Kitab Yunus adalah kitab kelima dalam kumpulan kitab yang disebut kitab "Nabi-nabi Kecil" dalam Perjanjian Lama. Kitab ini berbeza dengan kitab-kitab nabi yang lain kerana kitab ini tidak berisi ucapan-ucapan si nabi kepada Bani Israel, melainkan menceritakan pengalaman Nabi Yunus, ketika baginda cuba menghindari perintah Tuhan.

Dalam bahasa Ibrani, Yunus disebut Yonah yang bererti “merpati”. Tokoh Yunus sendiri didasarkan pada tokoh yang tak begitu dikenali, yang hidup pada masa pemerintahan Yerobeam II (786-746 SM). Dalam Perjanjian Lama, Yunus bin Amittai hanya disebutkan di luar kitab Yunus sendiri yakni dalam II Raja-raja 14:25. (Untuk maklumat lebih jauh tentang tokoh ini sendiri, lihat rencana Yunus). Kitab ini sendiri kemungkinan ditulis pada masa pasca-pembuangan (setelah 530 SM) dan didasarkan pada tradisi lisan yang telah diturunkan sejak abad ke-8 SM. Yunus dianggap sebagai salah seorang nabi kecil, kerana buku aslinya ditulis bersama-sama dengan kitab-kitab kenabian lainnya yang lebih kecil dalam sebuah golongan sahaja (yang juga dikenali sebagai Kitab yang duabelas).

Sebagai bahagian dari Perjanjian Lama, kitab ini terdapat dalam Tanakh Yahudi dan Alkitab Kristian. Kisahnya mempunyai sejarah penafsiran yang menarik (lihat bawah) dan telah menjadi cerita termasyhur melalui cerita-cerita popular kanak-kanak. Dalam Agama Yahudi kitab ini adalah Haftarah untuk dibaca pada waktu sore ketika perayaan Yom Kippur kerana kisahnya sendiri menceritakan kesediaan Allah untuk mengampuni mereka yang bertaubat.

Garis besar Kitab Yunus sunting

Kitab Yunus pada intinya adalah sebuah cerita tentang sifat Allah. Kerana itu, kitab ini dapat dibahagikan menjadi empat bahagian, masing-masing dipisahkan menurut fasalnya: (1) Kedaulatan Allah, (2) Pembebasan Allah, (3) Belas kasih Allah, dan (4) Kebenaran Allah. Kitab ini juga dapat dibagai sebagai berikut:

  • Pengutusan pertama Allah dan pemberontakan Yunus
    • Pembebasan Allah atas Yunus dan doa syukur Yunus
  • Pengutusan kedua Allah dan ketaatan Yunus
    • Pembebasan Allah atas Niniwe dan sungut-sungut Yunus yang menunjukkan rasa tidak berterima kasihnya

Dalam bab pertama kitab ini, pembebasan Allah diperlihatkan melalui kedaulatan-Nya. Di bab kedua, pembebasan Allah diperlihatkan melalui belas kasih-Nya. Akhirnya, Allah menyatakan kebenaran-Nya dengan memilih untuk memaksa dan berubah fikiran.

Isi kitab sunting

Tuhan menyuruh dia pergi ke kota Niniwe, ibukota kerajaan Asyur, musuh Israel. Tetapi Yunus tidak mahu pergi ke kota itu untuk menyampaikan pesanan Tuhan, kerana ia yakin bahawa kalau orang Niniwe berhenti berbuat dosa, Tuhan tidak akan menjalankan rencana-Nya untuk menghancurkan kota itu.

Akhirnya, setelah beberapa kejadian yang mengesankan, Yunus mentaati perintah Tuhan, tetapi kemudian ia mendongkol, kerana Niniwe tidak jadi dihancurkan.

Amanat kitab Yunus ialah bagaimana Tuhan berkuasa mutlak atas ciptaan-Nya. Tetapi lebih-lebih lagi, buku ini menggambarkan Tuhan Yang Maha Penyayang dan Maha Pengampun, Tuhan yang lebih suka mengampuni dan menyelamatkan suatu bangsa daripada menghukum dan menghancurkannya, biarpun bangsa itu musuh umat-Nya sendiri.

Kononnya kitab Yunus ditulis olehnya sendiri. Kitab Yunus dirujuk oleh Yesus Kristus dalam Perjanjian Baru (Matius 12:39, 40; Lukas 11:29).

Rujukan sunting

  • Pengantar Alkitab Lembaga Alkitab Indonesia, 2002