C20 Petronas 01A 3.0 V10 AUS
6
MAL
Ret
BRA
Ret
SMR
Ret
ESP
8
AUT
4
MON
10
CAN
4
EUR
10
FRA
7
GBR
5
GER
Ret
HUN
7
BEL
Ret
ITA
7
USA
Ret
JPN
Ret
Ke-10 9
2002 West McLaren Mercedes McLaren MP4-17 Mercedes FO 110M 3.0 V10 AUS
3
MAL
Ret
BRA
12
SMR
Ret
ESP
Ret
AUT
Ret
MON
Ret
CAN
4
EUR
3
GBR
Ret
FRA
2
GER
Ret
HUN
4
BEL
Ret
ITA
Ret
USA
Ret
JPN
3
Ke-6 24
2003 West McLaren Mercedes McLaren MP4-17D Mercedes FO 110M/P 3.0 V10 AUS
3
MAL
1
BRA
2
SMR
2
ESP
Ret
AUT
2
MON
2
CAN
6
EUR
Ret
FRA
4
GBR
3
GER
Ret
HUN
2
ITA
4
USA
2
JPN
2
Ke-2 91
2004 West McLaren Mercedes McLaren MP4-19 Mercedes FO 110Q 3.0 V10 AUS
Ret
MAL
Ret
BHR
Ret
SMR
8
ESP
11
MON
Ret
EUR
Ret
CAN
5
USA
6
Ke-7 45
McLaren MP4-19B FRA
7
GBR
2
GER
Ret
HUN
Ret
BEL
1
ITA
Ret
CHN
3
JPN
6
BRA
2
2005 West McLaren Mercedes McLaren MP4-20 Mercedes FO 110R 3.0 V10 AUS
8
MAL
9
BHR
3
SMR
Ret
ESP
1
MON
1
EUR
11
CAN
1
USA
DNS
FRA
2
GBR
3
GER
Ret
HUN
1
TUR
1
ITA
4
BEL
1
BRA
2
JPN
1
CHN
2
Ke-2 112
2006 Team McLaren Mercedes Vodafone McLaren MP4-21 Mercedes FO 108S 2.4 V8 BHR
3
MAL
Ret
AUS
2
SMR
5
EUR
4
ESP
5
MON
Ret
GBR
3
CAN
3
USA
Ret
FRA
5
GER
3
HUN
Ret
TUR
Ret
ITA
2
CHN
Ret
JPN
5
BRA
5
Ke-5 65
2007 Scuderia Ferrari
Marlboro
Ferrari F2007 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
1
MAL
3
BHR
3
ESP
Ret
MON
8
CAN
5
USA
4
FRA
1
GBR
1
EUR
Ret
HUN
2
TUR
2
ITA
3
BEL
1
JPN
3
CHN
1
BRA
1
Pertama 110
2008 Scuderia Ferrari
Marlboro
Scuderia Ferrari F2008 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
8†
MAL
1
BHR
2
ESP
1
TUR
3
MON
9
CAN
Ret
FRA
2
GBR
4
GER
6
HUN
3
EUR
Ret
BEL
18
ITA
9
SIN
15
JPN
3
CHN
3
BRA
3
Ke-3 75
2009 Scuderia Ferrari
Marlboro
Ferrari F60 Ferrari 056 2.4 V8 AUS
15
MAL
14
CHN
10
BHR
6
ESP
Ret
MON
3
TUR
9
GBR
8
GER
Ret
HUN
2
EUR
3
BEL
1
ITA
3
SIN
10
JPN
4
BRA
6
ABU
12
Ke-6 48
2012 Lotus F1 Team Lotus E20 Renault RS27-2012 2.4 V8 AUS
7
MAL
5
CHN
14
BHR
2
ESP
3
MON
9
CAN
8
EUR
2
GBR
5
GER
3
HUN
2
BEL
3
ITA
5
SIN
6
JPN
6
KOR
5
IND
7
ABU
1
USA
6
BRA
10
Ke-3 207
2013 Lotus F1 Team Lotus E21 Renault RS27-2013 V8 AUS
1
MAL
7
CHN
2
BHR
2
ESP
MON
CAN
GBR
GER
HUN
BEL
ITA
SIN
JPN
KOR
IND
ABU
USA
BRA
Ke-2* 67*
2021 Alfa Romeo Racing Orlen Alfa Romeo Racing C41 Ferrari 065/6 1.6 V6 t BHR
11
EMI
13
POR
Ret
ESP
12
MON
11
AZE
10
FRA
17
STY
11
AUT
15
GBR
15
HUN
10
BEL
18
NED
WD
ITA RUS
8
TUR
12
USA
13
MXC
8
SAP
12
QAT
14
SAU
15
ABU
Ret
ke-16 10

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap WRC sunting

Tahun Kemasukan Kereta 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 WDC Mata
2009 Tommi Mäkinen Racing Fiat Grande Punto S2000 IRE NOR CYP POR ARG ITA GRC POL FIN
Ret
AUS ESP GBR NC 0
2010 Citroën Junior Team Citroën C4 WRC SWE
29
MEX
Ret
JOR
8
TUR
5
NZL POR
10
BUL
11
FIN
25
DEU
7
JPN
Ret
FRA
Ret
ESP
DNS
GBR
8
Ke-10 25
2011 ICE 1 Racing Citroën DS3 WRC SWE
8
MEX POR
7
JOR
6
ITA ARG GRE
7
FIN
9
DEU
6
AUS
WD
FRA
Ret
ESP
Ret
GBR
Ret
Ke-10 34

Rujukan sunting

  1. ^ "Alfa Romeo to retain Raikkonen and Giovinazzi in unchanged 2021 driver line-up". Formula1.com. 30 October 2020. Dicapai pada 30 October 2020.
  2. ^ Stubin, Teemu (2 June 2016). "Kimi Räikkönen hauskuutti tietovisassa: "Hei, hei, tuo on veljeni!"". Iltalehti (dalam bahasa Finland). Dicapai pada 4 February 2017. Croft julisti "Matias"-vastauksen oikeaksi, mutta Räikkönen kiiruhti korjaamaan - hänen etunimensä kun on oikeasti Kimi-Matias.
  3. ^ Tremayne, David. "Cool as Ice: Kimi Raikkonen". Formula One Magazine (official). Disember 2003. Muka surat 63.
  4. ^ Maurice Hamilton (9 Mac2008). "Hamilton, Maurice – "No fuss, just fast". The Guardian 2008-03-09". The Guardian. London. Dicapai pada 25 Disember 2012. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ Tremayne, David. "Cool as Ice: Kimi Raikkonen". Formula One Magazine (official). Disember 2003. Muka surat 58.
  6. ^ Benson, Andrew (22 September 2011). "Kimi Raikkonen untuk kembali ke F1 bersama Williams". BBC News. Dicapai pada 5 November 2011.
  7. ^ "Raikkonen bersemangat untuk kembali ke F1 bersama Williams- James Allen tentang F1 – Laman sesawang rasmi". Jamesallenonf1.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-11-07. Dicapai pada 5 November 2011.
  8. ^ "Raikkonen akan kembali Formula 1". BBC News. 29 November 2011.
  9. ^ Strang, Simon (18 Mac 2012). "Raikkonen mengatakan kesilapan pada pusingan kelayakan merosakkan peluangnya untuk berlumba di hadapan". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 18 Mac 2012.
  10. ^ http://www.formula1.com/results/season/2013/894/7196/
  11. ^ http://www.formula1.com/news/headlines/2013/3/14399.html
  12. ^ "Raikkonen handed three-place grid penalty for impeding". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 23 Mac 2013. Dicapai pada 31 Mac 2013.
  13. ^ "Malaysia: selected team and driver quotes". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 24 Mac 2013. Dicapai pada 30 Mac 2013.
  14. ^ "Alfa Romeo to retain Raikkonen and Giovinazzi in unchanged 2021 driver line-up: Formula 1". Formula1.com. 30 October 2020. Dicapai pada 30 October 2020.
  15. ^ "Raikkonen ruled out of Italian Grand Prix, with Kubica set to deputise again for Alfa Romeo". Formula1. 8 September 2021. Dicapai pada 9 September 2021.
  16. ^ Smith, Luke (1 September 2021). "Kimi Raikkonen to retire from Formula 1 at end of 2021 season". Autosport. Dicapai pada 1 September 2021.

Pautan luar sunting