Konvoi adalah satu sistem perlindungan untuk kapal-kapal yang belayar di bawah penjagaan dan perlindungan satu kumpulan kapal pengiring.

Konvoi Tentera Laut Amerika Syarikat Di Lautan Atlantik, 1941
Konvoi Kapal, Jun 1944

Sejak kurun ke-17, negara-negara berkecuali telah menuntut hak untuk belayar secara konvoi semasa waktu perang, dan mengerahkan kapal perang untuk memberikan perlindungan keselamatan kepada kapal-kapal dagang dan menghalang kapal-kapal tersebut daripada dirampas ataupun diperiksa oleh pihak-pihak yang berperang.

Perang Dunia I sunting

Semasa Perang Dunia I, pihak British telah mengelolakan pergerakan kapal merentasi Lautan Atlantik dengan cara berkonvoi dengan dilindungi satu pasukan kapal perang belayar di sekeliling konvoi berkenaan. Cara ini memberikan perlindungan kepada kapal-kapal dagang daripada serangan oleh kapal selam dan kapal terbang Jerman semasa Pertempuran Lautan Atlantik semasa Perang Dunia II.

Perang Dunia II sunting

 
Laluan konvoi merentasi Lautan Atlantik semasa 1941

Sebaik sahaja Perang Dunia II meletus, pihak Tentera Laut Diraja British terus menggunakan sistem konvoi untuk membawa bekalan dan barangan keperluan daripada Amerika Syarikat ke Britain. Bekalan ini pening untuk membolehkan Britain bertahan bersendirian menentang pengluasan kuasa Jerman. Pertempuran Lautan Atlantik akan berlanjutan sehingga tahun 1943 dan dicirikan oleh pergelutan yang berpanjangan dengan pihak Jerman memperkenalkan taktik antikonvoi yang baru dan pihak British dan tentera Berikat bertindak balas untuk mengatasi taktik yang diperkenalkan oleh pihak Jerman.

Ancaman kapal perang besar (battleship) amat ketara sekali apabila kapal perang besar [Admiral Scheer]] bertembung dengan konvoi HX-84 pada 5 November 1940. Dalam sekejap masa sahaja, 5 buah kapal ditenggelamkan (Maiden, Trewellard, Kenbame Head, Beaverford, dan Fresno) sementara banyak kapal lain rosak. Pengorbanan yang dilakukan oleh kapal dagang bersenjata (Armed Merchant Cruiser) HMS Jervis Bay membolehkan kapal-kapal lain konvoi HX-84 melepaskan diri.

Sementara kuasa tembakan dan pertahanan yang diberikan oleh sebuah kapal perang besar pula ternyata apabila kruiser besar Scharnhorst dan Gneisenau menyerang konvoi HX 106 yang terdiri daripada 41 buah kapal. Apabila kedua kapal Jerman itu melihat kehadiran kapal perang besar HMS Ramillies di kalangan kapal-kapal pengiring konvoi tersebut, kapal Jerman tersebut mengundur diri kerana enggan berhadapan dengan kuasa tembakan meriam 15 inci yang dipunyai HMS Ramillies. Bilangan kapal-kapal yang banyak terlibat dan kekerapan pertembungan memaksa pihak British menggunakan kaedah penilaian teknik statistik dalam penilaian taktik, kali pertama penyelidikan operasi digunakan dalam peperangan.

Apabila Amerika Syarikat menyertai peperangan dalam tahun 1941, Tentera Laut Amerika pada mulanya enggan menggunakan sistem konvoi di pantai timur Amerika Syarikat. Laksamana Armada Ernest King enggan menerima nasihat yang diberikan oleh Tentera Laut Diraja British kerana mempunyai pengalaman pahit sebelumnya dan beliau memandang rendah kebolehan pihak British. Keengganan ini mengakibatkan banyak kapal Amerika Syarikat tenggelam. Selepas sistem konvoi diperkenalkan kepada kapal-kapal Amerika Syarikat, kadar kehilangan kapal Amerika Syarikat dapat dikurangkan.

Taktik Antikonvoi Jerman dan Tindak Balas Tentera Berikat sunting

Untuk mengatasi keberkesanan sistem konvoi yang digunakan oleh pihak British, pihak Jerman menggunakan taktik-taktik antikonvoi termasuk menggunakan kapal terbang peronda jarak jauh (umpamanya kapal terbang Focke-Wulf FW 200 Kondor dan Junkers Ju 290) untuk mengesan dan menjejaki pelayaran konvoi kapal dagang. Mereka kemudiannya memberikan maklumat kedudukan konvoi kepada kumpulan-kumpulan kapal selam (wolf pack) melalui radio. Kebolehan Jerman menyahkodkan sistem kod tentera laut British memudahkan kerja mengesan konvoi British. Pihak Jerman juga memperkenalkan persenjataan baru seperti torpedo bermagnet dan torpedo yang menggunakan sistem pandu tuju berdasarkan bunyi (sonic homing).

Pasukan Tentera Berikat sebagai tindakan balas telah membuat serangan ke atas pangkalan-pangkalan kapal selam Jerman di Brest dan La Rochelle, dan juga menggunakan kapal dagang yang ditukarkan kepada kapal bersenjata (armed merchantmen) untuk dimasukkan di dalam konvoi. Dari jauh kapal-kapal ini seperti kapal dagang yang lain sehingga persenjataannya ditunjukkan apabila menghadapi serangan pihak Jerman.

Tentera Berikat juga memperkenalkan konsep kapal induk pengiring (escort carriers) menggunakan badan kerangka kapal-kapal dagang. Kapal-kapal ini membawa kapal terbang anti kapal selam dan kapal terbang pejuang untuk memberikan perlindungan kepada konvoi daripada serangan udara dan serangan oleh kapal selam.

Pihak berikat juga mengadakan lebih banyak kapal pengiring dengan membina kapal-kapal pengiring yang khusus (kapal pembinasa, korvet dan frigat) yang jauh lebih murah daripada kapal kruiser. Ini membolehkan pihak berikat menugaskan lebih banyak kapal pengiring bagi konvoi mereka.

Senjata-senjata baru juga diperkenalkan. Pihak British memperkenalkan senjata antikapal selam seperti Hedgehog, bom antikapal selam yang ditembak daripada jarak jauh (stand off weapon) yang jauh lebih berupaya berbanding senjata sebelumnya.

Pihak Berikat juga membina dan memperkenalkan kapal terbang peronda maritim dengan keupayaan terbang jarak jauh (Shorts Sunderland, PBY Catalina) yang membolehkan Komodor konvoi menerima amaran awal kehadiran kapal selam Jerman.

Pihak Jepun pula jarang sekali menggunakan sistem konvoi. Akibatnya, kebanyakan daripada kapal pengangkutan mereka menjadi mangsa kapal selam Amerika Syarikat seperti USS Grayback (SS-208) dan USS Thresher (SS-200)).

Banyak pertempuran laut semasa Perang Dunia II berkisar di sekeliling konvoi, seperti serangan ke atas Konvoi PQ-16, Mei 1942, Konvoi PQ-17, Jun-Julai 1942, Operasi Pedestal Ogos 1942, Pertempuran Laut Barents Disember 1942 dan Pertempuran Laut Bismarck dalam bulan Mac 1943.

Selepas Perang Dunia II sunting

Semasa Perang Iran-Iraq dari tahun 1980 hingga 1990, kapal tangki minyak mentah yang melalui Selat Hormuz untuk keluar masuk ke Teluk Parsi dikumpulkan dalam konvoi dan diberikan perlindungan kapal perang pengiring dari Tentera Laut Amerika Syarikat, Tentera Laut Diraja Britain dan lain-lain tentera laut. Dalam Operasi Earnest Will, Tentera Laut Amerika Syarikat memberikan perlindungan kepada konvoi kapal tangki minyak Kuwait yang belayar di bawah bendera Amerika Syarikat untuk keluar masuk dari Teluk Parsi.

Pautan Luar sunting

  • [1] Senarai Prefix Konvoi untuk Perang Dunia I dan Perang Dunia II]
  • Convoy web – Analisis beberapa laluan konvoi]

Rujukan sunting