Klee kai Alaska

baka anjing dari Amerika Syarikat

Klee kai Alaska[a] ialah satu baka anjing jenis spits yang dikembangkan pada lewat abad ke-20 sebagai anjing bersaiz pendamping yang menyerupai malamut Alaska dan husky Siberia yang lebih besar.[2] Ia merupakan anjing bertenaga dan cerdas dengan penampilan yang mencerminkan warisan utaranya. Melalui pembiakbakaan dalam tiga saiz, julat beratnya ialah 5–22 paun (2.3–10.0 kg) sebagai dewasa, bergantung pada keragamannya, sama ada piawai, mainan, atau katik.[1]

Klee kai Alaska
Seekor klee kai Alaska piawai
Nama lainKlee kai
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat Mainan: sehingga 9 lb (4.1 kg);
Katik: 10–15 lb (4.5–6.8 kg);
Piawai: 16–22 lb (7.3–10.0 kg)
Tinggi Mainan: sehingga 13 in (33 cm);
Katik: 13–15 in (33–38 cm);
Piawai: 15–17 in (38–43 cm)
Bulu Piawai atau berlapis bulu penuh
Warna Hitam dan putih, kelabu dan putih, merah dan putih, putih metah
Saiz perinduk 1–5 ekor anak anjing
Jangka hayat 12–16 tahun[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Nama klee kai berpunca daripada frasa Athabaska yang memaksudkan "anjing kecil".[3] Baka ini pada asalnya dikembangkan di Alaska oleh Linda Spurlin pada tahun 1970-an.[3] Baka ini diwujudkan dengan menggunakan husky Alaska, sejumlah kecil husky Siberia, sejumlah lebih besar sedikit daripada anjing Eskimo Amerika, dan sesetengah schipperke.[3] Spurlin "menggunakan yang terbaik dan menakai selebihnya" untuk mewujudkan baka ini.[3]

Perihal sunting

Perangai rata-rata klee kai Alaska adalah ingin tahu, tangkas, menyendiri, dan cerdas. Ia dapat menjadi begitu cerdas sehingga dapat menjadi degil, yang dianggap sebagai trait yang tidak diingini. Ia cemerlang dalam ketangkasan dan, walaupun ia merupakan anjing kecil, ia bertulang tebal dan dapat menahan lompatan tinggi. Saiz kecilnya dapat memberikan kelebihan kepada pelatihan ketangkasan yang membolehkannya bergerak dengan mudah dan anggun.

Ia terdapat dengan empat warna: merah dan putih; hitam dan putih; kelabu dan putih; dan putih menyeluruh. Terdapat subbahagian dalam setiap warna, seperti kelabu serigala dan kelabu perak, merah kayu manis dan merah gelap, hitam pekat dan putih, dan hitam dan putih garam dan lada. Kebalaran pada klee kai Alaska mungkin menyingkirkan anjing daripada gelanggang pertunjukan dan program pembiakbakaan, seperti yang ternyata dalam piawaian baka bahawa putih menyeluruh bukan warna beriktiraf.

Ketiga-tiga saiz klee kai Alaska merupakan: mainan, katik, dan piawai.

Klee kai Alaska mainan dapat mencapai ketinggian sehingga 13 inci (33 cm) dan berukuran lebih ringan daripada 10 paun (4.5 kg). Klee kai katik dapat berukuran setinggi 13–15 inci (33–38 cm) dan seberat 10–15 paun (4.5–6.8 kg). Klee kai Alaska saiz piawai pula dapat berukuran setinggi 15–17 inci (38–43 cm) (17–17.5 inci (43–44 cm) masih dianggap sebagai klee kai Alaska saiz piawai, tetapi merupakan kecacatan) dan seberat 15–20 paun (6.8–9.1 kg). Julat berat spesifik disertakan dalam Piawaian-piawaian Asli AKKAOA 1993, tetapi semakan-semakan susulan hanya mensyaratkan berat yang berperkadaran dengan ketinggian anjing.

Klee kai Alaska terdedah kepada katarak juvenil, penyakit hati, kekurangan faktor VII, dan masalah jantung.[4] Masalah tiroid juga telah diperhatikan.[5] Oleh sebab usia agak muda baka ini pada umumnya, terdapat kemungkinan bahawa masa tidak cukup telah berlalu untuk sepenuhnya menentukan prevalens penyakit genetik pada baka ini, namun baka ini dipercayai agak sihat.[perlu rujukan]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: کلي کاي السکا; bahasa Inggeris: Alaskan klee kai

Rujukan sunting

  1. ^ a b "FAQ (Frequently Asked Questions)" (dalam bahasa Inggeris). Alaskan Klee Kai Association of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2013. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  2. ^ "United Kennel Club Alaskan Klee Kai" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mac 2013. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  3. ^ a b c d "How It Started | Alaskan Klee Kai Association of America". Alaskan Klee Kai Association of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Mac 2024.
  4. ^ Tilley, Lawrence P.; Smith, Francis W. K. Jr. (2011). Blackwell's five-minute veterinary consult (dalam bahasa Inggeris). Wiley-Blackwell. ISBN 978-0-8138-0763-8. OCLC 708544378.
  5. ^ "Alaskan Klee Kai Health Problems". helloBARK! (dalam bahasa Inggeris). 13 November 2018. Dicapai pada 31 Mac 2024.