Komposisi badan merujuk kepada peratusan lemak badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan yang lain. Berat badan seseorang sahaja tidak dapat mencerminkan tahap komposisi badan. Dua orang dengan ketinggian dan berat yang sama mungkin kelihatan berlainan kerana mempunyai komposisi badan yang berbeza.

Komposisi badan boleh diukur dengan menggunakan kaliper iaitu sejenis alat penyukat berbentuk gunting yang digunakan untuk menyukat ketebalan kulit badan dan mengira Index Jisim Badan.