Pengenalan sunting

Kinarut
 
Deretan Kedai lama Kinarut
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
BahagianPantai Barat
Zon waktuMalaysian Standard Time

Kinarut adalah sebuah pekan yang terletak di dalam daerah Papar di luar ibu negeri Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Lokasinya kira-kira 20 kilometer ke selatan Kota Kinabalu, ia juga merupakan salah satu perhentian / stesen bagi Jabatan Kereta Api Negeri Sabah. Antara tempat tarikan pelancong yang terdapat di Kinarut adalah Pusat Menunggang Kuda Kindawan, Pulau Dinawan dan Pusat Hidupan Liar Lok Kawi. Penduduk asal Kinarut adalah Sino-Kadazan, Kadazan, Brunei dan Bajau.

 
Rumah Besar kinarut merupakan daya tarikan utama di Kinarut

Etimologi sunting

Terdapat dua teori yang wujud dalam merujuk asal-usul dalam perkembangan etimologi bagi nama daerah "Kinarut". Teori yang pertama merujuk Kinarut sebagai sebuah pekan yang dikenali sebagai "China Road"[1]. Selain itu, terdapat juga teori bagi nama pekan Kinarut ini yang dahulunya berasal daripada perkataan Dusun iaitu "Kinorut".

Sejarah sunting

Kinarut pada asalnya berada di bawah tampuj pemerintahan Sultan Brunei. Di penghujung abad ke-17. Sultan Abdul Hakkul Mubin berundur daripada Pulau Chermin ketika berlakunya Perang Saudara Brunei. Sultan Abdul Hakkul Mubin telah membina kubu di Kinarut kerana lokasinya yang strategik di antara dua sungai [2]. Sultan Abdul Hakikul Mubin kekal berada di Kinarut selama 10 tahun dan menjadi Sultan Kinarut. Keadaan ini membawa kepada penurunan dalam aktiviti perlanunan secara signifikan dengan bantuan masyarakat Bajau dan Dusun. Bantuan daripada masyarakat tersebut berjaya untuk menyerang balas serangan daripada Sultan Muhyiddin [2].

Demografi sunting

Statisktik Bancian penduduk pada tahun 2010 menganggarkan jumlah penduduk Kinarut seramai 18 029 orang. Penduduk di Kinarut kebanyakannya terdiri daripada Bajau, Melayu Brunei. Kadazan dan Cina (Hakka) [3]. Terdapat juga penempatan pelarian Filipina yang terletak di Kinarut yang sering dikaitkan dengan ketegangan etnik di kalangan penduduk tempatan.


Koordinat: 5°49′N 116°03′E / 5.817°N 116.050°E / 5.817; 116.050


Rujukan sunting

  1. ^ Sokial, Richard Nelson (2012). Colonial Townships in Sabah: West Coast. Homeland Publisher Sdn Bhd. ISBN 978-983-40734-4-2.
  2. ^ a b Persatuan Sejarah Malaysia (1956). Malaysia in History. Malaysian Historical Society.
  3. ^ "Population Distribution by Local Authority Areas and Mukims, 2010 (Census 2010)" (PDF). 2013.