King's Field II merupakan judul kedua dalam siri permainan video berperanan King's Field. Seperti pendahulu dan penggantinya, judul ini dimainkan melalui pandangan orang pertama, berlatarkan sebuah dunia bermisteri dan fantasi purba.

King's Field II
Kulit hadapan untuk keluaran King's Field II di Amerika.
PembangunFrom Software
Penerbit
  • JP: From Software
PerekaNaotoshi Zin (penerbit eksekutif)
SiriKing's Field
PlatformPlayStation
Pelepasan
  • JP: 21 Julai, 1995
  • NA: 15 Februari, 1996
  • EU: Disember, 1996
GenrePermainan video berperanan konsol
ModSeorang pemain

King's Field II dibangunkan dan direka oleh From Software, sebuah syarikat permainan video Jepun, dan dikeluarkan pada 21 Julai, 1995 di Jepun, dan 31 Disember, 2995 di Amerika Syarikat.[1][2] Disebabkan judul King's Field yang pertama tidak pernah diterbitkan diluar Jepun, King's Field II seringkali dirujuk sebagai King's Field di Amerika. Judul ini hanya dikeluarkan untuk konsol PlayStation sahaja.

Sinopsis sunting

Latar tempat King's Field ialah sebuah pulau di Melanat. Para pemain mengawal watak Prince Alexander, yang telah menyahut cabaran, sebagai salah satu daripada rakan rapat raja Verdite, untuk mengambil semula pedang suci yang dikenali sebagai Moonlight Sword, dan mengembalikannya kpada King Alfred di kerajaan Verdite. Alexander menjumpai dirinya di persisiran laut Melanat, sebagai satu-satu manusia yang terselamat daripada kapal yang tenggelam di lautan Melanat. Untuk mencari Moonlight Sword, Alexander harus menjejak melepasi rahsia dan misteri yang menyelubungi pulau Melanat.

Rujukan sunting

  1. ^ From Software - Wikipedia
  2. ^ "Senarai produk Agetec". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-07. Dicapai pada 2010-08-23.

Pautan luar sunting