Konflik Darfur melibatkan lebih 200,000 nyawa terbunuh manakala 2.5 juta lagi menjadi pelarian . Konflik ini berikutan pergaduhan sesama penduduk Islam berlainan etnik antara suku Afrika dengan kumpulan penduduk keturunan Arab yang memuncak pada 2003.

Darfur Conflict
Fail:IMGP0864.jpg
Irregular combatants in North Darfur. The Arabic text on the bumper says "The Sudan Liberation Army" (SLA).
Tarikh2003–present
Lokasi
Keputusan Humanitarian catastrophe (est. 200,000-400,000 or more dead and 2,500,000 refugees)
Merged into the Central African War
Pihak yang terlibat
JEM factions
NRF alliance
 Chad (alleged)
Janjaweed
SLM (Minnawi)
 Sudan
African Union Mission in Sudan (AMIS)
Komandan dan pemimpin
Ibrahim Khalil
Ahmed Diraige
Omar al-Bashir
Minni Minnawi
Luke Aprezi
Kekuatan
N/A N/A 7,000 (March 2007)

Janjaweed iaitu pasukan bersenjata dari [puak]] Abbala Rizeigat (Arab Badwi) dengan puak Fur, Zaghawa dan Massaleit yang mendiami Darfur. Kesemua pihak yang terlibat dalam konflik di Darfur adalah terdiri daripada orang Islam. Ini berbeza dengan konflik di selatan Sudan yang melibatkan pihak Muslim di utara dan Kristian di selatan.

Pihak Barisan Pembebasan Darfur (atau nama lamanya Gerakan Pembebasan Sudan) yang ditubuhkan pada 2002 cuba memanipulasi pemikiran penduduk tempatan di Darfur untuk bangun memberontak menentang kerajaan Sudan. Gerakan Pembebasan Sudan mendapat sokongan negara Eritrea, negara musuh Sudan di selatan yang juga menyokong satu lagi pemberontakan di selatan Sudan menentang kerajaan Sudan di sebelah utara.

Fail:Darfur-old-woman.jpg
Internally displaced women in North Darfur.
Children in the camps are encouraged to confront their psychological scars. The clay figures depict an attack by Janjaweed.
The Save Darfur Coalition advocacy group coordinated a large rally in Washington, D.C. in April 2006
This mother had just arrived with her sick baby at Abu Shouk IDP camp in North Darfur.

Punca konflik sunting

Konflik Darfur ini berpunca daripada beberapa faktor antaranya bencana alam, oportunis politik dan masalah politik serantau. Konflik ini juga disebabkan oleh ketidakseimbangan pembangunan dan peluang kehidupan di antara pusat bandar di sekitar Sungai Nil dan wilayah pinggiran seperti Darfur.

  • Majoriti penduduk Darfur beragama Islam , jadi mereka mempunyai keseragaman agama . Jadi bukan konflik yang berpunca dari pertelingkahan antara agama sebagaimana sangkaan masyarakat dunia selama ini.
  • Gaya hidup nomad masih diamalkan di Darfur . Persaingan antara kumpulan penternak dan petani, rakyat keturunan Arab dan Afrika mencetuskan konflik berdarah. Perebutan laluan perjalanan binatang menjadi punca tradisional mereka bertelingkah.
  • Mulanya puak-puak ini berebut sumber asli dan akhirnya berubah menjadi isu politik apabila kerajaan dan media barat campur tangan. Terjumpanya minyak di Chad yang bersempadan dengan Sudan dan eksploitasi minyak di selatan Darfur menambahkan ketegangan.
  • Tekanan ke atas Kerajaan Sudan lebih buruk selepas tragedi 11 September, 2001, yang mencetus perasaan ‘Islamiphobia’ apabila AS dan Britain mensasarkan kemarahan kepada pemerintahan pro Islam seperti Sudan. Regim Sudan serta- merta berada di senarai teratas musuh AS.
  • Puncak konflik Darfur meningkat pada Februari 2003 selepas dua kumpulan bersenjata – Tentera Pembebasan Sudan dan Pergerakan Keadilan – mula berperang dan menyerang kawasan pekan, pejabat kerajaan dan orang awam. Keadaan menjadi tidak terkawal dan mencetuskan krisis pembunuhan dan pelarian ke negara jiran.Negara jiran seperti Eriteria dan Chad bukan saja memberi bantuan bahkan membenarkan negara mereka menjadi pangkalan utama kumpulan pemberontak. Kini Eriteria memainkan peranan positif untuk menghasilkan perjanjian damai di Darfur.
  • Di Chad wujud hubungan etnik yang rapat antara pemberontak di Darfur dan pemberontak di Republik Chad. Beberapa perjanjian telah dibuat antara Sudan dengan Chad bagi mengendurkan ketegangan.

Jalan penyelesaian sunting

Kem pelarian semakin membesar jika penyelesaian tidak dilakukan segera oleh OIC atau Kesatuan Afrika. Campurtangan Amerika dan Britain hanya akan menambah parah luka yang ada. Pendekatan damai lebih baik dari pendekatan perang yang ditaja oleh Amerika Syarikat.

  • Perjanjian Damai Darfur telah ditandatangani pada Mei 2005 di Abuja, Nigeria oleh kerajaan Sudan dengan puak-puak yang bertelingkah. Presiden Sudan, Omer Hassan Ahmed Al-Bashir mahu semua pihak dipujuk untuk menerima pelan damai tersebut. Majoriti puak telah menerimanya.
  • Pertubuhan Persidangan Islam] (OIC) perlu bijak dan aktif menyelesaikan serta membantu Sudan menangani isu konflik antara pelbagai puak di Darfur.
  • Kesatuan Afrika turut campur tangan setelah isu ini dibincangkan di meja rundingan Majlis Keselamatan PBB. Kononnya konflik Darfur akan mengancam kestabilan antarabangsa.
  • Mewujudkan laluan perjalanan lebih baik bagi binatang ternakan ketika musim peralihan dari utara ke selatan, dan selatan ke utara. Laluan sejauh beratus kilometer telah dibuat dan berpuluh perigi disediakan sepanjang laluan itu. Isu perpindahan puluhan juta binatang ternakan yang menjadi antara punca pertelingkahan antara puak Arab dengan Afrika di wilayah terbabit.
  • Kerajaan Sudan setuju membina dan menguruskan penempatan semula penduduk Darfur di kampung masing-masing selaras dengan Perjanjian Damai Darfur.
  • Persidangan Darfur-Darfur anjuran Kesatuan Afrika akan membincangkan isu keamanan, pembangunan, keadilan dan pentadbiran mantap sebagaimana Perjanjian Damai Darfur.
  • Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jeddah dan bantuan OIC perlu menhulurkan bantuan sesegera mungkin.

Kini keadaan di Darfur telah diperbaiki , bekalan makanan mencukupi.Namun kawasan petempatan tidak teratur, rumah-rumah bagaikan setinggan dan amat daif terutama di Al-Fashir yang dianggap pekan di Darfur. Bazar di tepi jalan penuh dengan makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Darfur menjadi tumpuan pelarian kerana kawasan pinggiran Darfur lebih daif dan miskin.

Kekacauan politik yang berlaku di Sudan semakin meruncing sejak beberapa tahun yang lalu. Tumpuan kali ini adalah di sebelah barat Sudan, iaitu Darfur. Di sebelah selatan, Sudan masih bergelut memadamkan ancaman South People Liberation Army ( SPLA). Jadi, pada ketika ini, kerajaan Sudan sedang menghadapi dua kekacauan yang berat, satu di sebelah barat dan satu lagi di wilayah selatan.

Sebagai sebuah negara yang terbesar di benua Afrika, Sudan mempunyai jumlah penduduk yang majoritinya adalah beragama Islam iaitu mewakili sebanyak 75%. Selebihnya adalah beragama Kristien. Daripada 75% yang beragama Islam itu, mereka terbahagi pula kepada yang berketurunan Arab dan Afrika. Ramai yang mendakwa bahawa krisis di Darfur adalah suatu pembersihan etnik. Dakwaan ini dibuat berdasarkan sasaran serangan adalah ke atas perkampungan masyarakat Islam keturunan Afrika. Itulah yang didakwa menyebabkan ramai penduduk-penduduk Islam yang berketurunan Afrika melarikan diri daripada kampung halaman dan menjadi pelarian. Seramai 1.2 juta dilaporkan telah menjadi pelarian. Lebih 50,000 orang telah menjadi korban berdasarkan laporan pada November 2004.




Puak yang didakwa melakukan ‘pembersihan etnik’ itu, iaitu Militan Arab Janjaweed, dikatakan mendapat sokongan dana dan senjata daripada kerajaan Sudan.

Analisis-analisis yang mendakwa kekacauan yang sedang berlaku di Darfur adalah berpunca daripada operasi pembersihan etnik oleh Arab Janjaweed adalah tidak tepat. Ini adalah kerana, rakyat Sudan semuanya mempunyai warna kulit yang sama dan pergaulan serta kahwin campur di antara yang umat Islam yang berketurunan Afrika dan Arab telah menjadi kebiasaan dan meluas. Hanya adat-adat tertentu sahaja yang membezakan di antara orang-orang Islam keturunan Afrika dan Arab. Ini diakui sendiri oleh Menteri Luar Negeri Sudan ketika itu, Muhammad Najib El Khair. Beliau mengatakan : “Keadaan di Darfur bukan satu pembersihan etnik atau pembunuhan beramai-ramai, ia semata-mata berpunca daripada perebutan sumber bumi” [Bashir Sets Up Panel to Probe Human Rights Abuses in Darfur, News Article by PANA, 9/5/2004] Sebenarnya terdapat hujah yang menunjukkan tanda-tanda campurtangan US di dalam kekacauan di Darfur .

Pertama, Darfur yang terletak di wilayah barat Sudan itu sangat kaya dengan hasil-hasil bumi seperti uranium, gas asli dan emas. Menurut Menteri Luar Negeri Sudan ketika itu, Muhammad Najib El Khair, “ US telah berjaya menemukan sumber minyak di wilayah tersebut, namun, kami telah memberi kepercayaan kepada syarikat-syarikat daripada Asia untuk melakukan operasi carigali.” Daripada kenyataan Muhammad itu, tidak mustahil US masih menyimpan minat untuk masuk ke dalam wilayah Darfur berdasarkan kepentingan hasil-hasil bumi tersebut, terutamanya uranium.

Kedua, latar belakang Darfur juga memberi petunjuk membuktikan campurtangan US . Darfur merupakan pusat kegiatan Islam di Sudan dan wilayah tersebut mempunyai peranan penting di dalam menyatukan Sudan dengan Afrika dan Islam dengan Afrika. Umat Islam di Darfur amat gigih untuk melaksanakan sistem Islam secara menyeluruh. Kecenderungan tersebut tentunya sesuatu yang amat tidak disukai oleh barat pimpinan US .

Walaupun kekacauan di Darfur telah bermula sejak tahun 1970-an lagi, ia mula memuncak hanya setelah kejadian 11 September 2001, peristiwa yang menyaksikan dua menara WTC ( World Trade Centre) runtuh akibat dilanggar dua pesawat penumpang yang didakwa angkara perbuatan pengganas.

Kekacauan di Darfur mungkin bermula akibat ketegangan pada tahun 1970-an (yang berpunca daripada dakwaan kumpulan penentang yang mengatakan kerajaan Sudan menyisihkan wilayah Darfur dari sudut pembangunan ekonomi) tetapi ia menjadi tidak terkawal apabila ada pihak luar yang turut campur tangan.

Ketiga, campurtangan US menerusi pertubuhan agensi PBB seperti UNHCR dan Amnesti International, US telah berusaha untuk memaksa puak-puak yang bertelagah di Darfur agar menerima kehadiran pasukan PBB untuk memelihara kepentingan orang-orang awam dan pelarian. Kenyataan daripada pemimpin Nancy Pelosi ( US House Democratic Minority Leader) , Carlifornia: “Kita mesti bertindak sekarang untuk mengelakkan lebih banyak pembunuhan jika tidak mahu melihat tragedi Rwanda berulang semula. Ini adalah situasi kecemasan. Kita mempunyai kewajipan yang sah untuk bertindak di bawah undang-undang antarabangsa”

Donald Payne, wakil parti Demokrat dari New Jersey ketika itu pula berkata: “Kita menggesa Setiausaha pertahanan, Colin Powell untuk menyokong campurtangan segera bagi menghentikan pembunuhan-pembunuhan itu, jika tidak berjuta-juta orang akan terbunuh pada akhir tahun nanti”

Keempat, campurtangan US telah pun bertapak di wilayah selatan Sudan. US telah terbukti membekalkan senjata dan dana kepada SPLA di dalam menjalankan misi keganasannya. Pada 1999, Madeline Albright, wakil US telah menemui John Garang, pemimpin SPLA ketika itu, untuk membincangkan bantuan kemanusiaan. Bukankah sudah memadai perbincangan di peringkat pemerintah Sudan , mengapa harus menemui John Garang?

Kekacauan di Darfur ( barat Sudan) dilihat sebagai batu loncatan kepada US untuk masuk ke wilayah tersebut untuk meraih potensi kekayaan alam di situ di samping dapat mengekalkan pengaruhnya secara berterusan di wilayah selatan Sudan .

OIC sunting

Sidang kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Ke-11 akan diadakan pada akhir 2007 di Dakar, di Senegal dan antara agendanya ialah Krisis Darfur . Persidangan Menteri-menteri Luar Islam (ICFM) sesi ke-34 di Islamabad , Pakistan akan merumuskan draf agenda. Malaysia selaku pengerusi OIC akan mewakili 57 buah negara anggota dengan kapasiti 1.2 bilion penduduk Islam di seluruh dunia tentu mampu membantu Sudan dan tidak membenarkan Amerika dan Britain sewenang-wenangnya campur tangan. Setiausaha Agung OIC sekarang ialah Dr. Ekmeleddin Ihsanoglu dari Turki. Presiden Sudan, Omer Hassan Al-Bashir sendiri menggesa OIC campur tangan .

Tentera dari negara-negara Islam, dan juga negara-negara Afrika, boleh digerakkan sebagai pasukan pengaman di wilayah terbabit. Pihak bertelingkah harus meletakkan senjata terlebih dahulu dan hadir di meja perundingan.

Abdullah Ahmad Badawi selaku presiden OIC sendiri telah melakukan lawatan mengejut ke tiga buah kampung di [Al-Fashir]] , Darfur pada 17 April 2007. Al-Fasir ialah antara lokasi konflik terawal di Darfur pada 2003.

Pembangunan semula sunting

Semua pihak harus membantu . Infrastruktur seperti sekolah, bekalan air, hospital, dan tempat tinggal serta jaminan keselamatan perlu dilaksanakan dan dilihat sebagai cara menggalakkan pelarian kembali pulang ke kampung halaman masing-masing. Kem pelarian yang begitu daif patut ditangani dengan pembinaan rumah yang baik.

Wang hasil jualan minyak oleh Sudan juga boleh disalurkan untuk keperluan pembangunan di wilayah bergolak . Petronas dan lebih 30 syarikat Malaysia di Sudan patut turut sama membantu membangunkan Darfur. Setakad ini Petronas melabur RM 5 bilion untuk infrastruktur minyak di Sudan dengan kaki tangan seramai 300 orang. Sehingga kini , kepentingan Petronas sebanyak 30 peratus dalam syarikat Greater Nile Petroleum Operating Company Limited yang 40 peratus daripada sahamnya dimiliki oleh CNPC dari China, ONGC dari India sebanyak 25 peratus manakala 5 peratus lagi dipegang oleh Sudapet dari Sudan. Terdapat 60 buah stesen minyak Petronas di seluruh negara sub-Sahara Afrika itu.

Perbicaraan penjenayah perang sunting

Mana-mana individu yang terlibat harus ditangkap , dibicarakan dengan adil dan dihukum.

Pada 2 Mei 2007 - Luis Moren-Ocampo iaitu pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap ke atas Ahmad Harun dan Ali Kushayb. Ahmad Harun ialah Menteri Hal Ehwal Kemanusiaan Sudan manakala Ali Kushayb ketua militia Janjaweed yang didakwa melakukan jenayah perang di Darfur. Mereka adalah antara 51 kesalahan jenayah perang dan kemanusiaan termasuk pembunuhan, rogol, penyeksaan dan penindasan ke atas orang awam di Darfur.

Namun Sudan menafikan Ahmad Harun terlibat. Ali Kushayb yang dikatakan telah ditangkap tetapi masih kelihatan di Darfur.

Rujukan sunting