Kolej Tentera Udara

Kolej Tentera Udara atau KTU merupakan satu pusat latihan yang ditubuhkan bagi mengeluarkan pegawai dan krew udara untuk memenuhi keperluan Tentera Udara Diraja Malaysia. Ia kini menempatkan beberapa unit latihan TUDM seperti Sekolah Latihan Pegawai, Institut Teknologi Aerospace, Institut Latihan Instruktur Terbang (ILIT), Institut Penerbangan 1 dan Institut Penerbangan 2. Kolej ini terletak kira-kira 12 kilometer daripada bandaraya Alor Setar, Kedah dan memiliki keluasan seluas 65 hektar persegi.

Sejarah sunting

Sejarah KTU bermula dengan penubuhan Sekolah Latihan Penerbangan TUDM pada tahun 1963. Tujuan utamanya penubuhan sekolah ini adalah untuk mengambil alih Lapangan Terbang Alor Setar daripada Tentera Udara Diraja Britain. Bermula 1 Julai 1964, Skuadron Leader Fj Woodard yang dipinjam daripada Tentera Udara Diraja Britain dilantik sebagai pegawai memerintah sekolah ini yang pertama. Pada 10 Mei 1965, sekolah ini telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak bin Hussain. Pada 21 Februari 1966, kuasa memerintah pangkalan ini telah diambil alih oleh pegawai tempatan iaitu Skuadron Leader Sulaiman bin Sujak.

Pada tahun 1971, kursus latihan lanjutan yang sebelumnya dijalankan di Kuala Lumpur telah dipindahkan ke sini. Pada Januari 1978, Institut Latihan Instruktur Terbang (ILIT) pula telah ditubuhkan di sini. Sekolah ini kemudian dinaik taraf menjadi Kolej Tentera Udara.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting