Koridor Raya Multimedia

Koridor Raya Multimedia (Inggeris: Multimedia Super Corridor) ialah sebuah rancangan kerajaan ke arah kecanggihan teknologi maklumat. Ia secara asalnya melibatkan kawasan seluas 15x50km² bermula dari kawasan Menara Berkembar Petronas hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan turut melibatkan bandar Putrajaya dan Cyberjaya. Ia mengalami perubahan pada 7 Disember 2006 yang mana ia melibatkan kemasukan Pelabuhan Klang di dalam MSC.

frames
frames

Projek ini diumumkan oleh Mahathir Mohamad semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996.[1][2]

Dengan ukuran kira-kira 15 kilometer lebarnya dan 50 kilometer panjangnya, yakni seluas 750 kilometer persegi, zon ini terbentang dari Menara Kembar Petronas di utara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di selatan dan merangkumi bandar-bandar Putrajaya dan Cyberjaya.

Juga dikenali sebagai "MSC" di Malaysia, Koridor Raya Multimedia bertujuan menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan lain seperti internet yang laju dan lokasinya yang berkedekatan dengan lapangan terbang antarabangsa.

Lawatan Mahathir ke Amerika Syarikat pada Januari 1997 untuk mempromosi MSC kepada syarikat-syarikat di sana telah berjaya menarik minat banyak syarikat gergasi teknologi maklumat. Pada lawatan itu, sebuah "Panel Penasihat Antarabangsa" yang terdiri daripada 30 orang ahli teknologi maklumat telah ditubuhkan untuk bertukar pendapat terhadap kejayaan MSC.

Perbadanan Pembangunan Multimedia (Multimedia Development Corporation) juga ditubuhkan semata-mata untuk menyelia perkembangan MSC.

Rujukan sunting

  1. ^ Jeong Chun Hai @Ibrahim, & Nor Fadzlina Nawi. (2007). Principles of Public Administration: An Introduction. Kuala Lumpur: Karisma Publications. ISBN 978-983-195-253-5
  2. ^ Jeong Chun Hai @Ibrahim. (2007). Fundamental of Development Administration. Selangor: Scholar Press. ISBN 978-967-5-04508-0

Pautan luar sunting