Komponen Udara Belgium

Komponen Udara, dahulunya dikenali sebagai Tentera Udara Belgium, merupakan cabang udara bagi Angkatan Tentera Belgium. Komander sekarang adalah Mejar-Jeneral Claude Van de Voorde, yang mana telah dilantik pada 23 Julai, 2009.

Komponen Udara Angkatan Tentera Belgium
F-16 of the Belgian Air Component's Solo Display Team
Sebuah pesawat F-16 Fighting Falcon dari Komponen Udara Belgium
Aktif1909-1915: Kompeni Juruterbang
1915-1940: Penerbangan Tentera
1940-1946: Seksyen Belgium, RAF
1946-1949: Penerbangan Tentera
1949-2002: Tentera Udara Belgium
2002-kini: Komponen Udara
NegaraBelgium Belgium
Saiz8,600 anggota
Komander
KomanderMejar-Jeneral Claude Van de Voorde
Tanda kebesaran
RoundelRoundel of the Belgian Air Component
Simbol
pengenalan
Ensign of the Belgian Air Component

Pesawat sunting

 
Sebuah pesawat F-16 milik Belgium terbang berhampiran Lapangan Terbang Kandahar
 
Sebuah NH90-NFH dipamerkan di Pangkalan Udara Florennes
 
Sebuah Alpha Jet sedang menghampiri

Inventori terkini sunting

Pesawat Asal Jenis Kelainan Dalam perkhidmatan Nota
Pesawat tempur
F-35 Lightning II Amerika Syarikat Pelbagai peranan F-35A 34 buah dipesan[1]
F-16 Fighting Falcon Amerika Syarikat Pelbagai peranan F-16A 43 buah[1]
Pengangkut
Airbus A321 Perancis Pengangkut VIP 1[1]
Embraer ERJ145 Brazil Pengangkut VIP 3 [1]
Airbus A400M Perancis / Sepanyol Angkutan udara taktikal 7 buah dipesan[1]
C-130 Hercules Amerika Syarikat Angkutan udara taktikal C-130H 9
Helikopter
Alouette III Perancis Perhubungan 3[1] Diterbangkan untuk Tentera Laut Belgium
NHIndustries NH90 Kesatuan Eropah ASW / SAR NFH 4 Diterbangkan untuk Tentera Laut Belgium
NHIndustries NH90 Kesatuan Eropah Utiliti / pengangkutan TTH 4
AgustaWestland AW109 Itali Tinjauan / anti-armor 20[1]
Pesawat latihan
Alpha Jet Perancis / Jerman Latihan / serangan ringan 28[1]
F-16 Fighting Falcon Amerika Syarikat latihan peralihan F-16B 9[1]
SIAI-Marchetti SF.260 Itali Latihan 32[1]

Masa depan sunting

Laporan kerajaan Belgium berkenaan visi pertahanan strategik menyatakan bahawa menjelang tahun 2030, Komponen Udara Belgium akan dilengkapkan dengan 34 buah pesawat pejuang baru dan sebuah pesawat penangki udara yang mampu menyokong pesawat pejuang baru ini dengan lebih bebas.

Belgium juga merancang untuk membeli 2 buah UAV pengawasan dengan pilihan tambahan 4 buah lagi. Pesawat UAV bersaiz besar ini mampu untuk terbang pada aras yang lebih tinggi. Tujuan utamanya adalah untuk tugasan peninjauan dengan pilihan untuk dilengkapi dengan senjata. [1]

Terdapat kontroversi dalam kerajaan Belgium berkenaan akan penggantian armada pesawat F-16 Fighting Falcon. Parti sosialis Flemish mendakwa bahawa kerajaan telah memilih pesawat F-35 Lightning II kerana mereka ingin membeli pesawat pejuang generasi baru. Menteri Pertahanan, Steven Vandeput menyangkal berita ini dan mengatakan bahawa tiada pilihan rasmi yang telah dibuat sehingga tahun 2018 dan semua pilihan masih terbuka. [2]

Rujukan sunting

Nota sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j "World Air Forces 2019". Flightglobal Insight. 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2019. Dicapai pada 5 Januari 2019. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Bibliografi sunting

  • Pacco, John. Belgisch Leger/Armee Belge: Het Militair Vliegwezen/l'Aeronautique Militaire 1930-1940. Aartselaar, Belgium, 2003. ISBN 90-801136-6-2.

Pautan luar sunting