Kontroversi Pusat Fidlot Nasional

Kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) berbangkit selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada 24 Oktober 2011 ,yang menyatakan keluarga Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendapat pinjaman mudah RM250 juta dan tanah seluas 5000 ekar (2,023 hektar) di Gemas,Negeri Sembilan .NFC tidak diberikan tanah secara percuma seluas 5,000 ekar .Sebaliknya 1,500 ekar (607 hektar) tanah di Negeri Sembilan diberikan secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan. Jika berjaya, Malaysia akan menjadi 'Belanda Timur'.

Shahrizat adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. NFC adalah projek ternakan lembu yang tendernya dimenangi oleh keluarga Shahrizat.[1] Pengerusi Eksekutif NFC ialah Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif NFC ialah Wan Izran Mohamad Salleh.

Noh Omar menjelaskan bahawa Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd, salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Fidlot Nasional telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian.Tetapi Rafizi mendakwa Projek Pusat Fidlot Nasional bernilai RM73.64 juta adalah projek yang tidak berjaya . RM250 juta itu bukan geran, tapi pinjaman mudah - perlu dibayar semula.

Ketua koordionator Jingga 13, Fariz Musa dan Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, menggesa Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno perlu meletakkan jawatan dengan segera.[2] Lim Kit Siang mahu penjelasan daripada keluarga Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail, anak mereka Wan Shahimur Izran, Wan Shahimur Izmir dan Wan Izzana Fatimah.[3]

Percanggahan fakta sunting

Kenyataan pertama oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di lobi Dewan Rakyat pada 31 Oktober 2011 bahawa pinjaman berjumlah RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.

Kenyataan kedua dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 November 2011 dalam jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat yang menyebut bahawa setakat 31 Julai 2011, hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Tetapi kajian oleh Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli mendapati keseluruhan RM250 juta pinjaman sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009.[4]Rekod kewangan NFC menunjukkan RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008. Pada 31 Mac 2009, NFC membuat ‘drawdown’ kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC. Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang daripada pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad. Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 (penyata kewangan terkini yang diaudit dan difailkan).

Jumlah keuntungan faedah daripada simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.Keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23 % daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.

Hasil carian rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, hutang jangka panjang NFC berjumlah RM256,082,518.[5]

Beli kondominium sunting

Isu pembelian kondominium di Bangsar

Pada 14 November 2011, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengecam penjelasan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin kononnya pembelian kondominium/apartmen One Menerung di Bangsar bernilai RM9.8 juta menggunakan dana Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Andainya ada aliran tunai sementara menanti lebih banyak pusat ternakan satelit di sekitar Gemas, ia wajar diletakkan sebagai “pelaburan cair” seperti melabur di pasaran wang ataupun ekuiti berbanding membeli hartanah. Keputusan melabur dengan membeli kondo tidak tepat kerana Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah mendapati bahawa pada tahun 2010, 66,328 unit kondominium tidak terjual. Hampir 20 % kondominium bernilai RM1 juta atau lebih yang dibina pada 2011 tidak terjual, bernilai hampir RM549 juta. Khairy mendakwa kondominium itu sebagai “pelaburan yang paling selamat.”[6]

Pada 10 November 2011, AJK pusat PKR dan ketua koordinator Jingga 13, Fariz Musa telah membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat SPRM Shah Alam. PDRM hendaklah telus menyiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah oleh perkhidmat awam.[7]

Pada 14 November 2011, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, mengaklasifikasikan kes ini di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa SPRM sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM). Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009.

Hanya Polis Diraja Malaysia yang boleh menyiasat. PKR mendakwa NFC telah membayar RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC). Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.[8][9]

Isu pembelian kondominium di Singapura

Menurut akhbar Harakah keluaran 23-25 Disember 2011, [perlu rujukan] menerusi halaman muka depan akhbar tersebut, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat Malaysia (Keadilan), Saifuddin Nasution Ismail. Beliau mendakwa sebuah kondominium mewah di tengah-tengah ibu kota Singapura berharga S$ 4,107,600 (kira-kira RM 9.9 juta pada nilai tukaran ringgit Malaysia) dan luasnya adalah 2,281 kaki persegi, iaitu salah satu unit terbesar di bangunan kondominium mewah itu dibeli oleh keluarga Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Kondominium tersebut terletak di alamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955, didaftarkan terus atas nama keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.

Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC, kata mereka.

Tambahan lagi, terdapat dakwaan bahawa wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC, kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.[10]

Penjelasan sunting

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menafikan dakwaan bahawa NFC telah menyalurkan wang sejumlah RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC), syarikat sekutu NFC dan memberi diskaun hampir RM3 juta kepada sebuah lagi syarikat sekutu Real Food Company Sdn Bhd (RFC).RM81.2 juta itu meliputi penghasilan daging mentah ,pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia.NLMC juga dipertanggungjawabkan untuk membina rangkaian penawaran, membina pasaran untuk produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.

Operasi sistem logistik dimajukan dan penghantaran serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi di dalam proses persediaan untuk Program Pembangunan Usahawan. RFC berperanan sebagai pengedar daging keluaran NFC dan diskaun yang diberi itu kemudiannya disalurkan kepada kesemua pembeli-pembeli daging. Contohnya, hypermarket Jusco, Carrefour, Cold Storage dan Giant dan pasar-pasar tani di seluruh negara dan juga pasaran ‘hotel-restaurant-catering’ terlibat.[11]

Laporan Ketua Audit Negara 2011 di halaman 138 menunjukkan bahawa sasaran 8,000 ekor lembu pada 2010 telah tercapai. Jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8,016 ekor bagi tempoh 2008 hingga 2010. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,742 telah disembelih sehingga akhir November 2010. NFC tidak pernah diberikan tanah seluas 2,000 hektar, sebaliknya syarikat NFC hanya ditawarkan tanah seluas 600 hektar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menjayakan Projek Fidlot Nasional. Pembayaran RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) adalah bagi memastikan syarikat tersebut mampu melaksanakan tanggungjawabnya untuk membina rangkaian penawaran, pasaran produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.[12]

Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memberi penjelasan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju). Pinjaman RM250 juta telah diluluskan kepada National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional. Dari enam syarikat, hanya Agroscience Sdn Bhd telah memberi cadangan terbaik dan memenuhi kriteria yang dikehendaki. Sebuah lagi syarikat yang turut dipilih iaitu Lambert Agricultural menarik diri menjadikan Agroscience Industries menerusi National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. sebagai integrator untuk melaksanakan projek ini.[13]

Sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya.Tujuan pinjaman itu adalah untuk membangunkan projek ladang ternakan lembu bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri iaitu 38 %.NFC ialah projek Lembah Daging di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara.NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun 2012.[14]

Potensi NFC sunting

Pada 23 Mac 2010, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad bin Hasan telah melancarkan jenama premium 'Gemas Gold Meat' keluaran National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) di Pusat Fidlot Nasional, Gemas .Pusat Fidlot Nasional akan menghasilkan gelatin halal berasaskan lembu dan 1.6 bilion pengguna muslim seluruh dunia boleh mendapatkan produk halal dan gelatin halal.Orang ramai perlu membuka ladang satelit sebagai industri sokongan.Tanamlah rumput jenis 'napier' dan NFC boleh membelinya kelak. Import 100 % anak lembu dari Australia tidak patut berterusan.Tiga ladang satelit telah dibangunkan di Gemas, satu masing-masing di Rembau dan Jelebu.[15]

Pertuduhan Shamsubahrin sunting

Seorang ahli Perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail 45, dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 30 Disember 2011, atas dua tuduhan menipu Pengarah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, membabitkan RM1.755 juta, antara November dan awal Disember 2011.

Bagi tuduhan pertama, Shamsubahrin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Resources Sdn Bhd, dituduh menipu Dr Mohamad Salleh dengan menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat yang tidak benar bagi tujuan memperdayakan mangsa supaya setuju membayar wang berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku, Kuala Lumpur jam 6.30 petang, 20 November 2011.

Shamsubahrin juga menghadapi tuduhan kedua, menipu dengan memperdayakan dan mendorong Mohamad Salleh yang juga Pengerusi Eksekutif NFC supaya menyerahkan cek berjumlah RM1.755 juta kepadanya di kawasan Solaris, Mont Kiara di antara 25 November dan 6 Disember 2011.

Mohamad Salleh adalah suami Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi setiap tuduhan itu, Shamsubahrin dari Bukit Jelutong, Shah Alam boleh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak, yang sulung berusia 18 tahun manakala bongsu tiga tahun.[16]

Suami Shahrizat didakwa berhubung kes NFC sunting

Pada 12 Mac 2012, Datuk Seri Mohamad Salleh telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah dan melanggar syarat Akta Syarikat apabila menggunakan RM49 juta dana awam yang diberikan kepada Pusat Fidlot Corporation (NFCorp).

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan pecah amanah termasuk dua tuduhan di bawah Akta Syarikat.

Pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Pengerusi Eksekutif NFC itu yang merupakan suami kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil — yang sehari sebelumnya telah mengumumkan perletakan jawatannya awal bulan April 2012 nanti.[17]

Saman fitnah terhadap Rafizi sunting

Rafizi mendakwa Pengerusi NFC membeli 8 hartanah di KL ECO CITY dgn dana awam yang diperuntukkan kepada syarikatnya Namun begitu Mahkamah Tinggi memutuskan beliau bersalah dan memerintahkan Rafizi membayar RM 150 ribu kepada Salleh dan RM 50 ribu kepada NFC[18]

Tindakan oleh kerajaan Pakatan Harapan sunting

Pada Ogos 2018, di bawah kerajaan Pakatan Harapan, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa tindakan undang-undang bakal diambil ke atas Pusat Fidlot Nasional yang masih berhutang pinjaman sebanyak RM248 juta dengan kerajaan. [19] Pengumuman ini adalah berikutan tangguhan tindakan undang-undang pada tahun 2015 dan 2016 sebelum ini. Setakat 30 Jun 2018, bayaran balik yang diterima oleh kerajaan hanyalah berjumlah RM35.5 juta.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "PKR says NFC stole cattle farm idea". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-01. Dicapai pada 2012-01-16.
  2. ^ NFC: Shahrizat dakwa PKR mahu hancur Wanita Umno, Khairy kata liar Diarkibkan 2011-11-11 di Wayback Machine Malaysian Insider
  3. ^ Kit Siang: Shouldn’t someone go to jail in cattle farm scandal? Diarkibkan 2011-11-14 di Wayback Machine Malaysian Insider
  4. ^ "Pendedahan Skandal NFC: Ada Unsur-unsur Penyelewengan Wang Rakyat", Rafiziramli.com, 8 November 2011.
  5. ^ PKR dakwa Najib, menteri bohong berkenaan isu Pusat Fidlot Nasional[pautan mati kekal] Malaysian Insider
  6. ^ PKR: Beli kondo guna dana NFC keputusan ‘gila’ Diarkibkan 2011-11-16 di Wayback Machine Malaysian Insider
  7. ^ NFC: Jingga 13 harap polis akan siasat segera kes kondo Diarkibkan 2011-11-16 di Wayback Machine Malaysian Insider
  8. ^ NFC: SPRM tak boleh siasat kes beli kondo, serah kepada polis Diarkibkan 2011-11-16 di Wayback Machine Malaysian Insider
  9. ^ NFC: Jingga 13 harap polis akan siasat segera kes kondo Diarkibkan 2011-11-16 di Wayback Machine Malaysian Insider
  10. ^ HarakahDaily - NFC membarah: Kondo RM10 juta di Singapura pula Diarkibkan 2012-01-12 di Wayback Machine Harakah Daily
  11. ^ NFC: Shahrizat dakwa PKR mahu hancur Wanita Umno, Khairy kata liar Diarkibkan 2011-11-11 di Wayback Machine Malaysian Insider
  12. ^ Khairy bidas pembangkang Utusan Malaysia
  13. ^ Peruntukan kepada PFN bukan geran Utusan Malaysia
  14. ^ Najib nafi salah guna RM250j Utusan Malaysia
  15. ^ Hasilkan gelatin halal berasaskan lembu Utusan Malaysia
  16. ^ Ahli perniagaan dituduh tipu suami Shahrizat RM1.755juta Diarkibkan 2011-12-31 di Wayback Machine Berita Harian
  17. ^ "TheMalaysianInsider - Suami Shahrizat di dakwa atas kesalahan pecah amanah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-14. Dicapai pada 2012-03-23.
  18. ^ "Rafizi diperintah bayar RM150,000 kepada Pengerusi NFCorp". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-12. Dicapai pada 2018-02-13.
  19. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/06/putrajaya-ambil-tindakan-undang-undang-ke-atas-nfc-berhubung-hutang-tak-berbayar/[pautan mati kekal]