Kitaran hidup (biologi)

Kitaran hidup ialah jangka masa yang melibatkan kesemua generasi yang bersilih-ganti dalam suatu spesies melalui pembiakan, baik yang aseks mahupun seks (satu kala dari satu generasi organisma ke satu generasi organisma yang seiras).

Berkenaan perubahan ploid, terdapat tiga jenis kitaran, iaitu haplontik, diplontik dan haplodiplontik. Ketiga-tiga jenis kitaran ini bercirikan keadaan haploid yang berulang-alik dan semua cambahnya. Untuk kembali ke keadaan haploid, meiosis mesti berlaku. Kitaran ini berbeza-berbeza kerana hasil meiosis, dan sama ada whether mitosis (pertumbuhan) berlaku. Meiosis zigot dan gamet mempunyai satu peringkat dan bentuk mitosis: sewaktu fasa n dalam meiosis zigot dan sewaktu fasa 2n dalam meiosis gamet. Oleh itu, meiosis zigot dan gamet bersama-sama bergelar haplobiontik (mitosis tunggal sefasa). Meiosis spora pula mangalami dua kejadian mitosis (diplobiontik); iaitu satu dalam setiap fasa.

Kitaran hidup haplontik sunting

 
Meiosis zigot

Meiosis zigot merupakan meiosis zigot sejurus selepas karyogami, iaitu pelakuran dua nukleus sel. Dengan begini, organisma berkenaan menamatkan fasa diploid sambil menghasilkan beberapa sel haploid. Sel-sel ini berpecah secara mitosis untuk membentuk individu yang lebih besar dan multisel, ataupun banyak lagi sel haploid. Dua jenis gamet yang berlawanan (cth. jantan dan betina) dari individu-individu atau sel-sel ini bercantum untuk menjadi zigot.

Dalam seluruh kitaran, zigot merupakan satu-satunya sel diploid; mitosis berlaku pada fasa haploid sahaja.

Individu atau sel yang terhasil daripada mitosis dipanggil haplon, maka meiosis zigot juga dipanggil kitaran hidup haplontik. Haplon terdiri daripada:

Kitaran hidup diplontik sunting

 
Meiosis gamet

Dalam meiosis gamet, zigot tidak berpecah secara meiosis untuk menghasilkan sel haploid, sebaliknya berpecah sebagai mitotis untuk menghasilkan individu diploid yang multisel atau sekelompok sel diploid yang unisel. Sel-sel dari individu diploid kemudiannya menjalani meiosis untuk menghasilkan sel haploid atau gamet. Sel haploid boleh berpecah lagi (secara mitosis) untuk membentuk lebih banyak sel haploid, misalnya kebanyakan yis, tetapi fasa haploid bukan fasa kitaran hidup yang utama. Bagi kebanyakan diplon, mitosis hanya terjadi pada fasa diploid, iaitu gamet biasanya terbentuk dengan cepat dan bercantum untuk menghasilkan zigot diploid.

Dalam seluruh kitaran, gamet lazimnya merupakan satu-satunya sel haploid; mitosis lazimnya berlaku pada fasa diploid sahaja.

Individu multisel diploid dipanggil diplon, maka meiosis gamet juga dipanggil kitaran hidup diplontik. Diplon terdiri daripada:

Kitaran hidup haplodiplontik sunting

 
Meiosis spora

Dalam meiosis spora (juga dikenali sebagai meiosis perantaraan), zigot berpecah secara mitosis untuk menghasilkan diploid multisel "sporofit". Sporofit menghasilkan spora secara meiosis yang juga kemudiannya berpecah secara mitosis untuk menghasilkan individu-individu haploid yang dipanggil "gametofit". Gametofit menghasilkan gamet secara mitosis. Bagi kebanyakan tumbuhan, gametofit bukan sahaja bersaiz kecil, bahkan juga pendek hayat.

Dalam seluruh kitaran, gamet lazimnya merupakan satu-satunya sel haploid; mitosis lazimnya berlaku pada fasa diploid sahaja.

Individu multisel haplodiploid dipanggil haplodiplon, maka meiosis spora juga dipanggil kitaran hidup haplodiplontik. Haplodiplon terdiri daripada:

Rujukan sunting

  1. ^ PMID 3906103 (PubMed)
    Petikan akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Lompat baris gilir atau kembangkan sendiri

Pautan luar sunting